Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

30 November 2008

FASHA SANDHA SEKSI

Halu...lama dah kita tak dengar info pasal Maya Medina ni kan sejak dipulaukan wartawan. Untuk menghilangkan kerinduan korang, saya postkan 1 gambar Maya Medina ni untuk tatapan korang. Wowow....

Saya pun tak tahu kenapa gambar wanita kat depan tu di 'blur' kan? Hahaha..

Credits
Sumber: hafreze.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 November 2008

USTAZ ARIEF CAKRA ALAM PENIPU? (PEMBONGKARAN OLEH 360)



Isu penyebaran klip yang mendakwa Pusat Perubatan Cakra Alam yang diterajui Ustaz Arief semakin hangat diperkatakan. Anda boleh lihat post-post saya sebelum ini. Khamis lepas, rancangan TV3- 360 memaparkan kenyataan Ustaz Arief sendiri. Ketika mengulas berkenaan selipar beliau yang diimbas oleh TV Korea tersebut, Ustaz Arief menyatakan yang tiada bunyi sedangkan video tersebut jelas menunjukkan yang alat pengimbas logam itu berbunyi. Nampak sangat kantoi.

Sepanjang temu bual tersebut, Ustaz Arief kerap menyentuh hidungnya selain menidakkan apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh 360.

“People tend to touch their nose and scratch their face when they lie" (Gecko & Fly)

How to Detect Lies

Anda nilai sendiri..Kita adalah juri yang terbaik (Mazidul Akmal)

Sumber: Darul Bayan.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

28 November 2008

PEREMPUAN GADUH DENGAN BOYFRIEND DALAM LRT



Menarik kan tajuk tu? Tapi sebenarnya diaorang tak gaduh depan-depan. Gaduh dalam enset je. Haiya..melalak-lalak. Tapi dari segi perbualan, macam boyfriend pompuan tu ada skandal dengan orang lain. Tapi perlu ke melalak-lalak di tempat awam? Mungkin terlalu sedih & marah. Yang kawan dia tu pulak macam tak senang duduk je. Alahai...

Credits
Sumber: Youtube (aril125zr)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 November 2008

GAMBAR-GAMBAR ARTIS MALAYSIA MENGANDUNG

*Credits di akhir post ini

Salam semua...kali ni saya nak kongsikan gambar-gambar artis yang berbadan dua. Lain serinya bila kita tengok air muka diaorang ni. Cantik dan sejuk mata memandang.
Yang kat atas ni Nora Danish. Mungkin ada di antara gambar-gambar ni dah lama. Tapi saya tak restrictkan masa k.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain. Enjoy.

Fiza Elite

Sheila Majid

Gandingan 3 ibu cantik: Norjuma, Abby & Wardina

Syura

Lisdawati

Natasha Hudson

Linda Rafar

Anne & Anita

Norjuma & Suami

Daphne. Agak mencolok mata.

Masih anggun walau berbadan dua.

Credits
Sumber: Kiriman Syd (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

26 November 2008

SRI BAYU MERANA (PANAS!!!)

*Credits dinyatakan dalam post

Masih ingatkah anda Sri Bayu, seorang komposer yang mengidap penyakit saraf dan merupakan isteri kepada seorang penyanyi kelahiran bumi kenyalang, Erema. Sudah jatuh di timpa tangga. Kini Sri Bayu bakal menghadapi satu lagi musibah, iaitu ditinggalkan isterinya.

Saya ada menyertakan sekali petikan akhbar metro mengenai penderitaan beliau. Mari baca sama-sama. Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

KUALA LUMPUR: “Hayat abang tak lama. Abang nak mati di rumah,” kata penulis lirik, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43, ketika ditanya nasibnya selepas isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema menuntut cerai daripadanya.

Dalam pertemuan bersama Metro Ahad, Seri Bayu mengakui dia kini hanya mendapat belas ihsan daripada keluarga angkat dan rakan.
“Kalau keluarga angkat tak ada, abang seorang diri. Erema selalu balik jam 5 atau 6 pagi. Abang pernah duduk di atas kerusi roda selama 16 jam, terpaksa tahan lapar...tahan buang air kecil dan besar.

“Kalau abang dah tak tahan (berkeadaan) begitu, abang SMS mereka (keluarga angkat atau rakan),” katanya yang menderita penyakit saraf. Membuktikan kebenaran dakwaan Seri Bayu, pertemuan pada Jumaat lalu itu ditemani keluarga angkatnya yang kebetulan melawatnya. Pilu melihat keadaan Seri Bayu kerana tubuhnya semakin kurus, tutur katanya sukar difahami dan kerap terbatuk-batuk berikutan paru-parunya dijangkiti kuman.

Untuk bertutur, Seri Bayu perlu meneran dan mengulang apa yang hendak diberitahu supaya butir percakapan dapat difahami. Temubual malam itu dibantu keluarga angkatnya yang lebih memahami butir percakapan Seri Bayu.

Ditanya mengenai keluarganya, Seri Bayu berkata: “Abang tinggalkan keluarga kerana Erema. Terlalu banyak pengorbanan abang untuk dia,”.

Menurut Seri Bayu, Erema yang dikenalinya sejak tujuh tahun lalu banyak berubah selepas dia bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab di Shah Alam, Ramadan lalu.


“Dulu dia (Erema) bagus (sebab) dia jaga abang dengan baik. Dulu dia jujur, tetapi sekarang banyak berbohong dan pandai berlakon depan orang.

“Dia maki...tendang... tolak abang,” katanya. Seri Bayu berkata dia hanya memberi kebenaran kepada Erema menyanyi untuk tempoh sebulan, tetapi Erema ingkar dan semakin tidak menghormatinya sebagai suami.

Katanya, pada Aidilfitri lalu, dia meminta Erema supaya tidak lagi menyanyi dan disebabkan itu dia mengeluarkan perkataan mengharamkan Erema daripada menyanyi di kelab. “Erema marah abang buat begitu dan sejak daripada itu abang dipinggirkan.

Dia tetap dengan keputusannya (menyanyi di kelab). “Dia lupa diri. Banyak kali dia cakap ‘kalau kau mampus aku senang’,” katanya yang mengakui mampu menyara kehidupan suami isteri menerusi sumber kewangannya sendiri.

Menurut Seri Bayu, dia yakin isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.
“Dia ada lelaki lain sebab setiap malam ada orang menjemputnya. Apa yang abang tahu dia habis kerja jam 2 pagi, tetapi selalu balik jam 5 atau 6 pagi,” “Kadang-kadang abang terbaring, jam 5 pagi dia sibuk bermain SMS walaupun abang nampak. Dia main SMS sampai jam 6 pagi. Dengan siapa?,” katanya.

Seri Bayu berkata, Erema mengakui dia bosan hidup dengannya dan sudah tidak mempunyai perasaan sayang. Hanya simpati yang membuatkan Erema masih bersamanya.

Katanya, Erema turut mengakui apabila sudah bekerja, dia gembira dan ia adalah sesuatu yang diimpikannya selama ini.

“Saya tetap menyayanginya walaupun diperlakukan sebegini. Saya minta kepadanya, layanlah saya seperti manusia, bukannya seperti haiwan,” katanya.


Menurut Seri Bayu, dia berharap Erema berubah dan melayannya seperti dulu. “Saya mahu Erema kembali ke pangkal jalan,” katanya berulang kali.

Menyentuh mengenai perceraiannya, Seri Bayu berkata dia tidak sanggup diperlakukan begitu.
“Dulu saya tanya dia, betul ke nak kahwin dengan saya dan dia mengakuinya. Dia kata dia ikhlas menerima saya. “Sekarang? Kenapa buat begini kepada abang?” katanya yang turut mendakwa Erema membuang cincin perkahwinan mereka..

Dalam pada itu, Seri Bayu terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang, semalam selepas mengadu sesak nafas sekitar jam 3 pagi.
Keluarga angkatnya yang menghubungi ambulans kerana Erema ketika itu tiada di rumah. Erema ketika dihubungi mengakui Seri Bayu dihantar ke hospital, tetapi tidak ditahan.

Kes tuntutan cerai Erema akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya Selangor 1 Disember ini. Penyanyi yang popular dengan lagu Pelita Di Bawah Purnama itu bernikah dengan Seri Bayu pada 19 Disember 2006 di Masjid Danau Desa, Taman Desa, Kuala Lumpur.


Sumber: Metro Ahad


Berikut saya kepilkan lagi petikan dari Sinar Harian

EREMA & SRI BAYU BAKAL BERCERAI

Kesanggupan penyanyi muda Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau lebih dikenali sebagai Erema menerima penulis lirik, Seri Bayu sebagai suaminya pernah menggemparkan dunia seni. Manakan tidak, Sri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik,43, yang menghidap penyakit saraf perlu dibantu untuk melakukan aktiviti seharian. Malah masyarakat pernah tersentuh dengan ketulusan Erema yang sanggup menguruskan kehidupan Sri Bayu itu.

"Ini adalah jalan yang terbaik untuk saya dan Abang Bayu. Bukannya saya sudah tidak tahan untuk tinggal bersamanya tetapi ada masalah tertentu yang tak dapat diselesaikan lagi. Sukar untuk saya ceritakan apakah masalah tersebut, kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Cukuplah saya katakan yang antara kami sudah tiada persefahaman dan saya tidak lagi ada perasaan terhadapnya. Namun perkara ini tidak ada kena-mengena dengan orang ketiga, "kata Erema.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Pelita Di Bawah Purnama" ini menjelaskan yang rumah tangganya mula goyah setelah dilanda masalah pada raya pertama Aidilfitri yang lalu dan sejak itu juga dia mula naik turun mahkamah untuk membuat tuntutan fasakh.

Memandangkan proses tersebut agak rumit dan mengambil masa yang lama, dia kemudiannya berbincang dengan suaminya, agar dilepaskan dengan cara baik.
"Pada mulanya saya berat hati juga untuk memaklumkan padanya tentang keputusan saya itu (cerai), tapi saya kuatkan juga hati. Kami dah pun berbincang dengan cara baik dan dia sedia lepaskan saya. Memang sukar untuk dia terima kenyataan ini, tetapi terpaksalah juga sebab antara kami dah tak ada persefahaman lagi. Daripada terus dibiar masalah itu semakin berlarutan, lebih baik kami berpisah."

"Walaupun hubungan kami tak sebaik dulu, namun atas dasar perikemanusiaan saya masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa dengan menguruskan makan dan minumnya setiap hari," jelas Erema yang bekerja sebagai penyanyi kelab malam untuk menyara keluarga.

Tambah Erema, dia sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangganya, namun sebagai manusia biasa dia terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodohnya dengan Sri Bayu itu hanya mampu bertahan setakat itu sahaja.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini menafikan yang dia sudah hilang kesabaran untuk menjaga Sri Bayu yang sehingga kini masih menderita penyakit saraf itu.
"Kita hanya boleh merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Saya juga berharap semuanya berjalan dengan lancar, tetapi apa yang kita lalui tak semuanya indah. Saya tahu orang akan kata yang saya ni dah tak mampu jaga suami. Tapi terpulanglah apa yang orang nak kata, yang penting saya dah buat yang terbaik. Saya dah jaga dia empat tahun, kalau saya nak putus asa dah lama, bukannya sekarang."

"Orang hanya nampak kita bahagia. Tapi orang tak tahu apa yang sebenarnya kita lalui. Selama ini saya dah cukup bersabar, tapi tahap kesabaran itu juga ada hadnya. Saya masih muda dan saya harus memikirkan masa depan serta berhak mendapat kehidupan yang lebih baik," tegasnya.


Bertanyakan tentang reaksi kedua-dua belah keluarga, kata Erema, dia bersyukur kerana keputusannya untuk bercerai dengan Sri Bayu itu dapat diterima baik oleh keluarganya. Bagaimanapun ia sukar untuk diterima oleh keluarga suaminya yang mengharapkan agar hubungan mereka dapat dipulihkan kembali.


Erema dan Sri Bayu bernikah pada 19 Disember 2006 di Masjid Danau Desa, Taman Desa Kuala Lumpur. Sri Bayu merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Erema dalam dunia seni suara dan pernah muncul dengan album Pelita Di Bawah Purnama. Dalam pada itu, Mahkamah Syariah Rendah, Petaling Jaya, yang dihubungi mengesahkan kes pasangan ini bakal didengar pada 1 Disember ini.

Sumber: Sinar Harian


Dua petikan akhbar ini diambil dari perspektif yang berbeza. Satu daripada luahan Sri Bayu, dan satu lagi dari luahan Erema. Anda nilailah sendiri.

Credits
Sumber info: Telah dinyatakan
Sumber Gambar: Hafreze.Com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 November 2008

USTAZ ARIEF CAKRA ALAM PENIPU? (BAHAGIAN 2)



Seperti yang di janjikan, saya uploadkan Bahagian ke-2 untuk hari ini. Bahagian ini merupakan kajian yang dijalankan terhadap Ustaz Arief dan juga pembongkaran oleh James Randi sendiri. Malu juga bila saya lihat dalam sedutan bahagian ini ada dipaparkan menara berkembar Petronas. Nak tunjuk imej Malaysia la tu.

Jika benar, saya merasa amat malu. Kerana ketaksuban kita terutamanya orang Melayu dengan benda-benda supernatural ini (atau metafizik bak kata Ustaz Arief), ada orang mengambil kesempatan mempergunakan kepercayaan kita tu untuk mengaut sejumlah wang. Halal ke wang tu Ustat? (bukan Ustaz). Kita wajib percaya. Bukan taksub.

Saya harap pihak-pihak berwajib tempatan cuba membuat siasatan untuk mengesahkan perkara ni. Tentukan secara tempatan, sahkan penipuan ini. Sekiranya benar, ambil tindakan. Ini diam je..senyap je...Kenapa? Ustat Arief ada kepentingan ke?

Untuk makluman anda, cakra alam ini juga popular sehingga dulu pernah masuk dalam TV. Kalau tak silap saya TV3. Saya akan cuba cari paparan tersebut dan uploadkan untuk tontonan kita bersama.

Dan juga bagi sesiapa yang tak bersetuju dengan paparan saya ini. Sila utarakan secara berilmiah. Jangan cakap kosong. Pastikan hujah anda rasional dan bukan emosional k.
Selamat menonton. Tepuk dada, tanya iman.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 November 2008

USTAZ ARIEF CAKRA ALAM PENIPU? (BAHAGIAN 1)



Aiyamak..biar betul ni. Bukan ke Cakra Alam ni satu pertubuhan yang popular dengan perubatan dan ilmu bela diri secara metafizik ke suatu masa dulu? Kalau betul, memang amat mendukacitakan.

SILA KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB CAKRA ALAM MALAYSIA

Penipuan ini dibongkar oleh sekumpulan penyelidik dari korea dan hasilnya di tayangkan di sebuah rancangan tv negara tersebut. Tambah meyakinkan pembohongan ini, rancangan korea ini telah menjemput bekas ahli silap mata terkenal, James Randi untuk turut meyokong pembongkaran ini. Untuk makluman, James Randi ini merupakan pakar fizik dan juga pensyarah terkenal suatu ketika dahulu di luar negara. Beliau juga merupakan bekas ahli silap mata profesional. Kini, beliau telah menubuhkan Yayasan Pendidikan James Randi bagi kegiatan kemasyarakatannya.

Beliau amat tidak menggemari penipuan yang melibatkan penggunaan kuasa ghaib (maksud saya kita kata sesuatu tu berlaku dengan bantuan supernatural tapi sebenarnya guna trick je) dan yayasan ini menawarkan USD 1 juta kepada sesiapa sahaja yang dapat membongkar penipuan sebegini.

SILA KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB YAYASAN PENDIDIKAN JAMES RANDI

Nak kata malu pun ada..video ni ada dua bahagian. Hari ini bahagian 1. Dalam bahagian 1 ni cuma priview kehebatan ustaz arief dan penentuan sama ada Ustaz Arief itu betul-betul metafizik atau tidak. Esok saya upload bahagian 2 yang pasti membongkarkan segalanya. Selamat menonton.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

23 November 2008

BABI HALAL DI SINGAPURA

Lagi satu penghinaan terhadap umat Islam seluruh dunia. Kes ini berlaku di Singapura. Uniknya Singapura. Hingga tak terkata laa. Jom melancong ke Singapura.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

22 November 2008

KISAH KITA DENGAN ORANG SEBERANG TAMBAK

Mungkin di antara kita terleka dengan berita dan momokan berkenaan subsidi minyak yang kononnya diberi kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada rakyatnya. Namun ramai di antara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. Ada di kalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.

Tidakkah kita hairan suatu ketika apabila kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura yang mana di sempadan Singapura, warganya dikecualikan dari sekatan, kononnya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.

Namun ia hanya satu alasan. Pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Apabila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. Walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand? Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia?

Apakah warga Singapura tidak menyeludup? Atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? Apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? Apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? Di sini akan saya huraikan apa maksudnya subsidi yang telah kerajaan Malaysia berikan kepada rakyat Singapura. Mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.

Walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri. Bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura.

Sebutkan mana-mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3 sen seribu gelen? Malah kerajaan China sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen. Apakah kos menyeleggara dan kerja-kerja membekalkan air pada Singapura percuma?

Apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? Berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura?
Tidakkah itu subsidi? Itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1 sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. Kenapa kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa?

Sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. Kalau diikutkan pada kiraan 50 sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. Inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.

Fikir-fikirkan....


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

21 November 2008

AWAS PENGGUNA CYBER CAFE!!!!

BERHATI-HATI SEKIRANYA MENGGUNAKAN KOMPUTER DI KAFE CYBER (CYBER CAFE atau ringkasnya CC). PERIKSA BELAKANG KOMPUTER DAN SEKIRANYA ALAT SEPERTI GAMBAR DI ATAS INI ADA DI BELAKANG KOMPUTER, JANGAN GUNA KOMPUTER TERSEBUT!!!!

Alat ini biasanya berada di hujung kabel keyboard yang bersambung ke komputer, bertujuan menyimpan semua data yang telah ditaip oleh keyboard itu.

Alat ini kebiasaannya digunakan di CC, pameran, hotel dan lapangan terbang.

Maka berwaspadalah terutamanya bagi anda yang menggunakan internet di tempat-tempat seperti itu untuk meng'access' account bank online atau web-web yang melibatkan maklumat peribadi seperti PIN, password dan sebagainya.

Alat ini berfungsi merekod data keyboard dan akan disimpan di dalam 'Black Device'.
Dan data dalam 'Black Device' ini berkemungkinan besar akan digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Antaranya menceroboh akaun kewangan dan sebagainya. Untuk itu, sebelum menggunakan komputer di tempat-tempat seperti yang telah disebutkan, periksa komputer tersebut dahulu. Ingat, kita mampu mengubahnya.

Wallahuallam..

Sumber: Forwarded Email.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

20 November 2008

RAJA PEMAISURI AGONG TUANKU NUR ZAHIRAH

*Credits di akhir post ini

Assalamualaikum...Ini bukan info sensasi ye. Sekadar ingin berkongsi biodata Tuanku kepada semua. Sumber biodata ni adalah dalam bahasa inggeris. Untuk memelihara keaslian sumber, saya cuma pastekan untuk mengelakkan kekeliruan. Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk membaca biodata Tuanku secara ringkas.



Early Life
Born Rozita binti Adil Bakeri on December 7, 1973 in Alor Star, Kedah, she received her primary school education at Sekolah Rendah Kebangsaan St. Nicholas' Convent, and her secondary school education at Sekolah Menengah Kebangsaan St. Nicholas' Convent, both in Alor Star, Kedah.

Royal Life
She married Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu on 28 March 1996 in Kuala Terengganu. She was then known as Cik Puan Sri Rozita Adil Bakeri.

She was accorded the title Permaisuri Nur Zahirah on July 12, 1998, after Tuanku Mizan was proclaimed the Sultan of Terengganu. Later, her title was changed to Sultanah Nur Zahirah in accordance with the Sultan's wishes.

Family Life
The royal couple have four children: Princess Tengku Nadhirah Zaharah (born December 18, 1996), Prince Tengku Muhammad Ismail (born March 1, 1998), Prince Tengku Muhammad Mua'az (born December 22, 2000), and Princess Tengku Fatimatuz Zahra' (born April 19, 2002).

Hobbies and Interests
The Queen loves interior decoration and does much of the interior design at the palace. She loves to cook, especially dishes that are the favourites of her husband and family. Tuanku Nur Zahirah also loves to read books , specially concerning intelligence quotient and emotional quotient. The Sultanah is also interested in martial arts, as the activity keeps a person body fit and trim. She spends her free time by taking part in exercises such as aerobics. She also likes strenuous sports, such as endurance horse riding, which is the favourite of the Sultan. The Sultanah is her husband’s number one supporter when he takes part in such races locally or overseas.

Social Contribution
She is active in voluntary and charitable bodies including serving as patron of the Terengganu Orphaned Children Welfare Home (Perkaya), Terengganu Hospice and Terengganu Girl Guides Association.

Awards
Tuanku Nur Zahirah was conferred with an honorary doctorate in management at a special convocation of Kolej Universiti Sains and Teknologi (renamed Universiti Malaysia Terengganu) in December last year. She received the degree from Tuanku Mizan, who is the university’s chancellor. In her speech at the event, she urged the people of Terengganu to take the initiative to emulate the excellent accomplishments of past Muslim scholars in fields of knowledge, especially in science and technology.

Inilah ikon muslimah Malaysia. Bukan senang nak jumpa isteri Agong pakai tudung. DAULAT TUANKU!

Dengar cerita, sebelum berkahwin dengan Tuanku Mizan, baginda pernah bekerja sebagai pramugari, ada sesiapa yang boleh tolong sahkan? Thanks.

Credits
Sumber: Kiriman Nemo (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

19 November 2008

PAKEJ MRR (EBOOK PERCUMA)



Lagi peluang mencari pendapatan sampingan akan saya kongsikan kepada anda untuk kali ini tanpa perlu mengeluarkan kos. Pakej ini mula dilancarkan kelmarin (17 November 2008). MRR ini adalah ringkasan bagi Master Resale Rights dan akan saya terangkan secara ringkas mengenai pecahan MRR ini.

Anda biasa mendengar tentang produk RR? Mungkin ramai yang biasa mendengarnya, tapi sebenarnya ramai yang keliru atau tidak faham dengan jelas berkenaan apa itu RR.

Sebenarnya terdapat 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan semula) iaitu:

1)Personal rights - Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2)Resale rights - Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan. Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3)Master resale rights - Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4)Private label rights - Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka. Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut? Baiklah, saya ada satu berita baik untuk anda, kini anda boleh dapatkan satu pakej produk MRR secara percuma sahaja untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam mengenai MRR dan menghasilkan landing page/minisite anda dengan menarik.

Jadi, sebelum produk ini dikenakan caj untuk memilikinya, sila download secara PERCUMA, DIULANGI PERCUMA di blog ini. Seperti biasa, mudah sahaja. Klik banner (gambar pakej) di atas, isikan nama dan email dan pakej tersebut akan terus dihantar melalui email anda. Bukan itu sahaja, anda akan mendapat komisen sebanyak RM 1.00 untuk setiap pakej sekiranya anda turut mengedarkan pakej ini seperti saya. Lebih lumayan daripada ebook rahsia usahawan internet yang lepas. Tapi perlu daftar affiliate percuma dulu. Yang ni lagi banyak bayarannya!!!

Jangan buang masa, download sekarang. Ilmu free pun tak nak ke? Nanti depa akan jual pakej ni. Kalau tak dapat, rugi.

BAGI SESIAPA YANG TIDAK TAHU PASAL MRR, ANDA TOLONG DOWNLOAD & EDARKAN SAHAJA. SAYA NAK ANDA CUBA SEBARKAN UNTUK PENDAPATAN SAMPINGAN. TAPI KENA DAFTAR AGEN AFFILIATE YE.

P/S:Saya akan letakkan banner mengenai pakej ini di dalam blog saya (di bahagian kiri atas, bawah anugerah tahun ini) untuk memastikan anda dan para pelawat KERENAH DUNIA yang lain tidak tercicir daripada memperoleh ilmu percuma ini terutamanya yang terlepas membaca post ini.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

18 November 2008

AZEAN IRDAWATY: SEL KANSER MEREBAK KE PEPARU

Kita sedia maklum, dugaan Tuhan untuk manusia datang dalam pelbagai bentuk. Bintang veteran Azean Irdawaty terpaksa menempuh satu lagi dugaan besar berhubung kesihatan dirinya yang berlaku pada bulan puasa lepas.

Azean Irdawati mendapat pengesahan pakar perubatan bahawa sel-sel barah dalam tubuhnya kini dikesan pula di bahagian paru-paru dan hatinya, beberapa bulan selepas beliau pulih daripada penyakit kanser payudaranya itu.

Azean menghantar SMS kepada teman-teman rapatnya termasuk wartawan hiburan tentang perkara itu tetapi dalam nada yang sungguh tenang.

"Kak Yan (Azean) cakap dia sedang menjalani rawatan herceptin sehingga Mac 2009 selain perlu menjalani sekali lagi sesi rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali bermula 23 September." (Berdasarkan SMS)

"Terharunya apabila Kak Yan dengan jujur berkata dia bukanlah hendak meraih simpati, jauh sekali ratap sedih kerana apa yang dia perlukan adalah doa rakan-rakan dan saudara mara supaya sel-sel barah itu dapat dihapuskan sama sekali dari dalam tubuhnya,." (Berdasarkan SMS)

Semoga cepat pulih..

Credits
Sumber: Murai Batu


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

17 November 2008

CELCOM BROADBAND & ELECTRIC BLACKOUT

Assalamualaikum...Hari ni saya nak kongsi sikit 2 peristiwa malang (boleh dianggap malang laa kot) yang berlaku kepada saya pada cuti hujung minggu semalam dan kelmarin. Cuba anda kenalpasti kerenah-kerenah yang terlibat daripada apa yang akan saya cerita nanti.

2 peristiwa malang itu adalah:

1) Broadband down - yang ni kalau nak kira tak laa memberi kesan sangat. Tapi terbantut la sikit kerja-kerja updateblog....cari info untuk writing theses dan sebagainya. Tak dapat browse web. Connect dapat. Tapi tak dapat buka laman web. Saya call celcom helpline, mula-mula saya call petang sabtu. Celcom cakap ada gangguan line seluruh malaysia & akan pulih pukul 11 malam. Saya online pukul 12 malam, still tak dapat. "Kena kelentong ke aku ni?" bisik hati saya.

Sekali lagi saya call, ahad pagi. Jawapan sama juga saya dapat. Tetapi akan pulih petang nanti. Pukul 6 saya connect, same situation - dapat connect tapi tak dapat browse web.

Hari ni ok dah...nasib baik. Kenapa agaknya perkara macam ni terjadi? Takda notis. Takda sms. Tiba-tiba down..Mungkin unexpected. Tapi at least sms inform ada kerosakan. Untuk kita maklum.

2) Blackout - peristiwa ni berlaku semalam. Tengah syok-syok main PS2 dalam pukul 10 lebih, tiba-tiba 'blub', gelap. Ingat satu samarahan ke sarawak ke, rupa-rupanya rumah saya je yang kena. Apa lagi kalut juga. Housemete (merangkap ketua rumah) call la SESCO (lebih kurang TNB tapi kat Sarawak), SESCO suruh check kotak suis kat luar rumah. Lampu merah nyala tak? Kalau lampu merah nyala, maknanya letrik dari SESCO takda masalah. Check lampu merah - nyala. So mungkin masalah suis utama dalam rumah. Bila bincang dengan SESCO, dia kata 'isolator' (tak tahu laa apa tu) dalan kotak suis utama rosak. Kena baiki tapi bukan tanggungjwab SESCO. Itu tanggungjawab pemaju ataupun cari je 'electrician'. So, bergelap laa aku ngan housemate aku semalam. Pelik juga. Macam mana boleh rosak.

So ketua rumah (KR) call laa tuan rumah (TR) & ceritakan masalah yang berlaku. TR suruh check tu check ni sama laa yang SESCO suruh buat. Si KR pun kata semua dah buat tapi still tak pulih. KR pun mintak laa TR datang esok (hari ni) ataupun bawa electrician untuk selesaikan.
Hari ni kita tunggu dan lihat....

Kerenah..kerenah..macam-macam kerenah....


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

16 November 2008

SANDRA CLICKS - PTC KONSEP BARU




Assalamualaikum WBT. Dah lama saya tak update info mengenai PTC kan? Kepada para pembaca yang telah menyertai PTC melalui blog ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana mempunyai hati yang terbuka untuk membabitkan diri dalam satu lagi jalan pemburuan wang melalui internet. Walaupun berisiko, namun bagi saya ianya berbaloi kerana ia tidak perlu modal secara asasnya.

Sebelum itu, saya ingin mengajak anda semua menyertai 1 lagi PTC baru yang mempunyai latarbelakang yang baik dan juga mempunyai strategi kewangan yang bagus untuk bertahan lama dalam industri PTC ini - Sandra Clicks. Sila klik banner di atas untuk menyertainya. PERCUMA.

PENTING:
Selepas register Sandra Clicks, email saya nasanyer@gmail.com. Pastikan tajuk email anda "SAYA DAH JOIN SANDRA CLICKS DALAM KERENAH DUNIA" supaya memudahkan saya check. Selepas itu, saya akan berikan rahsia untuk berjaya dalam PTC ini.Jangan risau, rahsia itu akan saya bagi PERCUMA!! Anda tak perlu keluar 1 sen pun. Ini untuk yang belum pernah email saya melalui kerenah dunia sahaja. Yang dah ada tips tu, tak perlu email lagi ok?


Bagi para pembaca yang belum kenal apa itu PTC, sila KLIK SINI untuk saya linkkan mengenai asas PTC secara amnya.

Bagi yang telah maklum mengenai PTC, ingin saya mengajak anda menyelongkar dengan lebih mendalam lagi atau dengan lebih tepatnya menelusuri liku-liku dunia PTC yang banyak pancarobanya.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk saya terangkan.



Secara berterusan, saya selalu mengadakan review dan juga perbincangan pendek mengenai dunia PTC ini dengan otai-otai serta senior PTC yang lain. Secara amnya, PTC ini berkonsepkan keuntungan yang dibahagikan kerana sokongan ahli-ahli kepada pemilik PTC tersebut. Sekiranya berkesempatan, saya akan updatekan info mengenai PTC ini untuk anda bari semasa ke semasa. Yang penting, teruskan kesetiaan anda kepada KERENAH DUNIA.

Ok. Umumnya, model-model PTC secara teori adalah amat baik kerana ia menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pemilik PTC dan juga kita sebagai ahli. Secara konvensionalnya, PTC berkonsepkan penjualan 'referal' dan juga pekej premium untuk mendapat keuntungan. Itu adalah sistem yang ideal bagi setiap PTC. Dengan sistem ideal ini, aliran keluar masuk wang oleh pemilik PTC akan stabil dan mapan dengan ganjaran sebangak $0.01 kepada ahli biasa. Dalam dunia PTC, $0.01 bagi setiap klik ahli biasa adalah terlalu tinggi dan dalam jangka masa panjang, sistem ini agak tidak stabil dan pemilik PTC perlu satu strategi kewangan baru untuk bertahan lama.

Dengan itu, beberapa PTC baru telah tampil dengan konsep baru yang mempunyai strategi kewangan yang bijak dan menguntungkan kedua-dua belah pihak (pemilik dan kita sebagai ahli).



Ada 4 konsep baru yang diimplementasikan dan saya akan sentuh 1 sahaja untuk post kali ini iaitu sistem sewaan 'referral'. Sistem ini dilaksanakan oleh Sandra Clicks. (SILA KLIK BANNER DI ATAS UNTUK SERTAI). Dengan sistem ini, ahli-ahli boleh menyewa 'referral' secara bulanan. Selepas 30 hari, referral ini akan diambil balik dan ahli perlu menyewa referral baru untuk terus mendapatkan untung. Walaubagaimanapun, sistem ini bagi yang nak sewa 'referral' sahaja. Kita masih boleh dapatkan referral percuma dengan mempromotekan banner seperti yang saya buat ni tanpa perlu sewa.

Perlaksanaan sistem ini membolehkan pemilik PTC mendapat keuntungan berterusan dan mengekalkan kestabilan dalam dunia PTC ini. Kita pun dapat untung juga. So WIN-WIN situation. Buat masa ini, Sandra Click telah melaksanakan sistem ini dengan baik sekali. Cuba dulu baru tau k? Sandra Clicks juga membuat bayaran segera seperti Buxout.

Ada 3 lagi konsep baru PTC yang akan saya kongsikan dalam post-post yang akan datang. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pendapat saya di atas, sila nyatakan dalam ruangan komen k?


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

15 November 2008

PELAKON NASIR ALI MENINGGAL DUNIA

*Credits di akhir post ini

Maafkan saya kerana lewat menyampaikan info ini. Untuk makluman semua pelakon veteran Allahyarham Nasir Ali meninggal dunia pada 31 Oktober 2008 pada pukul 3.45 pagi.

Allahyarham Nasir Ali semasa hayatnya amat popular dengan lakonan-lakonan antagonis. Kita kehilangan sebutir lagi permata di dalam bidang seni ini. AL-Fatihah buat beliau.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk membaca berita mengenai kembalinya beliau ke Rahmatullah. Innalillah...

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon teater, drama dan filem yang terkenal dengan watak jahat, Nasir Ali meninggal dunia kerana penyakit kencingmanis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri di sini pada pukul 3.45pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami demam pada awal pagi tadi ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.

Allahyarham yang berusia 55 tahun dan berasal dari Taiping dan dibesarkan di Butterworth itu menghidap kencing manis yang serius.

Nasir juga pernah dinasihati oleh doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan ia merebak.

``Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu. Doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.

``Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Apartmen Cemara di sini.

Jelas Kadariyah, awal pagi tadi, kesihatan Allahyarham yang mempunyai empat orang anak dan dua orang cucu itu semakin tenat apabila keadaan suhu badannya panas menyebabkan beliau menghubungi ambulans.

Kata isteri pelakon yang mempunyai ijazah seni lakonan dari National University of Dramatic Arts, Sydney, Australia pada tahun 1994 itu, beliau sempat membacakan surah Yassin sebelum Allahyarham meninggal dunia.

``Selepas saya habis membacakan surah Yassin di sisinya, suami saya kelihatan diam tanpa berkata apa-apa, tetapi saya melihat air matanya mengalir. Tidak lama selepas itu barulah beliau meninggal dunia,’’ujarnya.

Allahyarham yang dilahirkan pada 17 Januari 1953 sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater dan merupakan Presiden Grup Teater ArtsKreatif yang ditubuhkannya pada 1989 dengan aktif berlakon serta mengarahkan teater.

Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.

Tambah Kadariyah lagi, sepanjang karier sebagai pelakon, antara kejayaan Allahyarham ialah beliau pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996).

Malah, Allahyarham juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.

Nasir Ali atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks BudayaNegara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Drama terbaru lakonan Allahyarham berjudul Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih telah menjalani penggambarannya sebelum bulan Ramadan lalu dan ia akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi

Credits
Kiriman: Misscordelia (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

14 November 2008

MOHON SUMBANGAN IKHLAS ANDA

Assalamualaikum....Sedar tak sedar KERENAH DUNIA dah hampir setengah tahun di udara. Dan KERENAH DUNIA hidup kerana sokongan anda. Kepada pengunjung setia KERENAH DUNIA, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana kesetiaan anda dan saya akan pastikan yang saya akan sentiasa menghidangkan anda dengan info-info yang menarik, panas, hangat, sensasi dan juga ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan buat anda semua. Semuanya di KERENAH DUNIA.

Tak lupa kepada anda yang memberi komen, saya terima dengan tangan terbuka walau apapun pendapat anda.

Untuk kali ini, saya dengan rendah dirinya ingin memohon sumbangan daripada anda semua bagi memantapkan lagi KERENAH DUNIA. Untuk perancangan awal, Abang Santai teringin sangat agar KERENAH DUNIA mempunyai domainnya sendiri dan sumbangan anda amatkah diperlukan untuk itu. Sumbangan boleh dilakukan dengan meng'klik' button 'DONATE' di bawah ini (comel cinonet je buttonnya) dan anda boleh salurkan sumbangan anda. Saya tak kisah berapa pun asalkan ikhlas.



Dengan klik button 'DONATE' tersebut, anda boleh menggunakan Pay Pal sebagai medium utama pembayaran. Bagi yang tiada akaun Pay Pal, boleh gunakan MasterCard, Visa, American Express ataupun Bank Tranfer (bank yang terpilih sahaja) untuk transfer fund. (Matawang dalam USD).

Saya juga telah letakkan button donate ini di bahagian atas kiri blog ini (atas 'Anugerah Tahun Ini') bagi sesiapa yang terlewat dan tidak sempat membaca post ini namun masih bermurah hati untuk menderma. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan kebaikan anda semua. Saya akan cuba sehabis baik untuk memantapkan blog ini dengan isu-isunya.

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH..


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

13 November 2008

ANAK ARTIS KITA?

* Credits di akhir post ini

Adakah ini anak artis kita? Mungkin mak dia tak tahu kot? Atau pun pelanduk 2 serupa? Siap pegang botol kencing setan lagi. Ke air sprite, tak pun 7UP? Bukan ke anak-anak artis semua baik macam malaikat ke? Hehehehe.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.



Ni yang saya cakap bangga dengan maksiat ni. Kalau tak bangga masakan bagi je orang amik gambar macam tu. Untuk perhatian korang, berbangga dengan maksiat adalah salah satu daripada perkara-perkara yang mendatangkan bala. Tunggu jela ek bala dari Allah.

Baru ni saya post kan pasal artis, pasal anak VIP, ni pasal anak artis pulak. Pasal VIP??? Boleh ke?

Credits
Sumber: Kiriman Goldtrader (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

12 November 2008

RAHSIA JUTAWAN INTERNET (EBOOK PERCUMA)



Salam sejahtera, saya selalu ingin berkongsi ilmu percuma kepada anda sebagai tanda terima kasih saya yang tidak terhingga atas kesetiaan anda terhadap KERENAH DUNIA. Untuk makluman anda secara jujur, internet merupakan lubuk wang yang amat istimewa. Kita cuma perlukan tektik dan kesabaran untuk berjaya dan di dalam dunia maya ini, risikonya tetap ada. Dan saya di sini sekiranya berkesempatan, akan terus berkongsi ilmu jana wang internet ini secara percuma untuk anda. Secara tidak langsung, risiko kerugian wang akan berada di tahap sifar.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi sebuah ebook percuma tulisan Ammar Zahar, seorang usahawan internet (IM) terkemuka di dunia cyber atas kejayaan beliau memperoleh pendapatan dari internet. Sebagai tanda penghargaan, beliau telah mengedarkan ebook percuma mengenai rahsia penjanaan wang internet merangkumi cara mengekalkan blog di tangga teratas ranking google, cara menghasilkan jualan sehingga 5000 unit dengan ebook yang tiada kaitan dengan cara buat duit, cara efektif menjual produk MRR dan rahsia usahawan internet mendapat wang sehingga 6 angka tanpa produk.

Anda boleh download ebook ini secara percuma. DIULANGI. PERCUMA. Caranya mudah, anda klik banner (gambar buku) di atas, isikan nama dan email dan ebook tersebut akan terus dihantar melalui email anda. Bukan itu sahaja, anda akan mendapat komisen sebanyak RM 0.25 untuk setiap unit ebook sekiranya anda turut mengedarkan ebook ini seperti saya. Tapi perlu daftar affiliate percuma dulu. Menarik bukan?

Saya rasa cukup setakat ini, selamat memperoleh ilmu percuma dan selamat menjana pendapatan dari alam internet.

P/S:Saya akan letakkan banner mengenai ebook ini di dalam blog saya (di bahagian kiri atas, bawah anugerah tahun ini) untuk memastikan anda dan para pelawat KERENAH DUNIA yang lain tidak tercicir daripada memperoleh ilmu percuma ini terutamanya yang terlepas membaca post ini.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

11 November 2008

ANAK VIP KE NI?

*Credits di akhir post ini

Anak sapa la yer..? Berdasarkan sumber, lelaki tersebut adalah anak VIP yang bertaraf menteri. Biar benar????

Beginilah akibatnya kalau dah mewah, agama tolak tepi. Enjoy sakan nampak? Arak dah macam air mineral jer. Untung ya jadi anak VIP, dapat awek cun melecun.

Harap mamat yang biasa senang ni bertaubatlah. Trend politik di Malaysia, bapa ahli politik, anak pun ahli politik yang sekaligus dapat sokongan mudah. Esok nanti nak join politik pasti gambar ni jadi isu hangat!

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk melihat gambar-gambar lain. Kepada awek-awek cun di luar sana, mesti lelaki ni jadi idaman korang kan? Jujur laa k. Jangan duk tipu diri sendiri. Tuhan confirm tahu punya.












Credits
Sumber: Isuhangat.blogspot.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

10 November 2008

KHALWAT PAKAI SERAGAM SEKOLAH

*Credits di akhir post ini

Salam semua, maaf tertinggal keretapi. Tapi kes ni berlaku minggu lepas, rasanya tak la lambat sangat kan. Hehehehe.

Ini beritanya:

KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan empat yang lengkap berpakaian seragam sekolah ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang pemuda dalam sebuah bilik di sebuah hotel murah di Jalan Pengkalan Chepa di sini semalam.

Gambar di atas menunjukkan pelajar perempuan yang ditangkap berkhalwat dengan seorang remaja lelaki di sebuah hotel murah di Kota Bharu dibawa keluar oleh seorang penguatkuasa wanita.

Pasangan tersebut ditangkap dalam satu serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheik) Kelantan.

Pemuda terbabit yang berusia 21 tahun cuba melarikan diri daripada diberkas dengan memanjat siling yang dipecahkan ke bahagian bumbung bangunan itu menyebabkan tiga jentera bomba dikejarkan ke sana untuk membantu.

Jurucakap Jaheik berkata, dalam serbuan yang dibuat pada 9.15 pagi itu, pemuda bersama pasangannya berusia 16 tahun mulanya enggan membuka pintu bilik yang diketuk beberapa kali.

"Kemudian terdengar bunyi seperti siling dipecahkan lalu anggota kami terus bertindak memecahkan pintu dan mendapati pasangan tersebut yang lengkap berpakaian sedang menyorok di atas siling.

"Pasangan perempuannya yang berpakaian sekolah saja berjaya dipujuk supaya turun, sebaliknya teman lelakinya cuba melarikan diri dengan memanjat terus ke atas bumbung bangunan," katanya ketika dihubungi semalam.

Abang Santai: Risau dengan perangai muda-mudi sekarang. Semakin berani buat benda-benda macam ni. Masa sekolah takut-takut tapi buat jugak. Bila dah besar, dah masuk U, jadi lain pulak. Jadi bangga dengan maksiat yang dilakukan. Saya sekarang ni warga U jugak, ada yang anggap kita ni tak sosial, kolot, tak berkembang kalau tak pegi clubbing. LAHANAT PUNYA MANUSIA.

Sumber: LUQMAN HAKIM AB. RAHIM (luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

09 November 2008

ABBY ABADI MENGAMUK (ISU NORMAN KHALWAT DENGAN MEMEY)


Sila klik simbol 'PLAY' untuk mainkan video

*Credits di akhir post ini


Kes ni akan masuk rancangan sensasi melodi pada hari ini. Dalam melodi sudah pastinya lebih hangat. Kita lihat sapa yang kena..Tapi kalau di tengokkan, macam norman je yang salah. Apa-apa pun, niat tu penting.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk menbaca berita lanjut. Nak tengok video pun boleh juga. Klik simbol 'PLAY' dan tontonlah.

Abby amuk di lokasi
Oleh Nor Akmar Samudin dan Rudy Imran Shamsudin (akmar@hmetro.com.my)

KUALA LUMPUR: Isteri Norman Hakim, Abby Abadi berang apabila suaminya dikatakan cuba mempertahankan kebaikan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, hingga menimbulkan suasana tegang di lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini, tengah hari semalam.

Ketika sekumpulan wartawan menemubual Norman, 32, mengenai masalah rumah tangganya di situ, Abby tiba-tiba mencelah untuk mendapatkan kepastian daripada suaminya kenapa dia masih menyebelahi Memey.

Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 30, nekad bertanyakan soalan itu di depan wartawan kerana dakwanya sejak kes khalwat itu pada 30 Oktober lalu, Norman langsung tidak mahu berjumpa, malah panggilan telefon pun tidak dijawab.

Pelakon terkenal itu bergegas ke lokasi drama berunsur kepolisan berkenaan bersama sekumpulan wartawan media cetak dan elektronik selepas gagal membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Klang, semalam.

Dia tidak dapat berbuat demikian kerana dinasihatkan pihak mahkamah supaya mengemukakan beberapa dokumen yang didakwanya berada dalam simpanan Norman termasuk surat rujuk perceraian mereka pada Mei 2006.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang berada dalam jip hitam untuk menjalani penggambaran kelihatan tergamam melihat kedatangan Abby dan wartawan.

Dia yang ketika itu menyarung pakaian seragam polis berpangkat Inspektor kemudian menukar baju dengan memakai kemeja-T berwarna merah samar.

Wartawan dapat menyaksikan Abby yang menanti di tepi jip terus menghulurkan borang perceraian yang dibawa dari mahkamah.

Walaupun Norman kelihatan agak kebingungan, dia sudah mengetahui hasrat Abby yang minta ‘dilepaskan’ dengan cara baik.

Ini kerana Abby ada mengirimkan SMS kepada Norman mengenai hal itu sebelum bertolak ke mahkamah.

Norman yang seakan terkedu dan sebak dilihat berjalan ke satu sudut jauh dari wartawan sambil membawa borang perceraian ditunjukkan Abby. Beberapa minit kemudian Abby menyusul suaminya.

Pada waktu itu, wartawan memberi ruang kepada mereka untuk berbincang dan hampir 45 minit kemudian Norman kembali menemui wartawan dengan wajah muram yang berselindung di sebalik kaca mata hitam sambil Abby mengikutnya dari belakang.

Dengan linangan air mata, Norman berkata, dia boleh memberikan kerjasama terhadap tuntutan Abby, tetapi dia memerlukan kehadiran orang ketiga iaitu Memey.

Dalam keadaan sekarang, katanya, dia perlu menjaga hati ramai pihak, termasuk orang tua Memey selain Abby masih isterinya.

“Memey itu naif kerana dia masih baru dalam bidang ini (seni)...jadi saya perlu bantu dia. Saya juga tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dia ada emak bapa,” katanya.

Kenyataan Norman itu benar-benar mencetuskan kemarahan Abby lalu berkata: “Habis, saya siapa nak bantu. Kenapa abang asyik mempertahankan Memey. Jika bercerita pasal Memey abang bukan main lagi beritahu orang yang Memey tidak pandai itu dan ini.

“Jika abang mahu menjaga hati orang tua Memey, habis saya ini tak ada emak bapa. Saya ini masih isteri abang.

“Apa lebihnya dia daripada saya. Buruk sangat ke saya ini. Ceraikan saya sekarang juga,” katanya terkilan dengan sikap Norman.

Mengelakkan keadaan lebih buruk, beberapa wartawan wanita yang menjadi saksi kejadian itu cuba mententeramkannya.

Apatah lagi, penggambaran drama itu dilakukan di tepi jalan raya yang menjadi perhatian orang lalu-lalang.

Norman yang dalam keadaan sugul memandang wajah isterinya. Kelihatan seperti dia mahu memperkatakan sesuatu kepada Abby tetapi terhenti begitu saja.

“Saya tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan,” kata Norman.

Wartawan cuba meredakan keadaan dengan meminta Abby bertenang.

Akhirnya Abby beredar menuju ke keretanya yang terletak di seberang jalan.

Selepas hampir dua jam tergendala, penggambaran drama itu terpaksa dihentikan walaupun menurut pengarahnya, Majid Salleh, ia sepatutnya berlanjutan sehingga ke malam.

Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam juga muncul di lokasi selepas dihubungi kru drama itu mengenai keadaan berkenaan.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

Credits
Sumber Berita: Harian Metro
Sumber Video: Kiriman Notrexdame (Nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

08 November 2008

KEKEJAMAN TERHADAP BINATANG DEMI WANG

Saya nangis tengok video ni....nak upload untuk ditonton secara online pun saya tak sanggup. Manusia sanggup berbuat demikian kerana binatang-binatang ini dianggap tidak ada perasaan. Selamba je koyak bulu binatang ni hidup-hidup. Semoga Allah menurunkan bala kepada manusia yang melakukan kezaliman terhadap makhluk Allah ini.

Saya akan bagi link untuk download video ni. Saiz file agak besar. Bagi yang internet connectionnya elok mungkin cepat, mungkin juga lambat. Dan lihatlah, betapa zalimnya manusia melakukan sedemikian ke atas binatang yang tidak berdosa ini demi wang.

SILA KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD VIDEO TERSEBUT (KLIK GAMBAR KAT ATAS PUN BOLEH). Nama File: fur_farm_med.wmv

Credits
Sumber: SWISS Animal Protection International


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

07 November 2008

PASUKAN ELIT WANITA IRAN

*Credits di akhir post ini

Menurut sumber, pasukan ini adalah pasukan khas polis wanita Iran. PDRM atau ATM Malaysia ada perancangan tak nak menubuhkan pasukan sebegini?

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk melihat gambar-gambar lain.






Amacam?

Credits
Sumber: Kiriman Mike (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

06 November 2008

BARACK OBAMA - BAKAL PRESIDEN USA BARU

*Credits di akhir post ini

Kemenangan besar Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan satu perkembangan baru politik dunia.

Senario ini sekaligus membuktikan rakyat Amerika menolak cara agresif George W Bush yang sebelum ini menindas dengan rakus negara-negara umat Islam.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap ini satu reformasi dalam arena politik USA dan berharap agar beliau membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia, sesuai dengan imejnya yang merupakan orang kulit hitam pertama yang bakal menjadi Presiden Amerika.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini, Rabu lalu.

Di Washington, Senator Barack Obama berjanji kepada rakyat Amerika Syarikat akan membawa negara itu ke era baru yang diharapkan semua pihak.

Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House setelah ditunggu dalam tempoh begitu lama.

"Pilihan raya itu merupakan satu detik yang bermakna ke arah perubahan Amerika," kata Obama ketika berucap pada kemenangannya di hadapan kira-kira 240,000 penyokongnya di Chicago Rabu lalu.Manakala lawannya Mc Cain mengaku kalah dalam pemilihan tersebut.

Datuk Nik Aziz menambah lagi sebelum ini Amerika telah meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dunia ekoran tindakan agresif yang akan diteruskan McCain dari Parti Republikan.

"Bush sebelum ini 'minum' darah dengan melancar peperangan di Afghanistan, Iraq, Palestin dengan menggunakan kuasa tenteranya," ujar beliau.

Beliau juga mencadangkan Obama menolak fahaman membezakan warna kulit seseorang, sebaliknya dilayan dengan sama rata.

Beliau berkata, semua bangsa di dunia ini sama ada mereka berkulit putih atau hitam sama di sisi Allah, dan apa yang membezakan antara mereka ialah ketaqwaan terhadapNya.

"Sekarang rakyat Amerika dapat menerima seorang pemimpin kulit hitam dan diharap selepas itu serangan terhadap umat Islam juga berakhir tidak sebagaimana dilakukan Bush," ujarnya.

Beliau juga berharap perubahan ke arah itu benar-benar berlaku dan tidak menjadikan Islam sebagai musuh .Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut mengucapkan tahniah kepada Obama yang kini mendahului kemenangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat.

Menurutnya, kemenangan Obama membuktikan rakyat Amerika sendiri menolak pemimpin yang angkuh serta tidak menerima pandangan rakyatnya.

Katanya, sebelum ini Bush begitu angkuh dengan mengenepikan pandangan orang lain terutamanya pemimpin negara umat Islam.

"Jadi kita berharap Obama tidak meneruskan gaya berkenaan, sebaliknya lebih bersikap tolak ansur dan berperikemanusiaan," ujarnya.

Credits
Sumber Info: Siasah Daily
Sumber Gambar Obama: www.britannica.com
Sumber Gambar Nik Aziz: ntvirus.files.wordpress.com
Sumber Gambar Husam Musa: malaysiavotes.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.