Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

17 November 2008

CELCOM BROADBAND & ELECTRIC BLACKOUT

Assalamualaikum...Hari ni saya nak kongsi sikit 2 peristiwa malang (boleh dianggap malang laa kot) yang berlaku kepada saya pada cuti hujung minggu semalam dan kelmarin. Cuba anda kenalpasti kerenah-kerenah yang terlibat daripada apa yang akan saya cerita nanti.

2 peristiwa malang itu adalah:

1) Broadband down - yang ni kalau nak kira tak laa memberi kesan sangat. Tapi terbantut la sikit kerja-kerja updateblog....cari info untuk writing theses dan sebagainya. Tak dapat browse web. Connect dapat. Tapi tak dapat buka laman web. Saya call celcom helpline, mula-mula saya call petang sabtu. Celcom cakap ada gangguan line seluruh malaysia & akan pulih pukul 11 malam. Saya online pukul 12 malam, still tak dapat. "Kena kelentong ke aku ni?" bisik hati saya.

Sekali lagi saya call, ahad pagi. Jawapan sama juga saya dapat. Tetapi akan pulih petang nanti. Pukul 6 saya connect, same situation - dapat connect tapi tak dapat browse web.

Hari ni ok dah...nasib baik. Kenapa agaknya perkara macam ni terjadi? Takda notis. Takda sms. Tiba-tiba down..Mungkin unexpected. Tapi at least sms inform ada kerosakan. Untuk kita maklum.

2) Blackout - peristiwa ni berlaku semalam. Tengah syok-syok main PS2 dalam pukul 10 lebih, tiba-tiba 'blub', gelap. Ingat satu samarahan ke sarawak ke, rupa-rupanya rumah saya je yang kena. Apa lagi kalut juga. Housemete (merangkap ketua rumah) call la SESCO (lebih kurang TNB tapi kat Sarawak), SESCO suruh check kotak suis kat luar rumah. Lampu merah nyala tak? Kalau lampu merah nyala, maknanya letrik dari SESCO takda masalah. Check lampu merah - nyala. So mungkin masalah suis utama dalam rumah. Bila bincang dengan SESCO, dia kata 'isolator' (tak tahu laa apa tu) dalan kotak suis utama rosak. Kena baiki tapi bukan tanggungjwab SESCO. Itu tanggungjawab pemaju ataupun cari je 'electrician'. So, bergelap laa aku ngan housemate aku semalam. Pelik juga. Macam mana boleh rosak.

So ketua rumah (KR) call laa tuan rumah (TR) & ceritakan masalah yang berlaku. TR suruh check tu check ni sama laa yang SESCO suruh buat. Si KR pun kata semua dah buat tapi still tak pulih. KR pun mintak laa TR datang esok (hari ni) ataupun bawa electrician untuk selesaikan.
Hari ni kita tunggu dan lihat....

Kerenah..kerenah..macam-macam kerenah....

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.