Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

Showing posts with label 360. Show all posts
Showing posts with label 360. Show all posts

02 January 2009

PENGUMUMAN: HUJAN METEOR QUADRANTID 3 JANUARI INI

Hujan meteor quadrantid adalah fenomena yang ditunggu-tunggu para peminat astronomi setiap tahun. Kebiasaannya, lebih 100 meteor dapat dilihat dalam masa sejam. Fenomena ini berlaku setiap tahun pada awal Januari.

Kali ini, hujan meteor quadrantid akan berlaku pada pagi 3 januari 2009, sebelum terbit matahari sekitar jam 4-6 pagi. Ia merupakan saat yang terbaik untuk peminat astronomi mencerap atau sekadar melihat fenomena ini kerana pada kali ini, ia tidak akan terganggu oleh sinaran sang bulan. Hujan meteor quadrantid biasanya berlaku amat pantas dengan pergerakan meteor yang agak laju. Jadi, pengamatan yang betul diperlukan untuk mencerap.

Bagaimana hujan meteor quadrantid terjadi?

Fenomena ini terjadi apabila Bumi memasuki orbit 2003EH1, iaitu "asteroid" yang dipercayai terhasil daripada serpihan-serpihan sisa dari sebuah komet yang meletup sekitar 500 tahun yang lalu. Quadrantid mendapat namanya daripada gugusan bintang-bintang Quadrans Muralis.

Pada pagi 3 januari 2009 (esok) sebelum matahari terbit, pandanglah ke timur untuk menyaksikan fenomena hujan meteor quadrantid ini. Paling kurang, dijangka sehingga 30-40 pancaran akan dapat dilihat dengan mata kasar.

Credits to atehfaisal.blogspot.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 November 2008

USTAZ ARIEF CAKRA ALAM PENIPU? (PEMBONGKARAN OLEH 360)



Isu penyebaran klip yang mendakwa Pusat Perubatan Cakra Alam yang diterajui Ustaz Arief semakin hangat diperkatakan. Anda boleh lihat post-post saya sebelum ini. Khamis lepas, rancangan TV3- 360 memaparkan kenyataan Ustaz Arief sendiri. Ketika mengulas berkenaan selipar beliau yang diimbas oleh TV Korea tersebut, Ustaz Arief menyatakan yang tiada bunyi sedangkan video tersebut jelas menunjukkan yang alat pengimbas logam itu berbunyi. Nampak sangat kantoi.

Sepanjang temu bual tersebut, Ustaz Arief kerap menyentuh hidungnya selain menidakkan apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh 360.

“People tend to touch their nose and scratch their face when they lie" (Gecko & Fly)

How to Detect Lies

Anda nilai sendiri..Kita adalah juri yang terbaik (Mazidul Akmal)

Sumber: Darul Bayan.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.