*Credits dinyatakan dalam post
Masih ingatkah anda Sri Bayu, seorang komposer yang mengidap penyakit saraf dan merupakan isteri kepada seorang penyanyi kelahiran bumi kenyalang, Erema. Sudah jatuh di timpa tangga. Kini Sri Bayu bakal menghadapi satu lagi musibah, iaitu ditinggalkan isterinya.
Saya ada menyertakan sekali petikan akhbar metro mengenai penderitaan beliau. Mari baca sama-sama. Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.
KUALA LUMPUR: “Hayat abang tak lama. Abang nak mati di rumah,” kata penulis lirik, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43, ketika ditanya nasibnya selepas isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema menuntut cerai daripadanya.
Dalam pertemuan bersama Metro Ahad, Seri Bayu mengakui dia kini hanya mendapat belas ihsan daripada keluarga angkat dan rakan. “Kalau keluarga angkat tak ada, abang seorang diri. Erema selalu balik jam 5 atau 6 pagi. Abang pernah duduk di atas kerusi roda selama 16 jam, terpaksa tahan lapar...tahan buang air kecil dan besar.
“Kalau abang dah tak tahan (berkeadaan) begitu, abang SMS mereka (keluarga angkat atau rakan),” katanya yang menderita penyakit saraf. Membuktikan kebenaran dakwaan Seri Bayu, pertemuan pada Jumaat lalu itu ditemani keluarga angkatnya yang kebetulan melawatnya. Pilu melihat keadaan Seri Bayu kerana tubuhnya semakin kurus, tutur katanya sukar difahami dan kerap terbatuk-batuk berikutan paru-parunya dijangkiti kuman.
Untuk bertutur, Seri Bayu perlu meneran dan mengulang apa yang hendak diberitahu supaya butir percakapan dapat difahami. Temubual malam itu dibantu keluarga angkatnya yang lebih memahami butir percakapan Seri Bayu.
Ditanya mengenai keluarganya, Seri Bayu berkata: “Abang tinggalkan keluarga kerana Erema. Terlalu banyak pengorbanan abang untuk dia,”.
Menurut Seri Bayu, Erema yang dikenalinya sejak tujuh tahun lalu banyak berubah selepas dia bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab di Shah Alam, Ramadan lalu.
“Dulu dia (Erema) bagus (sebab) dia jaga abang dengan baik. Dulu dia jujur, tetapi sekarang banyak berbohong dan pandai berlakon depan orang.
“Dia maki...tendang... tolak abang,” katanya. Seri Bayu berkata dia hanya memberi kebenaran kepada Erema menyanyi untuk tempoh sebulan, tetapi Erema ingkar dan semakin tidak menghormatinya sebagai suami.
Katanya, pada Aidilfitri lalu, dia meminta Erema supaya tidak lagi menyanyi dan disebabkan itu dia mengeluarkan perkataan mengharamkan Erema daripada menyanyi di kelab. “Erema marah abang buat begitu dan sejak daripada itu abang dipinggirkan.
Dia tetap dengan keputusannya (menyanyi di kelab). “Dia lupa diri. Banyak kali dia cakap ‘kalau kau mampus aku senang’,” katanya yang mengakui mampu menyara kehidupan suami isteri menerusi sumber kewangannya sendiri.
Menurut Seri Bayu, dia yakin isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. “Dia ada lelaki lain sebab setiap malam ada orang menjemputnya. Apa yang abang tahu dia habis kerja jam 2 pagi, tetapi selalu balik jam 5 atau 6 pagi,” “Kadang-kadang abang terbaring, jam 5 pagi dia sibuk bermain SMS walaupun abang nampak. Dia main SMS sampai jam 6 pagi. Dengan siapa?,” katanya.
Seri Bayu berkata, Erema mengakui dia bosan hidup dengannya dan sudah tidak mempunyai perasaan sayang. Hanya simpati yang membuatkan Erema masih bersamanya.
Katanya, Erema turut mengakui apabila sudah bekerja, dia gembira dan ia adalah sesuatu yang diimpikannya selama ini.
“Saya tetap menyayanginya walaupun diperlakukan sebegini. Saya minta kepadanya, layanlah saya seperti manusia, bukannya seperti haiwan,” katanya.
Menurut Seri Bayu, dia berharap Erema berubah dan melayannya seperti dulu. “Saya mahu Erema kembali ke pangkal jalan,” katanya berulang kali.
Menyentuh mengenai perceraiannya, Seri Bayu berkata dia tidak sanggup diperlakukan begitu. “Dulu saya tanya dia, betul ke nak kahwin dengan saya dan dia mengakuinya. Dia kata dia ikhlas menerima saya. “Sekarang? Kenapa buat begini kepada abang?” katanya yang turut mendakwa Erema membuang cincin perkahwinan mereka..
Dalam pada itu, Seri Bayu terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang, semalam selepas mengadu sesak nafas sekitar jam 3 pagi. Keluarga angkatnya yang menghubungi ambulans kerana Erema ketika itu tiada di rumah. Erema ketika dihubungi mengakui Seri Bayu dihantar ke hospital, tetapi tidak ditahan.
Kes tuntutan cerai Erema akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya Selangor 1 Disember ini. Penyanyi yang popular dengan lagu Pelita Di Bawah Purnama itu bernikah dengan Seri Bayu pada 19 Disember 2006 di Masjid Danau Desa, Taman Desa, Kuala Lumpur.
Sumber: Metro Ahad
Berikut saya kepilkan lagi petikan dari Sinar Harian
EREMA & SRI BAYU BAKAL BERCERAI
Kesanggupan penyanyi muda Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau lebih dikenali sebagai Erema menerima penulis lirik, Seri Bayu sebagai suaminya pernah menggemparkan dunia seni. Manakan tidak, Sri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik,43, yang menghidap penyakit saraf perlu dibantu untuk melakukan aktiviti seharian. Malah masyarakat pernah tersentuh dengan ketulusan Erema yang sanggup menguruskan kehidupan Sri Bayu itu.
"Ini adalah jalan yang terbaik untuk saya dan Abang Bayu. Bukannya saya sudah tidak tahan untuk tinggal bersamanya tetapi ada masalah tertentu yang tak dapat diselesaikan lagi. Sukar untuk saya ceritakan apakah masalah tersebut, kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Cukuplah saya katakan yang antara kami sudah tiada persefahaman dan saya tidak lagi ada perasaan terhadapnya. Namun perkara ini tidak ada kena-mengena dengan orang ketiga, "kata Erema.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Pelita Di Bawah Purnama" ini menjelaskan yang rumah tangganya mula goyah setelah dilanda masalah pada raya pertama Aidilfitri yang lalu dan sejak itu juga dia mula naik turun mahkamah untuk membuat tuntutan fasakh.
Memandangkan proses tersebut agak rumit dan mengambil masa yang lama, dia kemudiannya berbincang dengan suaminya, agar dilepaskan dengan cara baik. "Pada mulanya saya berat hati juga untuk memaklumkan padanya tentang keputusan saya itu (cerai), tapi saya kuatkan juga hati. Kami dah pun berbincang dengan cara baik dan dia sedia lepaskan saya. Memang sukar untuk dia terima kenyataan ini, tetapi terpaksalah juga sebab antara kami dah tak ada persefahaman lagi. Daripada terus dibiar masalah itu semakin berlarutan, lebih baik kami berpisah."
"Walaupun hubungan kami tak sebaik dulu, namun atas dasar perikemanusiaan saya masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa dengan menguruskan makan dan minumnya setiap hari," jelas Erema yang bekerja sebagai penyanyi kelab malam untuk menyara keluarga.
Tambah Erema, dia sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangganya, namun sebagai manusia biasa dia terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodohnya dengan Sri Bayu itu hanya mampu bertahan setakat itu sahaja.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini menafikan yang dia sudah hilang kesabaran untuk menjaga Sri Bayu yang sehingga kini masih menderita penyakit saraf itu. "Kita hanya boleh merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Saya juga berharap semuanya berjalan dengan lancar, tetapi apa yang kita lalui tak semuanya indah. Saya tahu orang akan kata yang saya ni dah tak mampu jaga suami. Tapi terpulanglah apa yang orang nak kata, yang penting saya dah buat yang terbaik. Saya dah jaga dia empat tahun, kalau saya nak putus asa dah lama, bukannya sekarang."
"Orang hanya nampak kita bahagia. Tapi orang tak tahu apa yang sebenarnya kita lalui. Selama ini saya dah cukup bersabar, tapi tahap kesabaran itu juga ada hadnya. Saya masih muda dan saya harus memikirkan masa depan serta berhak mendapat kehidupan yang lebih baik," tegasnya.
Bertanyakan tentang reaksi kedua-dua belah keluarga, kata Erema, dia bersyukur kerana keputusannya untuk bercerai dengan Sri Bayu itu dapat diterima baik oleh keluarganya. Bagaimanapun ia sukar untuk diterima oleh keluarga suaminya yang mengharapkan agar hubungan mereka dapat dipulihkan kembali.
Erema dan Sri Bayu bernikah pada 19 Disember 2006 di Masjid Danau Desa, Taman Desa Kuala Lumpur. Sri Bayu merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Erema dalam dunia seni suara dan pernah muncul dengan album Pelita Di Bawah Purnama. Dalam pada itu, Mahkamah Syariah Rendah, Petaling Jaya, yang dihubungi mengesahkan kes pasangan ini bakal didengar pada 1 Disember ini.
Sumber: Sinar Harian
Dua petikan akhbar ini diambil dari perspektif yang berbeza. Satu daripada luahan Sri Bayu, dan satu lagi dari luahan Erema. Anda nilailah sendiri.
Credits
Sumber info: Telah dinyatakan
Sumber Gambar: Hafreze.Com
26 November 2008
SRI BAYU MERANA (PANAS!!!)
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|