Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

24 February 2009

HADIAH UNTUK ANDA SEMUA!

Assalamualaikum semua.Saya tak tahu nak mintak maaf macam mana lagi dengan anda semua sebab dah 3 hari saya tak update blog ni. Saya mintak maaf sangat-sangat. Buat masa ini saya masih dalam proses menyiapkan tesis di saat-saat akhir. Ditambah pula dengan kerja menyiapkan poster untuk dipamerkan awal Mac ni di Kuching. Sampai tak sempat nak buka blogger. Mintak maaf banyak-banyak. Insyaallah apabila tesis dan kerja-kerja research saya siap, saya akan mula fokus blogging seperti biasa. Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana masih setia dengan Kerenah Dunia.

Sebagai tanda terima kasih kepada anda semua, saya ada hadiah istimewa buat anda semua. Hadiah yang saya maksudkan ialah sebuah perisian ciptaan saya yang diberi nama 'Blog Hunter'.Blog Hunter ini berfungsi mencari dan merekod blog-blog yang mempunyai bidang yang kita sukai dengan memasukkan kata kunci yang berkaitan.

Blog-blog yang akan dicari oleh perisian ini adalah blog yang tidak menggunakan fungsi "nofollow".Keistimewaan software ini adalah, kita boleh mengenal pasti isi-isi blog yang mempunyai persamaan dengan niche blog/website kita, seterusnya menambah pengetahuan dan penguasaan terhadap bidang yang kita pilih. Kita juga boleh meninggalkan komen di blog yang tersenarai dan ini akan menyebabkan 'backlink' ke blog/website kita menjadi lebih banyak.

Bila back link sudah bertambah, trafik pun akan bertambah, reputasi blog anda dan sudah tentu pendapatan pun akan bertambah. Macam tu lah perkiraannya.

Perisian ini adalah ciptaan saya dan saya membenarkan anda menjual software ini
atau boleh diberikan sebagai bonus atau hadiah, selagi mana fungsi software ini dikekalkan.

ADA LAGI BONUS, saya ada sediakan hadiah rahsia untuk anda bersama-sama software ini yang turut boleh dijual semua untuk membantu anda menjana wang di internet ataupun boleh dihadiahkan kepada rakan-rakan secara percuma. Terpulang kepada anda. Saya bagi kebenaran kepada anda sebagai tanda terima kasih saya tak terhingga di atas kesetiaan anda.

Anda boleh mendapatkan hadiah tersebut dengan mengisi nama dan email dalam borang di bawah dan klik butang "Hantar". Senang kan?





Nama:
Email:

Terima kasih banyak-banyak.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

21 February 2009

Mati Atas Perut Janda Semasa Melakukan Seks

*Credits di akhir post ini

Seorang lelaki Singapura berusia 58 tahun meninggal dunia, dikatakan ketika mengadakan hubungan seks dengan seorang janda di sebuah hotel murah di Batam Rabu minggu lepas.

Kematian lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu dikatakan berpunca daripada ubat kuat berjenama Urat Madu yang diambilnya sebelum melakukan hubungan seks itu.

Kematian beliau disahkan seorang pegawai penyiasat kanan Polis Kota Besar Batam-Rembang-Galang (Poltabes Barelang) ketika dihubungi menerusi satu panggilan.

Pegawai yang dikenali sebagai Pak Leo itu mengesahkan bahawa untuk tujuan siasatan punca kematian lelaki tersebut adalah ‘akibat serangan jantung’.

Wanita yang dikenali sebagai Mislani alias Upik, 38 tahun itu merupakan janda anak empat berasal dari Jambi, Sumatera.

Mislani mendakwa mengenali lelaki yang disifatkan beliau sebagai kekasihnya itu sejak 7 Februari lalu.

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Dalam laporan beliau kepada polis, Mislani mendakwa beliau menjemput lelaki itu di pelabuhan Harbour Bay Batu Ampar pada 7 pagi waktu Batam, iaitu 8 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham kelihatan segar bugar ketika tiba di pulau yang pernah diberi julukan ‘Bila Anda Tiba Anda Menyesal’ itu.

Dari situ mereka menaiki kenderaan bernama 'ojek' iaitu teksi motosikal, menuju ke Hotel Sekawan di Nagoya.

Dalam perjalanan, lelaki itu telah menukar USD150 kepada wang rupiah dan membeli jamu Urat Madu dalam bentuk kapsul, dakwa janda tersebut.

Dalam bilik hotel, Allahyarham dikatakan menelan kapsul jamu itu sebelum melakukan seks dengan Mislani.

"Waktu lagi berasmara, tiba-tiba dia mengeluh dadanya sakit. Tak berapa lama dia rebah. Suaranya seperti orang sedang sesak nafas," kata Mislani dalam satu laporan akhbar Batam Pos semalam.

Beliau mengaku panik apabila mendapati kekasihnya tidak lagi bernyawa di atas katil dan segera memaklumkannya kepada kakitangan hotel yang kemudian menelefon polis sekitar 8.30 pagi waktu Batam.

Polis menjumpai dua bungkus jamu Urat Madu, satu daripadanya telah dibuka, di atas meja di bilik hotel itu.

Jamu Urat Madu mengandungi sejenis dadah, Sildenafil, yang boleh memudaratkan jantung dan mengakibatkan kematian.

Poltabes Barelang mengesahkan bahawa mayat lelaki itu telah dituntut isteri dan seorang anaknya untuk dikebumikan di Singapura semalam.

MORAL KERENAH DUNIA: Malangnya maut semasa berbuat dosa. Alangkah baik sekiranya maut itu menjemput semasa sedang kita sujud kepada Ilahi. Renung-renungkan.

Sumber:Batam Post


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

20 February 2009

Seks di Bilik X-Ray (Panas!!!)

*Credits di akhir post ini

Akibat kemaruk seks, sepasang kekasih sanggup menjadikan sebuah bilik X-ray yang dipercayai terletak di sebuah hospital di ibu negara sebagai tempat untuk memuaskan nafsu.

Lebih mengejutkan semua aksi lucah dan 'lakonan asmara' mereka turut dirakam menggunakan kamera video kononnya sebagai kenangan cinta mereka. Bagaimanapun, rakaman tersebut kini tersebar dan menjadi tatapan umum bukan sahaja menerusi internet malah dimuat turun ke telefon bimbit.

Sebanyak tujuh siri rakaman klip video lucah tersebut telah disebarkan dan semuanya dilakukan oleh individu yang sama. Dalam video selama enam minit itu, turut kelihatan wanita tersebut lengkap berpakaian baju kebaya dan bertudung sempat beraksi manja sebelum melucutkan kain yang dipakainya.

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.




Tidak lama selepas itu muncul seorang lelaki berbadan gempal dengan baju berwarna merah hati dan berseluar hitam mula melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.
Lebih mengejutkan selepas lakonan 'panas' tersebut berakhir, wanita itu sengaja memegang sekeping filem X-ray menunjukkan rakaman itu dibuat di dalam sebuah bilik X-ray.

Berdasarkan maklumat kawan saya, video ini telah lama tersebar. Cuma baru-baru ini sahaja di laporkan oleh Kosmo! Online. Macam-macam maklumat tambahan juga yang saya dengar. Ada yang kata, pasangan ini sebenarnya suami isteri. Perempuan tersebut adalah isteri kedua lelaki tersebut yang bekerja sebagai despatch. Oleh kerana kekangan masa dan tempat, mereka terpaksa melempiaskan 'kehendak asasi' mereka di situ. Hmmm...

Pepepun, sesiapapun, baik suami isteri, pasangan kekasih khususnya, saya sarankan jangan laa duk buat rakaman aksi seks korang. Walau apa pun niat korang (antaranya nak mengabadikan memoir cinta, kenangan bla..bla..bla..), kalau rakaman tersebut terlepas ke pihak yang tidak bertanggungjawab, tak ke haru jadinya. Cukuplah sekadar, di rakam di otak kalian. Kan lebih indah?

Kerenah..kerenah...

Align Center

Credits to Kosmo!Online


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

19 February 2009

ENGGANG BERENANG

*Credits di akhir post ini

Menarik jugak fenomena ni. Adakah sebab enggang ni sakit? Hmmm..Kalau sakit pun nasib baik laa boleh terapung lagi macam tu, panjang lagi umur enggang ni. Kalau tak maunya lemas. Berdasarkan sumber, enggang ini dijumpai terapung di Tasik Kenyir.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.





Credits to Emoney (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

18 February 2009

KUCING MAKAN ANAK



Hahaha...Untuk post yang lambat disiarkan hari ni saya nak kongsikan video kucing yang sedang memakan anaknya. Mungkin bapak kucing kot yang makan anak (berdasarkan pendapat ramai). Namun bagi sesiapa yang masih belum melihat situasi kucing makan anak, video ini akan menunaikan kehendak anda. Enjoy.

Credits to Mike (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

17 February 2009

ORANG KENA SERANG DENGAN PANDA

*Credit di akhir post ini

Haa..Kesian mamat ni kena pelukan manja panda. Pelukan rindu kot. Pesan saya, sejinak-jinak mana pun haiwan liar ni, kita kena hati-hati. Sekali kena ngap, tengok je laa ekk..

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.




Credits to ______ (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

16 February 2009

HATI-HATI MASA NAK 'MELEPAS'

*Credits di akhir post ini

Beringat-ingat la ye. Malang tak berbau. Ulang tedung selar tu.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.



Credits to Sekam Padi (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

15 February 2009

SIAPA NAK KERJA KERAJAAN? BACA SINI.



Adakah anda menghadapi masalah mendapatkan kerja kerajaan kerana disebabkan setiap kali menduduki temuduga anda asyik GAGAL, GAGAL, dan terus GAGAL? Anda berasa sakit hati kerana kerja yang anda idam-idamkan selalu sahaja tidak berjaya melepasi temuduga? Ketahuilah...

Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah sangat tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga.

Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin ramai apabila kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar untuk mendapatkan pekerjaan di kebanyakan sektor swasta terutamanya sektor elektronik. Inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan oleh SPA. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

* Elaun perumahan
* Cost of living allowance (COLA)
* Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
* Kenaikan gaji setiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
* Cuti bersalin
* Pinjaman perumahan
* Caruman KWSP atau pencen
* Bersara pada umur 58 tahun
* Peluang kenaikan pangkat
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
* Bekerja hanya 8 jam setiap hari
* Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Akan tetapi, sebelum anda diterima bekerja kerajaan , anda perlu menghadapi temuduga SPA terlebih dahulu yang mana ianya pasti sangat sukar....

Oleh itu, seorang anak malaysia akan membantu kita untuk lulus temuduga SPA dan seterusnya bekerja di sektor awam dengan mempelajari rahsia yang sebenarnya untuk lulus temuduga SPA..

Klik banner di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

14 February 2009

MURTAD JIKA SAMBUT VALENTINE - MUFTI PERAK

*Credits di akhir post ini

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria ketika itu berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

“Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Sila klik topik di atas atau "Full Post" untuk teruskan membaca.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

“Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

“Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,” kata beliau.

Credits to izyan.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

13 February 2009

TREND AKHIR ZAMAN

*Credits di akhir post ini

Apa kejadahnya diaorang ni? Hebat sangat ke? Selesa ke buat macam ni? Bukan ke sakit ke? Hishh...memang dah nak kiamat dunia ni. Antara dua jari je kata Rasulullah. Jangan diikut ye adik-adik. Takda pekdahnya.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.




Harap-harap kat Malaysia ni takda la orang yang tergamak tiru gaya ni. Memang macam setan.

Credits to Bmezine.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

12 February 2009

PEERRGGHH!! TINGGINYA!!!

*Credits di akhir post ini

Untuk makluman anda sekalian, gambar di atas ialah air terjun Angel (Angel Fall) yang terletak di bahagian selatan Amerika Selatan. Berdasarkan sumber, ketinggian air terjun ini adalah menghampiri 1km (1000m). Tinggi tak? Agak-agak mana datang air yang banyak tu sehinggakan tak putus sumbernya. Hebatkan kuasa Allah?

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.





Subhanallah. Maha Suci Allah..

Credits to CrusheD_LameR (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

11 February 2009

PENGGUNAAN FOSFORUS PUTIH OLEH ISRAEL LAKNATULLAH

*Credits di akhir post ini

Yahudi Zionis Israel menggunakan senjata WP iaitu singkatan kepada White Phosphorus (fosforus putih) semasa menodai semenanjung Gaza. Sekiranya senjata ini digunakan terhadap manusia, maka kesannya amat menakutkan. Senjata ini berupa asap putih yang jatuh dari langit seperti bunga-bunga api. Biasanya kita tengok bunga api ke atas kan? Yang WP ni bunga api dia ke bawah (ke sasaran laa).

Senjata ini pernah digunakan di Falluja oleh tentera penceroboh Amerika Syarikat semasa menyerang Iraq. Senjata ini biasa digunakan untuk mejejaki sasaran tentera dan seterusnya akan dibom melalui serangan udara. Selain itu senjata ini juga untuk menutup dan melemahkan gerakan pasukan lawan kerana asap putih WP akan menggangu pandangan. Namun kesan sampingan dahsyat WP ialah kemampuannya membakar tubuh manusia!

Kita lihat sama-sama bagaimana Israel menggunakan WP ini di sekolah di Palestin. Kenapa laa dalam banyak-banyak tempat, sekolah jugak jadi sasaran. Memang laknatullah laa korang Yahudi.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.



Ya Allah! Jatuhkanlah kemusnahan yang tidak terbalas oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Memang Iblis laa depa ni.

Credits to Bombastic (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

10 February 2009

18SX: POKOK BERBENTUK Z***R

*Credits di akhir post ini

Agak-agak ada tak pokok macam ni kat Malaysia? Hehehe. Budak-budak bawah umur tak boleh tengok. Hahahahaha

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.



Ada jugak ek pokok macam ni? Ke super imposed je? Hmm macam-macam.

Credits to www.joemonster.org


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

PERTANDINGAN MISAI & JANGGUT

*Credits di akhir post ini

Jutaan ampun dan maaf saya pohon buat anda semua kerana sudah 2 hari tidak update post. Banyak tugasan yang dilakukan memandangkan due date penghantaran tesis sudah semakin hampir. So saya terpaksa mengurung diri saya tanpa melayari internet. Hehehe. Tapi hari ni saya cuba jugak curi masa demi menunaikan janji saya kepada semua pelawat blog ini untuk berkongsi isu-isu harian menarik Kerenah Dunia. Minta maaf sekali lagi.

Pada hari ini saya nak kongsikan isu pertandingan misai dan janggut. Selama ni kita biasanya mengetahui pertandingan reka fesyen, pertandingan dandanan rambut dan sebagainya. Kali ni pertandingan misai dan janggut pulak. Kreatif bukan?

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.









Macam-macam idea diaorang ni. Hehehehe

Credits to Hazualuv (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

08 February 2009

TUALA SEKSI

Hmm...hari ni kita layann tuala seksi pulak..Amacam design ni? Mengancam tak? Hehehehe..

Credits to Hazualuv (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

07 February 2009

KERAJAAN HARAM NEGERI PERAK?

*Credits di akhir post ini

Dengan penuh rasa rasa kecewa dan sayu tatkala melihat sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata dengan sah berlandaskan sistem demokrasi, kini telah rebah dan hancur. Maafkan saya sekiranya 2-3 hari ni, saya cuma akan post isu Perak, memandangkan saya agak terkesima dengan kerakusan yang berlaku dalam politik negeri ini.

Mereka rebah bukan kerana pemimpin utamanya, tapi rebah dan tersungkur disebabkan cara kotor pihak musuh yang jelas menghalalkan perbuatan menculik dan mengugut beberapa ahli dun dari kerajaan halal dan kini beberapa ahli dun tersebut telah bersekongkol tanpa merasa bersalah dan malu kepada rakyat yang mereka menjadi wira dalam merebahkan kerajaan halal tersebut.

Amat terguris hati bila mana salah seorang pemimpin utama kerajaan pusat dengan begitu angkuh dan berani mengambil peranan dalam menggerakkan usaha bagi merebahkan kerajaan halal tersebut. Dengan sedikit pun tidak ada rasa malu apatah lagi rasa bersalah kepada rakyat jelata di negeri itu, mereka mengacau bilaukan pentadbiran kerajaan halal tersebut dengan menyekat kewangan sehingga melemahkan pembangunan yang cuba ingin dilaksanakan di negeri itu.

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Bahkan kerajaan halal itu terpaksa berhadapan dengan media-media yang tidak beretika dan secara terang terangan menghentam sehabis-habis kerajaan halal itu dan digambarkan bahawa segala-galanya lemah dan buruk belaka.


Belum pun sempat kerajaan halal itu menangkis tohmahan dan serangan bertali arus oleh media-media kerajaan itu, datang pula serangan-serangan yang cuba digerakkan oleh ahli pembangkang dalam kerajaan itu yang ingin memastikan bahawa misi untuk merebah dan menumbangkan dengan apa cara sekalipun akan terlaksana.

Pendekatan "dapatkan dengan apa cara sekalipun" itu kini telah dizahirkan oleh pemimpin no.1 negara setelah tidak lagi kedengaran nada benci terhadap mereka-mereka yang telah terlibat dalam kes melompat parti. Malah nadanya telah berubah sama sekali dengan menyokong bahawa tindakan beberapa adun dari kerajaan halal tersebut menyertai barisan mereka adalah bijak dan bagus. Apakah jika berlaku perbuatan melompat parti kelak khususnya ke dalam parti yang diperjuangkan oleh kerajaan halal itu akan menukarkan pula nada pemimpin no.1 tersebut? "Ibarat meludah ke langit, akhirnya terkena ke muka sendiri."

Yang pasti kini, rakyat jelata amat benci sebenci bencinya perbuatan 'merampas' hak orang lain dengan cara yang tidak bertamadun dan tidak dapat diterima akal sama sekali. Malah mungkin ada dikalangan ahli parti kerajaan pusat merasa malu dengan tindakan pemimpin mereka.

Pada hemat saya, memang rakyat tidak kisah parti mana pun yang memerintah negerinya asalkan itu adalah pilihan majoriti rakyat yang turun membuang undi secara ikhlas dan jujur. Cara merampas itu adalah secara tidak langsung mereka telah menodai dan mengetepikan kuasa rakyat tersebut. Inilah yang amat menyedihkan.

Alangkah elok dan telusnya jika kerajaan baru perak itu dinaikkan melalui pilihanraya supaya rakyat sendiri dapat menentukan episod seterusnya parti mana yang berjaya menawan hati rakyat. Adalah terlalu tidak adil buat kerajaan halal yang telah ditumbangkan hanya dengan melalui cara lompatan adun dan apa-apa lagi muslihat sulit yang rakyat tidak ketahui, maka dengan mudah kerajaan baru dibentuk tanpa bersandarkan sentimen terkini rakyat terhadap situasi sebenar yang berlaku.

Kini sudah ada ura-ura bahawa ada perancangan tertentu untuk merebahkan beberapa lagi kerajaan halal rakyat dengan sewenang-wenang mencabul kuasa undi rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Jika benar selepas ini akan ada lagi episod penculikan dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan tindakan yang tidak bermoral, maka tunggu sajalah dalam PRU ke 13 nanti bahawa gelombang kebencian rakyat pasti semakin memuncak dan mereka yang mencabul kuasa undi rakyat akan dihukum dengan seadil adilnya.

Kini kalian telah direbahkan, namun rebah tak beerti kalah, ayuh maralah dengan ribuan misi merencanakan kejatuhan musuh mu dengan sokongan rakyat yang kini semakin kukuh dibelakang kalian wahai kerajaan halal rakyat.....

KEBENARAN DARI ALLAH PASTI AKAN MUNCUL. KALIAN TUNGGULAH.

Credits to Khalifah (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.