Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

24 April 2010

Ebook Percuma dan Peluang Buat Duit Untuk Anda


Salam kawan-kawan semua, saya ada berita baik untuk anda sempena kembalinya saya dalam Kerenah Dunia.

Sebanyak 12 produk percuma iaitu ebook dan pakej grafik akan dihadiahkan kepada anda. Untuk makluman anda, 12 produk percuma ini dihasilkan oleh internet marketers (IM) yang pakar dalam bidang masing-masing. Isi-isi di dalam ebook ini merangkumi teknik blogging, penulisan artikel yang memukau, teknik-teknik penghasilan ebook, teknik berforum dan banyak lagi. Semuanya di hadiahkan kepada anda secara percuma. Saya tak tipu anda. Memang PERCUMA.

Untuk muat turun percuma, klik link bawah.


Selain dapat 12 produk hebat secara percuma, pihak program juga menyediakan program khas kepada anda yang ingin memperoleh sedikit pendapat sampingan melalui program ini iaitu program PPL (Pay Per Lead).

Mengenai hadiah dan komisyen sekiranya melalui PPL ini, hadiah dan komisyen adalah berjumlah lebih RM8000. Penganjur program juga ada hadiah khas iaitu RM500 kepada sesiapa yang berjaya mencapai 2500 leads terawal. Maksud 2500 leads terawal tu macam ni, sekiranya anda menjadi orang pertama yang berjaya mencari 2500 orang yang download 12 produk percuma ini melalui link anda, anda akan dapat RM500 serta merta. Menarik bukan? Memang boleh buat duit. Ebook telah diberi, duit diberi, sistem pun telah disediakan. Cuma perlu usaha anda untuk mengedarkan ebook-ebook ini kepada rakan-rakan anda.

Untuk menyertai program PPL ini, cuma download produk percuma tersebut (klik link di atas atau di bawah ini) dan link untuk menyertai akan diberikan kepada anda.


Jadi tunggu apa lagi? Program ini akan tamat pada 29 April 2010. Jangan buang masa lagi. Sekiranya anda ada persoalan dan masalah, jangan segan silu tuliskan dalam ruangan komen di bawah. Ni lah peluang kita nak jana wang dan jana duit melalui internet. Ni lah peluangnya!

Ini adalah hadiah dari saya sempena kembalinya saya dalam Kerenah Dunia. Banyak yang saya nak ceritakan kepada anda sepanjang 'kehilangan' saya selama ini. Thanks.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

14 September 2009

Sikap Memandu Orang Malaysia Yang Pelik



Lihat video di atas, mengapa kebanyakkan pemandu kita suka memberhentikan kenderaan dan menunggu lampu isyarat melepasi garisan putih? Kenapa tidak menunggu sebelum garisan putih? Nak kejar apa? Kejar maut? Ada sesiapa yang boleh jelaskan?

Ubahlah sikap sempena hari raya yang bakal menjelang ini. Anda mampu mengubahnya.

Credits to Watraffic from youtube.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

10 September 2009

UNIMAS Yang Berjerebu

*Credits di akhir post ini

Maafkan saya kerana lambat mengupdate blog pada hari ini. Hari ini saya teramatlah sibuk. Key in data untuk projek konsultasi dan menguruskan tempahan biskut dan kek raya untuk pelanggan-pelanggan saya. Al-maklumlah memang sedap sampel percuma biskut-biskut raya yang saya bagi. Tu tetiba banyak tempahan yang datang.

Tengah-tengah ulang alik hantar biskut raya dalam kampus, terlintaslah pulak dalam hati saya nak kongsikan dengan para pembaca sekalian keadaan UNIMAS yang berjerebu. Sambil-sambil naik moto, berhenti sekejap kat tasik kampus snap-snap gambar. Thanks to otai Mr. Zaidi kerana sudi meminjamkan kamera Kodak beliau yang amat mahal untuk saya snap gambar untuk dikongsi kepada anda. Dah agak lama la fenomena ni berlaku. Tambahan pulak dengan cuaca yang selalunya panas dari hujan, jerebu kali ini boleh dikatakan sederhana. Namun boleh menjadi teruk sekiranya puncanya tidak dibendung dan dikawal.




Then saya surf la kat internet nak tahu berapakah kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) area Kota Samarahan sekarang. Sehingga pukul 11 pagi tadi indeksnya adalah 73* iaitu di tahap sederhana. Simbol * tu menunjukkan komponen-komponen yang menyebabkan jerebu iaitu dari jenis habuk-habuk halus (PM10). Sila rujuk laman web jabatan metereologi untuk maklumat lanjut.


Berdasarkan akhbar tempatan, Sarawak sekarang dilanda gelombang jerebu kedua yang dijangka berlaku dalam tempoh kurang dari sebulan. Fenomena ini berlaku disebabkan masih terdapat banyak titik panas di kawasan Sumatera dan Kalimantan dan dijangka akan berubah-ubah kadarnya berdasarkan arah tiupan angin serta keadaan fenomena El Nino yang diramal berlarutan sehingga penghujung Oktober ini.

Nasihat saya, kurangkan tempoh berada di luar rumah, pakai face mask dan jaga kesihatan anda. Tambahan pula kes H1N1 ni. Mungkin ini ujian Tuhan buat kita supaya kita ingat padaNya.

Credits to APIMS, Jabatan Meterologi Malaysia


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

07 September 2009

Antara Sungai Tercemar Di Dunia

*Credits di akhir post ini.

Assalamualaikum WBT.

'Indah' betul pemandangan sungai di atas,dengan sampah sarapnya yang memang padat. Untuk makluman para pembaca sekalian, sungai ini merupakan antara sungai yang paling kotor di dunia. Nak tahu sungai apa? Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk mengetahuinya. Di samping itu, saya sertakan juga gambar-gambar sungai ini pada sudut yang lain. Bagi sesiapa yang belajar bidang kualiti air atau tengah buat penyelidikan nutrien air, sungai ini mungkin boleh di jadikan sampling site anda. Hehehehe.

Berikut adalah panaorama sungai ini. Selamat menikmati pemandangannya...





Sungai ini namanya Sungai Citarum di Jawa Barat, Indonesia. Amacam? Ada brannnn????

Credits to Sekam Padi from carigold.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

03 September 2009

Mukanya Berubah, Tengok Dengan Teliti



Anda tengok betul-betul muka kanak-kanak tersebut, agak meremangkan juga kalau tengok sorang-sorang. Camera trick? Wallahuallam. Bagi sesiapa yang pandai menterjemahkan tulisan dalam tersebut, tolong terjemahkan ye. Then letak dalam ruangan komen.

Credits to Warrence from youtube.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.