Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

01 November 2008

OUIJA BOARD - ALAT PEMANGGIL ROH?

Ouija Board merupakan salah satu cara untuk menjalankan aktiviti spiritual iaitu dengan memanggil roh si mati dari alam ghaib. Perkataan ‘Ouija’ dipetik dari bahasa Jerman dan Perancis yang bermaksud ‘Ya’ - Oui dan Ja. Papan ‘Ouija Board’ terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk tetapi kebiasaannya ia berbentuk papan datar yang mempunyai huruf-huruf abjad,satu siri nombor, beberapa tanda banca, perkataan ‘YA’ dan ‘TIDAK’ serta ‘SELAMAT TINGGAL’. Orang yang menggunakan Ouija Board akan meletakkan tangan mereka tangan mereka di atas satu penunjuk dan soalan akan diberikan kepada roh. Seandainya komunikasi berjaya, penunjuk akan bergerak ke huruf-huruf abjad di papan Ouija sebagai memberi respon kepada pemain Ouija Board.

Digelar “The Mysterious Talking Oracle“, Ouija Board menjadi kegilaan masyarakat barat pada pertengahan abad ke - 19. Ini berikutan dengan minatnya orang ramai yang ingin menyiasat alam paranormal. Ia kerap digunakan oleh amatur-amatur yang ingin mencuba dan menghubungi roh-roh si mati terutamanya ditempat yang berlakunya bencana dan kes pembunuhan. Kajian saintifik telah dijalankan ke atas papan tersebut dan hasilnya jawapan yang diberikan oleh roh si mati hampir sama dengan sesuatu kejadian.

Ramai ahli psikik memberi pendapat adalah bahaya menggunakan Ouija Board kerana pemain papan tersebut bukan sahaja berjaya berkomunikasi dengan roh si mati tetapi juga dengan entiti yang tidak dikenali. Malah,ramai mendakwa bahawa papan Ouija Board sendiri adalah berhantu.

Adakah ini benar? Saya pernah tengok alat ni dalam drama bersiri 'Supernatural'. Minta pendapat daripada anda ye. Utarakan di ruangan komen. TQ.

Credits
Sumber: Kiriman Hazualuv (nickname)

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.