Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

10 November 2008

KHALWAT PAKAI SERAGAM SEKOLAH

*Credits di akhir post ini

Salam semua, maaf tertinggal keretapi. Tapi kes ni berlaku minggu lepas, rasanya tak la lambat sangat kan. Hehehehe.

Ini beritanya:

KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan empat yang lengkap berpakaian seragam sekolah ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang pemuda dalam sebuah bilik di sebuah hotel murah di Jalan Pengkalan Chepa di sini semalam.

Gambar di atas menunjukkan pelajar perempuan yang ditangkap berkhalwat dengan seorang remaja lelaki di sebuah hotel murah di Kota Bharu dibawa keluar oleh seorang penguatkuasa wanita.

Pasangan tersebut ditangkap dalam satu serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheik) Kelantan.

Pemuda terbabit yang berusia 21 tahun cuba melarikan diri daripada diberkas dengan memanjat siling yang dipecahkan ke bahagian bumbung bangunan itu menyebabkan tiga jentera bomba dikejarkan ke sana untuk membantu.

Jurucakap Jaheik berkata, dalam serbuan yang dibuat pada 9.15 pagi itu, pemuda bersama pasangannya berusia 16 tahun mulanya enggan membuka pintu bilik yang diketuk beberapa kali.

"Kemudian terdengar bunyi seperti siling dipecahkan lalu anggota kami terus bertindak memecahkan pintu dan mendapati pasangan tersebut yang lengkap berpakaian sedang menyorok di atas siling.

"Pasangan perempuannya yang berpakaian sekolah saja berjaya dipujuk supaya turun, sebaliknya teman lelakinya cuba melarikan diri dengan memanjat terus ke atas bumbung bangunan," katanya ketika dihubungi semalam.

Abang Santai: Risau dengan perangai muda-mudi sekarang. Semakin berani buat benda-benda macam ni. Masa sekolah takut-takut tapi buat jugak. Bila dah besar, dah masuk U, jadi lain pulak. Jadi bangga dengan maksiat yang dilakukan. Saya sekarang ni warga U jugak, ada yang anggap kita ni tak sosial, kolot, tak berkembang kalau tak pegi clubbing. LAHANAT PUNYA MANUSIA.

Sumber: LUQMAN HAKIM AB. RAHIM (luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my)

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.