Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 January 2009

GAYA HEBAT JURUGAMBAR JEPUN

*Credits di akhir post ini

Maaf sangat-sangat sebab lambat update post hari ini. Celcom broadband saya semenjak sebulan lepas memang meragam. Kadang-kadang dalam 3 hari tak boleh nak connect langsung. Nasib baik sekarang dapat. Berbaloi ke RM99 yang saya bayar tiap-tiap bulan tu? Hmm.. Hari ini saya nak post mengenai gaya hebat seorang jurugambar.

Mesti anda semua tahu kan kerjaya sebagai jurugambar, photographer. Seseorang insan, apabila bergelar jurugambar, sudah pasti diiktiraf kerana kelulusan dan juga kepakaran mereka dalam mengambil gambar. Dan kita tidak boleh menafikan kewujudan jurugambar dalam hidup kita, contoh masa kita nak ambil gambar ukuran pasport, sudah tentu kita perlukan jurugambar. Masa kita konvokesyen, masa ambil ijazah atas pentas, juga perlukan khidmat jurugambar.

Kita pernah juga tengok aksi jurugambar, senget sana, senget sini, tunggeng sana, tunggeng sini. Kadang-kadang kelakar kita tengok. Namun mereka bukan sengaja, cuma mereka melakukan apa yang terbaik untuk mencari sudut yang paling cantik untuk gambar mereka. Betul kan?

Ok lah, saya tak nak buang masa lagi. Saya nak kongsikan gaya-gaya hebat jurugambar-jurugambar jepun. Kadang-kadang kelakar, namun, kita kena faham, itulah gaya professional mereka dan mereka dibayar tinggi untuk itu. Buat gaya macam mana pun tak pe. Janji masyuk. Benar kan?

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain. Memang mencuit hati. Made in Japan.





Credits to MalaysiaSensasi


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

30 January 2009

DAH BESAR PUN NAK NYONYOT JUGAK?

video

Hehehe..Macam-macam kerenah dunia ni. Baik manusia, tumbuhan, mahupun binatang. Korang tengok laa video kat atas ni. Kadang-kadang tengok macam cute, sweet. Kadang-kadang nyampah. Tua-tua pun nak nyusu lagi. Kita tengok sama-sama k. Hehehehe

Credits to Saripdoll


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 January 2009

PANTAI BUATAN MANUSIA

*Credits di akhir post ini

Agak-agak 'pantai' ni boleh celen Sunway Lagoon tak? Saya tak pasti di mana lokasi pantai buatan ni. Kat atas ni gambar di luar. Kejap lagi saya tunjukkan gambar kat dalam pulak. Tapi bagi negara-negara yang takda pantai, ataupun jauh dari pantai, boleh la melepas gian, rindu dan kempunan di pantai buatan ni.

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar pantai buatan ni.














Macam-macam kan? :-)

Credits to Badrush (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

28 January 2009

MALAYSIA OH MALAYSIA

*Credits di akhir post ini

Jangan tengok negara lain je, negara kita Malaysia juga ada keunikan tersendiri. Bukan sahaja dari segi budaya, namun dari segi yang akan saya tunjukkan sebentar lagi. Gambar kat atas tu satu keunikan jugak kan?

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk kita lihat keunikan-keunikan lain. Layannnnn...













Zoom Malaysia, banyak untuk diterokai, banyak juga untuk dilawati. Hehehe

Credits to Alonso (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 January 2009

LAP TOP SAYA KENA FORMAT LAGI!!!!!

2 kali format dalam seminggu!!! Satu rekod kekerapan format yang saya akan ingat sepanjang hidup saya. Nak tahu sebab apa? Satu peristiwa yang boleh dianggap menakutkan apabila notebook saya diserang sejenis hacking tool (virus la senang cite) yang berangkai yang dipindahkan secara tak sengaja dari lap top sahabat saya.

Sepanjang hidup saya dalam menggunakan komputer, inilah virus yang berbahaya yang telah menyerang notebook saya. 2 kali beb kena format. Nasib baik tesis saya simpan dalam partition. Kalau tak, menangis tak berlagu dibuatnya. Cuma data-data blogging, IM serta ebook-ebook yang saya download je hilang sebab saya simpan dalam 'My Documents'. Data-data penting semua saya taruk dalam D. Hehehehe.

Virus bernama me_cute.jpeg ini dikatakan dicipta oleh orang sarawak yang kecewa kerana tidak dapat kerja yang akan memusnahkan sistem imun komputer anda. File ini adalah tersembunyi (hidden) dan dalam bentuk jpeg. Macam ni la rupa dia kalau korang nak tahu,

me_cute.jpeg

Bila korang nampak je benda ni dalam handy drive atau apa-apa sahaja portable device korang, jangan sekali-kali klik ataupun point mouse cursor ke atas icon ni, kerana satu sentuhan akan menyebabkan virus ini akan menginstallkan dirinya sendiri ke dalam sistem anda. Mengikut pengalaman saya, virus ini akan install ke dalam System32/Oobe yang berupa pspv. exe (lebih kurang macam tu laa..dah lupa) yang memang tak dapat di rename, di remove, dan di delete. Kalau dapat delete, lagi malang. Takkan dapat restart komputer anda nanti.

Cara yang paling selamat nak pindahkan file-file dari portable drive ialah dengan masuk ke dalam sistem portable drive tersebut melalui 'explore'. Bila dah perasan ada virus ni, jangan double klik ataupun klik autorun kerana perbuatan ini akan memudahkan virus tersebut masuk ke dalam sistem anda. Masuk guna 'explore' dan pindahkan file-file yang ada secara berhati-hati tanpa point cursor (sentuh) icon virus tersebut. Barulah boleh format. Nak selamat, anda buatlah di komputer yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi, macam kat komputer pejabat, kampus dan sebagainya. Sebab ditempat-tempat ini mempunyai sistem keselamatan dan antivirus yang lebih terjamin berbanding guna komputer kita sendiri yang amat berisiko.

Berikut adalah info tambahan dan teknik menangani virus ini.

Tanda-tanda jangkitan:

1. Windows masuk, tetapi cuma ada wallpaper.

2. Sesetengah kes, screen memaparkan teks menyatakan kekesalan pencipta virus kerana tidak dapat kerja.

Cara membaiki:

1. Tekan serentak CTRL+ALT+DEL

2. Pilih "Processes"

3. cari nama Image Name lsass.exe

4. Anda akan menjumpai beberapa nama, pilih yang bukan dari SYSTEM
Contohnya, saya sedang guna account Administrator.
Image name User Name
lsass.exe Administrator Run

7. Taip "regedit" dan tekan OK.

8. Pilih Edit>Find

9. Taip userinit.exe dan tekan Find Next

Anda akan menemui
HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindows NTCurrentVersionWinlogon
Userinit = C:WINDOWSsystem32userinit.exe,C:windowssystem32oobelsass.exe

10. Right Click pada userinit dan pilih "Modify"

11. Ubah menjadi begini C:WINDOWSsystem32userinit.exe,

12. Cari fail ini "C:WINDOWSsystem32oobelsass.exe" dan delete.

13. Selesai.

Cara imun:

Oleh sebab ini virus baru, tiada antivirus dapat menangani masalah ini. Kita kena selesaikan sendiri.

1. Pilih Start>Run

2. Taip cmd dan tekan ok

3. Taip: md %windir%system32oobelsass.exe
tekan enter
attrib +h +r +s %windir%system32oobelsass.exe
tekan enter
taip exit

4. Selesai, me_cute tidak akan dapat menjangkiti sistem anda.

Peringatan!! Langkah-langkah ini mungkin tidak sesuai untuk user biasa, jadi minta bantuan rakan-rakan yang mahir.

Cara di atas ni saya tak pernah cuba. Namun mungkin akan saya guna apabila berlaku serangan buat kali ketiga dan seterusnya (mungkin?) nanti. Wow..virus ni bagi saya amat berbahaya. Sampaikan Panda Internet Security 2009 saya yang genuine dan berlesen pun tak dapat eliminate mahupun delete. Saya cuba Panda Active Scan (online scanner). Virus tersebut dapat dipadamkan. Namun apa terjadi seterusnya? Bila saya nak log on balik komputer, dia akan shut down dengan sendirinya. Apa lagi..Terpaksa laa format. Ada juga forum mendapati antivirus percuma Avast dapat menangani virus ini. Kalau macam tu saya nak tukar ke Avast laa. Tapi kena tengok jugak dulu betul ke tak? Nak tahu kena laa letak virus tu dalam komputer yang ada Avast kan?

Kesimpulannya, hebat sungguh orang yang cipta virus ni. Memang tabik saya. Walaupun dah menjahanamkan notebook saya. Hehehe


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

26 January 2009

HOLLYWOOD, ISRAEL DAN PALESTIN

Keganasan Israel di Palestin telah mendapat perhatian dunia. Bagi kita umat Islam, seharusnya kita membela umat kita, memberi bantuan, menghulurkan pertolongan dalam bentuk doa, derma, entiti fizikal dan sebagainya. Namun bagi mereka yang bukan Islam, pelbagai komen diterima. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Namun atas niat masing-masing. Tetapi sebagai umat Islam, walaupun berbeza fahaman dan mazhab, apabila saudara seagama kita ditindas, wajarlah kita bersatu dan melupakan fahaman mazhab dan fahaman yang sebenarnya merupakan lubang kelemahan kita yang boleh diambil kesempatan oleh bangsa kafir untuk menjatuhkan kita.

Tidak lupa juga di Hollywood, sebuah tempat lahirnya bintang-bintang yang popular yang disanjung di seluruh dunia termasuk kita secara sedar atau tidak. Namun, sedarkah kita ada juga bintang yang kita puja dan sanjung ini merupakan golongan yang turut menindas kita dan turut mendukung keganasan Israel di Gaza? Saya kongsikan sebentar lagi komen-komen bintang-bintang Hollywood yang terkenal dan anda nilaikan sendiri, yang mana menyokong keganasan dan yang mana tidak.

“Orang Arab adalah sumber keganasan di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.” TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)

“Keduanya, baik Palestina ataupun Israel, salah. Mereka harus menghentikan perang ini.” WILL SMITH - (Ali, Men In Black)

“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.” GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)

“Bangsa Arab dan orang Islam bukan pengganas. Dunia harus bersatu melawan Israel.” ANGELINA JOLIE - (Lara Croft)

“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka harus ditumpas habis.” RICHARD GERE - (Pretty Woman)

“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?” SEAN CONNERY - (James Bond)

“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya bisa melawan mereka.” MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)

“Cuba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka Anda akan tahu, siapa yang sebenarnya pengganas” AL PACINO - (The Godfather)

“Kemanusiaan akan bisa ditegakan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.” DUSTIN HOFMAN - (Tootsie)

“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.” RALPH FIENNES (Shakespeare In Love)

“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.” KEANU REEVES - (Speed, Matrix)

“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…” HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)

Lu fikirlaa sendiri...

Credits to Eramuslim.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 January 2009

AFFILIATE: 1 DOWNLOAD PERCUMA SAMBIL DAPAT $1 (RM3.60)

Yes!! Yes!! Yes!! Lagi program affiliate pay per lead (PPL) khas untuk anda semua. Kali ini affiliate PPL antarabangsa yang dikelolakan oleh dua internet marketer muda iaitu Jason Fladlien dan Lance Tamashiro. Mereka berdua akan mengedarkan satu ebook laporan percuma mengenai 4 teknik dalam meningkatkan traffik di dalam blog ataupun laman web kita.


Selain itu, mereka berdua telah melancarkan satu PPL yang mana setiap orang yang download ebook percuma ini di bawah affiliate link anda, anda akan di bayar $1 (RM3.60). Bayangkan kalau 10 orang download = $10 (RM36.00). Kalau 100 orang download = $100 (RM360.00). Mustahil? Tak mustahil sebab PPL ini adalah percuma dan anda download ebook ini pun percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Download dan anda akan dibayar.

Cara-cara menyertai:

1. Klik imej di atas atau pun klik SINI pun boleh
2. Anda akan di bawa ke satu laman web, kat belah kanan laman web tu ada tempat isi nama dan email kan? Ok, isikan nama dan email anda kat situ.
3. Anda akan menerima email dari penganjur dan ikut step by step panduan yang akan diberikan dalam email tersebut.
4. Anda akan dapat ebook percuma setelah anda ikut panduan-panduan yang diberikan
5. Boleh mula jana wang..Yeey!!!

Senang dan seronok kan? Jangan buang masa lagi, sertai sekarang kerana tawaran ini akan tamat bila-bila masa sahaja..Selamat mendapat ilmu dan pendapatan.

Sebarang masalah boleh diajukan diruangan komen ye..saya akan cuba membantu anda.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 January 2009

UNIQUE BUSINESS CARDS

*Credits di akhir post ini

Wokeh..bagi sesiapa yang belum buat business card atau tengah merancang untuk menempahnya, boleh laa pertimbangkan design yang akan saya kongsikan sebentar lagi.
Yang atas ni satu design. Ada beberapa lagi design lain. Nak tengok? Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah.













Kreatif betul manusia ni..

Credits to Tengkubasri (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.