Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

18 November 2008

AZEAN IRDAWATY: SEL KANSER MEREBAK KE PEPARU

Kita sedia maklum, dugaan Tuhan untuk manusia datang dalam pelbagai bentuk. Bintang veteran Azean Irdawaty terpaksa menempuh satu lagi dugaan besar berhubung kesihatan dirinya yang berlaku pada bulan puasa lepas.

Azean Irdawati mendapat pengesahan pakar perubatan bahawa sel-sel barah dalam tubuhnya kini dikesan pula di bahagian paru-paru dan hatinya, beberapa bulan selepas beliau pulih daripada penyakit kanser payudaranya itu.

Azean menghantar SMS kepada teman-teman rapatnya termasuk wartawan hiburan tentang perkara itu tetapi dalam nada yang sungguh tenang.

"Kak Yan (Azean) cakap dia sedang menjalani rawatan herceptin sehingga Mac 2009 selain perlu menjalani sekali lagi sesi rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali bermula 23 September." (Berdasarkan SMS)

"Terharunya apabila Kak Yan dengan jujur berkata dia bukanlah hendak meraih simpati, jauh sekali ratap sedih kerana apa yang dia perlukan adalah doa rakan-rakan dan saudara mara supaya sel-sel barah itu dapat dihapuskan sama sekali dari dalam tubuhnya,." (Berdasarkan SMS)

Semoga cepat pulih..

Credits
Sumber: Murai Batu

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.