Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 August 2009

Selamat Hari Merdeka Ke-52



Salam kemerdekaan kepada semua pembaca Kerenah Dunia khususnya dan semua rakyat Malaysia amnya. Semoga bulan kemerdekaan yang seiiring dengan bulan Ramadhan ini dijadikan wadah untuk membebaskan kita dari sifat mazmumah yang akan mencacatkan pahala puasa kita. Insyaallah.

Sebagai santapan minda sempena merdeka hari ini, saya sertakan post hari ini dengan klip sambutan kemerdekaan hasil adunan kreatif malaysianews. Cuba dalami maksud tersirat klip ini, jangan cepat melatah. Muhasabah lagi munasabah daripada melatah. Enjoy. Sambil-sambil tu, tanya diri kita sendiri, "Adakah aku benar-benar merdeka?"

Video credits to malaysianews.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 August 2009

Bonus Kedua Dari CNI Telah Saya Terima Serta Konsep Pengguna Bijak

Alhamdulillah, saya telah pun mendapat voucer bonus kedua dari CNI walaupun baru 2 bulan saya menjadi ahli. Konsep pengguna bijak yang saya teruskan berjaya membuahkan hasil. Walaupun hasilnya tidak selumayan konsep usahawan, namun lebih baik kita buat daripada tak buat langsung. Maksud saya tak buat langsung tu kita tak guna barangan CNI, guna barang lain, hanya bayar, dapat produk tapi tak dapat bonus. Namun jika kita menggunakan barangan CNI, kita akan dapat 3 perkara iaitu:

1. Produk
2. Kualiti
3. Ganjaran (dalam bentuk bonus dan point value)

Sekiranya kita membeli di kedai-kedai, pasaraya dan sebagainya, kita cuma akan dapat produk. Namun dengan CNI, kita dapat 3 perkara.Sepertimana dijanjikan dalam post saya yang lepas, saya akan kongsikan kepada anda teknik menjadi pengguna bijak dengan produk CNI dan mendapat 3 perkara yang saya sebutkan di atas.

Sebagai seorang manusia, kita sebenarnya adalah merupakan seorang pengguna. Sudah begitu jelas kebelakangan ini boleh dikatakan kita semua tidak ada masa lagi untuk menyediakan dan membuat sendiri apa-apa barangan yang hendak kita gunakan mahupun makan minum kita setiap hari. Maka dari sini kita berusaha mencari duit untuk membelanjakan apa sahaja yang kita perlukan samada barangan ataupun perkhidmatan. Bagi mereka yang sanggup menyediakan keperluan kepenggunaan kita, maka semestinyalah mereka memperolehi suatu keuntungan yang besar di atas kesibukan kita, tapi apakan daya kerana memang kita pun tidak ada pilihan.

Para pembaca sekalian,
Sebenarnya bukan begitu... selagi ada kemahuan maka di situ ada jalan. Walaupun hari ini kita tidak boleh lari sebagai pengguna, tetapi masih ada jalan keluar untuk kita iaitu dengan menjadi PENGGUNA BIJAK.Sebagaimana Kedai Bijak (Smart Shop), mereka sentiasa membuat untung.

Apa kata pula mulai hari ini kita pula menjadi Smart Consumer. Saya rasa sudah pastilah kita pula yang mendapat keuntungannya.

Katalah barangan penggunaan harian kita seperti...

1.Ubat Gigi
2.Berus Gigi
3.Sabun Mandi
4.Sabun Basuh
5.Shampu
6.Perapi (Conditioner)
7.Pencuci Muka
8.Pelembab Muka
9.Toner
10.Losyen
11.Minyak Rambut
12.Bedak
13.Mekap
14.Lipstik
15.Minyak Wangi
16.Eye-Shadow
17.Deodoran
18.Minuman panas seperti teh, kopi, coklat, susu
19.Minuman sejuk seperti jus buah-buahan
20.Shampu kereta, minyak hitam, pencuci cermin
21.Pencuci pinggan mangkuk, lantai dan tandas...
22.Dan berbagai-bagai lagi.

Sebenarnya semua barangan ini boleh didapati di CNI.



Katalah kita belanjakan sekitar RM300.00 sebulan di kedai runcit / pasaraya. Tahukah anda bahawa kedai tadi telah mendapat keuntungan sekitar 20-30%. Jadi mereka mendapat keuntungan di atas kepenggunaan kita ialah:-

RM300.00 x 25 % = RM75.00 sebulan.

Jika setahun => RM75.00 x 12 bulan = RM900.00
Jika 10 tahun => RM900.00 x 10 tahun = RM9,000.00

Banyak kan? Kita dapat produk. Tamat di situ sahaja. Tokei dapat untung. Aiyak.

Kalau orang Islam, RM9,000.00 tu dah boleh buat pergi Umrah/Haji suami dan isteri, tapi apakan daya. Kita masih lagi cakap tak mampu nak ke sana.

Bayangkanlah jika semua keluarga di kawasan kita membeli di kedai yang sama.. dengan sumbangan RM9,000.00 satu keluarga dalam masa 10 tahun, percayakah anda selepas 10 tahun nanti akan muncullah sebuah Supermarket baru di tempat anda yang mungkin sangat anda bangga-banggakan. Tapi itulah hasil sumbangan anda kepada taukei yang mengaut keuntungan hasil sumbangan kita membeli-belah di kedai beliau. Tapi apa yang kita dapat? Cuma dapat produk dan taukei dapat untung, kocek penuh. Kita dapat produk, kocek makin kosong. Dan proses itu akan berulang sehingga kita menghembus nafas yang terakhir.

Katakan anda menukar jenama harian anda kepada CNI sekitar RM300.00 sebulan. Kemudian kongsikan konsep ini dengan kawan-kawan dan kenalan anda, pastilah mereka pun ingin juga menjadi pengguna bijak di samping menikmati barangan berkualiti dan berkhasiat dengan menukar jenama kepada CNI. Cerita lisan ini sangatlah berkesan.

Katalah kita memperkenalkan kepada 10 orang yang menyertai kita untuk menjadi pengguna bijak. Dengan setiap orang menukar jenama mereka sebanyak RM300.00 seorang...sebenarnya jualan kumpulan anda sudah jadi RM3,000.00.

RM300.00 x 10 orang = RM3,000.00

Dengan cara ini, CNI akan membayar bonus kepada anda sekita RM230.00. Dan yang mengkagumkan lagi, proses ini akan berlaku setiap bulan kerana barangan yang diguna pasti akan habis.

Mudah sahaja kan? Itulah konsep pengguna bijak CNI.

Sebenarnya anda juga boleh gandakan KEBIJAKSANAAN anda tadi untuk tambahkan pendapatan.. bahkan juga di sini anda boleh menunaikan segala impian anda yang belum terlaksana lagi setakat ini. Apatah lagi jika impian hidup anda tidak mungkin dapat ditunaikan di tempat anda berkerja/berusaha sekarang, maka ini adalah suatu alternatif untuk anda mencari jalan keluar.

Berminat untuk menjadi pengguna bijak? Sila hubungi Abang Santai di email nasa_nyer[at]yahoo.com. Gantikan [at] dengan @.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 August 2009

Selamat Datang Ramadhan 2009

Masih belum terlambat untuk Abang Santai mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Jadikan bulan puasa pada kali ini lebih baik berbanding bulan puasa yang lepas dan hindarilah perkara-perkara yang sia-sia yang mencacatkan pahala puasa kita.

Semoga Allah memberkati ibadah yang kita lakukan dan manfaatkanlah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan ini dengan sepenuhnya. Jangan ponteng puasa. Tarawih kena full tau...

Ikhlas dari Abang Santai kepada semua pengunjung setia Kerenah Dunia.

Sumber gambar dari forwarded email


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

20 August 2009

Mari Cari Menantu Cara Ini

Salam semua..Ini adalah antara teknik mencari menantu. Siap dengan syarat-syarat kelayakan lagi. Agak-agak kenapa ek cara ni digunakan untuk cari menantu? Anak terlalu memilih? Ibu terlalu memilih? Atau anak yang tak laku? Kerenah..kerenah.

Sumber dari forwarded email.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

13 August 2009

If you think you are unhappy, look at them..

video

Assalamualaikum WBT. Saya ingin kongsikan klip video ini untuk tatapan dan marilah kita muhasabah diri kita selepas menontonnya. Saya ingin meminta jasa baik semua para pembaca Kerenah Dunia supaya menyebarkan post ini kepada kawan-kawan yang lain. Bersyukurkah dengan apa yang ada. Terimalah seadaanya. Tuhan telah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Belajarlah menghargai apa yang telah dikurniakan. Di luar sana, ramai lagi yang lebih kurang bernasib baik.

Thanks Ilovehossain kerana berkongsi video yang penuh bermakna ini.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

10 August 2009

Roti Beli Di Tesco

*Credits di akhir post ini

Salam semua, sebagai pembuka tirai pada minggu ini, ada sesuatu yang tak kena pada roti ini. Apa yang tak kena? Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihatnya. Berdasarkan sumber, roti ini dibeli di Tesco. Tesco mana saya tak pasti.

Cuba tengok kat gambar bawah ni. Dah nampak apa yang 'istimewa'?

Kalau tak nampak lagi, saya straight to the point je la. Memperkenalkan, BUN BERTOPPING CICAK. Lihat gambar di bawah.

Lazatkan?

Credits to BizClub


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

06 August 2009

PENGUMUMAN: Kerenah Dunia akan bertukar Server

Assalamualaikum WBT.

Abang Santai mengumumkan di sini bahawa Kerenah Dunia akan menjalankan proses bertukar server dalam masa dua bulan ini. Oleh sebab itu, url www.kerenahdunia.com tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Untuk melayari blog ini, anda semua boleh gunakan url www.kerenahdunia.blogspot.com

Segala kesulitan amatlah dikesali dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

03 August 2009

Produk Khas Untuk Wanita

*Credits di akhir post ini

Wah, macam-macam Jepun cipta produk. Tang produk macam ni memang depa pakar. Khas untuk wanita. Tak perlu risau lagi kalau nak buang air kecil. Faham-faham jela sebab apa kan?

"Tringggg (sound effect). Sekarang saya tak kencing bersepah lagi" Mungkin tu kot moto iklan produk ni.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar demo menggunakan produk istimewa ini.

Berikut adalah cara-cara menggunakan alat ini (dibantu dengan gambar).

1. Mula-mula, posing dengan sampel produk sebagai tanda bangga boleh berdiri sama tinggi dengan lelaki (boleh kencing secara pancutan)

2. Keluarkan alat.

3. Regangkan alat. Masa dalam bungkusan, alat tu terlipat. So bila dikeluarkan kena regangkan supaya bentuk seperti alur terbentuk

4. Bukak seluar...

5. Letakkan alat di bahagian yang akan keluar kotoran. Bersedia untuk buka 'tangki'

6. Aaaaahhhh...Akhirnya kotoran dikeluarkan tanpa lelehan. Hebat kan?

"Kali ini saya boleh jadi seperti lelaki, pancut di mana-mana saya suka. Hahaha" Kata model ni dengan megahnya.

"Macam ni. Hebat kan?"

"Sekarang saya tak perlu mencangkung lagi untuk buang air kecil." kata pengguna di atas

"Yey, lelaki ada z***r. Perempuan pun ada. Perempuan hebat."

Credits to Tebbaloi (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.