Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

30 September 2008

TERKORBAN DEMI 30,000 RUPIAH (RM12)

*Credits di akhir post ini

Peristiwa menyayat hati ini berlaku di Indonesia. Pada hari tersebut, ribuan warga miskin yang datang dari seluruh pelusuk Indonesia berasak-asak ingin mendapatkan wang zakat sebanyak 30,000 rupiah dari sebuah keluarga dermawan H Syaichon di Jalan Dr Wahidin Sudirohusodo, Kota Pasuruan.

Keluarga dermawan tersebut, yang mengedarkan wang zakat tersebut seorang demi seorang dengan membenarkan seorang demi seorang masuk ke dalam halaman, menyebabkan keadaan menjadi semakin sesak kerana bilangan orang yang menunggu semakin ramai. Sehinggakan ada yang pengsan dan tidak dapat bergerak. Kemuncaknya, 21 orang meninggal dunia di dalam kesesakan ini.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.






Apabila kita tengok apa yang berlaku ni, marilah kita renung-renungkan, tambahan pula di bulan Ramadhan yang semakin melabuhkan tirai ni. Sesusah-susah kita, fikirlah, ada lagi insan yang lebih susah dari kita. Amalkan hidup wasatiyah dan janganlah berat tangan untuk bersedekah.

Allah akan bersama-sama kita. Insyaallah.

Credits
Sumber: Kompas images


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 September 2008

HARI INI TENGOK ANAK BULAN SYAWAL

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan permulaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan diadakan pada petang ini, 29 September bersamaan 29 Ramadan 1429 Hijrah di 29 tempat yang telah ditetapkan di seluruh negara.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Maknanya bulan Ramadhan hampir berlalu pergi. Bagi saya, pengakhiran Ramadhan amat menyedihkan kerana bulan inilah banyak rahmat terkandung di dalamnya. Adakah kita sempat menemui Ramadhan seterusnya? Fikir-fikirkanlah.

Syawal yang datang hendaklah diraikan dengan kesederhanaan, bukan melampaui batas. Islam telah menetapkan cara yang sesuai, tugas kita hanya mengikut cara tersebut. Wallahuallam.

Credits
Sumber Info: Bernama dalam Utusan Malaysia 22 September 2008
Sumber Gambar: http://www.bruneiastronomy.org


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

28 September 2008

ANJING VS LANDAK

MORAL: Jangan biarkan anjing anda bermain dengan landak.




Kesian anjing ni..Huhu.

Credits
Sumber: Kiriman Dame (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 September 2008

26 September 2008

KEMALANGAN NGERI (PERINGATAN SEMPENA LEBARAN)

*Credits di akhir post ini

Assalamualaikum semua. Post ini saya tujukan khas kepada sesiapa yang akan memandu kenderaan untuk pulang ke kampung sempena lebaran ini. Kes ini berlaku di Malaysia. So, pandu dengan cermat. Ingatlah orang tersayang. Walaupun semuanya ketentuan Allah, namun kita masih boleh mengubah nasib kita.

Klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.





Credits
Sumber: Kiriman mike (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 September 2008

LAGU RAYA PILIHAN ABANG SANTAI

Assalamualaikum WBT..

Seminggu lagi kan nak raya? Jadi saya rasa masih belum terlambat untuk kita download lagu raya. Terutamanya lagu-lagu evergreen yang bagi saya tetap enak didengar sampai sekarang.

Untuk post kali ni, saya akan listkan lagu-lagu raya evergreen pilihan saya setakat ni untuk anda semua download. Saya listkan sedikit je. Lagu-lagu ni adalah pilihan saya yang saya paling suka dengar.

Klik je kat lagu-lagu daripada list di bawah untuk download. FREE OF CHARGE!!!

1. PULANGLAH- Aishah
2. SUASANA HARI RAYA - Anuar & Ellina
3. TAKBIR RAYA
4. SESUCI LEBARAN - Datuk Siti Nurhaliza
5. KEPULANGAN YANG DINANTI - Aman Shah
6. CAHAYA AIDILFITRI - Black Dog Bone
7. SUATU HARI DI HARI RAYA - M. Nasir
8. BERSABARLAH SAYANG - Sanisah Huri
9. DENDANG PERANTAU - P.Ramlee
10. KU POHON RESTU AYAH BONDA - Mamat
11. SUARA TAKBIR - P.Ramlee
12. SELAMAT HARI RAYA - Ahmad Jais
13. SELAMAT HARI RAYA - Sanisah Huri
14. GEMA TAKBIR - Uji Rashid

Maaf sekiranya lagu tak banyak, lagu-lagu ni adalah dalam simpanan saya dan yang saya paling suka dengar. Saja nak kongsi dengan anda semua. Happy downloading.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 September 2008

LAILATUL QADAR: MALAM MISTERI YANG INDAH

*Credits di akhir post ini

Sedar tak sedar kita telah masuk fasa ketiga dalam bulan Ramadhan dan fasa ini amat berharga iaitu 'dijauhkan dari api neraka. Insyaallah. Dan pada fasa ketiga iaitu 10 malam terakhir Ramadhan ini, Allah SWT telah mengurniakan 1 malam yang amat istimewa buat hamba-hambanya iaitu malam Lailatul Qadar. Dengan fasa terakhir Ramadhan ini jugalah, apa yang perlu disemat dalam memori, ialah kenangan manis yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Inilah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunanNya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepadaNya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadar - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.

Sumber Asal: Ustaz Zainudin Hashim, Harakahdaily.net
Sumber Gambar: www.eramuslim.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

23 September 2008

SAYA BALIK KAMPUNG HARI INI

Assalamualaikum WBT.

Untuk makluman anda semua, hari ini Abang Santai akan pulang ke kampung halaman, seminggu sebelum hari lebaran. Maklumlah tiket flight masa tu murah lagi. Hehehe.
Abang Santai akan bercuti bermula 23 September 2008 sehinggalah 8 Oktober 2008 (2 minggu).

Walaubagaimanapun, sesuai dengan konsep 1 isu 1 hari, Abang Santai akan cuba meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa.

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, pandu kenderaan anda dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang. Tangisi 1 Syawal dengan kegembiraan, bukan dengan kehibaan. Insyaallah..

Doakan keselamatan Abang Santai sepanjang perjalanannya. Bye!!! :-)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

22 September 2008

BUXOUT - PEMBAYARAN SEGERA (SESUAI UNTUK CARI DUIT RAYA)



Assalamualaikum WBT.

Sebelum saya balik bercuti hari raya esok, saya nak kenalkan anda dengan 1 PTC baru iaitu Buxout. Kepada sesiapa yang tak tahu apa maksud PTC sila KLIK SINI untuk saya terangkan secara ringkas apakah maksud PTC serta beberapa info asas sebab info mengenai PTC ini telah saya post kan sebelum ini.

Untuk makluman para pembaca, Buxout merupakan PTC baru namun mempunyai reputasi yang baik di kalangan ahli-ahlinya. Mengapa? Kerana PTC ini membuat payment segera. Tidak perlu tunggu sehari. Hanya beberapa minit selepas kita request payment, duit akan terus masuk ke dalam online processor anda (Alertpay dan Paypal).

Buat masa sekarang, saya bersama Muaz Hadi (senior PTC risktaker) sedang membuat kajian dengan PTC ini iaitu menentukan ianya adalah scam ataupun tidak.

Untuk itu, saya ingin mengajak para pembaca turut menyertai kajian ini dengan menjadi ahli Buxout. Anda buat kajian, anda di bayar oleh Buxout. Tak perlu bayar apa-apa, malah, anda akan di bayar $0.01 untuk setiap 30 saat. Menarik kan?

Anda boleh mendaftar dengan klik banner di bawah:



PENTING:
Selepas register Buxout, email saya nasanyer@gmail.com. Pastikan tajuk email anda "SAYA DAH JOIN BUXOUT DALAM KERENAH DUNIA" supaya memudahkan saya check. Selepas itu, saya akan berikan rahsia untuk berjaya dalam PTC ini.Jangan risau, rahsia itu akan saya bagi PERCUMA!! Anda tak perlu keluar 1 sen pun.


Saya cuma ingin membantu anda mencari pendapatan sampingan yang ramai orang tidak tahu dan ada juga yang tersilap langkah. Kalau berjaya, anda untung. Kalau rugi, anda tidak rugi apa-apa kerana pendaftaran BUXOUT ini adalah PERCUMA. Fikir-fikirkan lah..


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

21 September 2008

$1.00 PERCUMA UNTUK ANDA!!!!

Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!

Salam sejahtera para pelayar kerenah dunia,

Saya ada berita menarik untuk anda hari ini. Jika anda tercari-cari tips mempromosikan laman web, saya sarankan supaya download ebook percuma ini iaitu

The Traffic Tips Report
Klik banner di bawah:

Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!

Disamping kita mendapat ilmu berguna daripada ebook ini, kita juga boleh menjana wang sampingan dengan hanya mengedarkan ebook ini kepada kawan-kawan.

Komisen adalah USD1 untuk satu referal. Wah mahal tu! Ok caranya macam ni, dapatkan ebook percuma anda dengan klik banner di atas.

Kemudian, daftar sebagai ahli affiliate mereka. Lepas daftar, dapatkan link affiliate anda dan promosikan kepada rakan-rakan. Semudah itu sahaja.... Setiap orang yang muat turun ebook tersebut anda akan dibayar USD1. Seronok bukan

Ok lah, itu sahaja berita baik hari ini.
Salam ramadhan buat yang beragama islam..

Wallauallam..


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

20 September 2008

JALAN BERBAHAYA DI BOLIVIA

*Credits di akhir post ini

Assalamualaikum WBT.

Berdasarkan sumber, jalan raya ini terletak di Bolivia dan kes-kes kematian yang berlaku adalah dalam lingkungan 200-300 kes setahun.

Saya tengok pun gerun. Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk melihat gambar-gambar lain.











Gulp....:-/

Credits
Sumber: Kiriman traderfox (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

19 September 2008

DUNIA YANG DI PENUHI SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA

Assalamualaikum WBT.

Saya nak kongsi satu file yang dikirimkan kepada saya melalui email. Bila saya tatap gambar-gambar dalam file tersebut, air mata saya tiba-tiba mengalir. Saya seraya berfikir, sebenarnya dah makin banyak syaitan bertopengkan manusia di atas muka bumi ni. Bagi saya, syaitan yang bertopengkan manusia adalah lebih berbahaya daripada syaitan. Kerana gandingan akal manusia dan nafsu syaitan bakal menghasilkan makhluk yang lebih dahsyat daripada syaitan yang hanya mempunyai nafsu.

Anda boleh download file tersebut di LINK INI (KLIK SINI, File Name: Al-Fatihah) dan muhasabahlah diri dan berfikirlah, tidak ada sebab untuk Allah untuk tidak turunkan bala kerana makhluk-makhluk ini sudah banyak bertebaran di muka bumi.

Credits
Sumber gambar: Poster filem tempatan 'Syaitan'
Sumber File: kiriman email


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

18 September 2008

ELEKTRAUMATIK (18SX)

Gambar ini adalah kiriman mike (nickname). Berdasarkan tulisan di gambar tersebut, kejadian ini mungkin berlaku di Indonesia (Sila betulkan jika anda tahu mengenai kes ini). Tapi apabila saya tengok dengan teliti, macam bukan berlaku di Indonesia. Berdasarkan pengamatan saya, lelaki ini di percayai terkena kejutan elektrik. Kenapa? Tidak dinyatakan. Saya rasa kemungkinan-kemungkinannya adalah:

1. Terkena kejutan elektrik atau panahan petir semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan atau..

2. Juga terkena kejutan elektrik atau panahan petir, tetapi semasa cuba mencuri kabel.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post untuk melihat gambar-gambar lain.




BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

17 September 2008

KISAH SEEKOR IKAN

*Credits di akhir post ini

Kisahnya begini, seorang lelaki yang tinggal berhampiran Tasik Conroe (50 batu di utara Houston) ternampak sebiji bola yang terapung dan bergerak aneh di tasik berkenaan.

Setelah memerhati dari dekat, dia mendapati bola itu sebenarnya digonggong (macam cuba di telan) oleh seekor ikan catfish (flathead catfish) dan bola tersebut gagal di keluarkan dari mulutnya.

Ikan tersebut kelihatan amat letih disebabkan gagal menyelam akibat bola tersebut menyebabkannya terapung. Lelaki tersebut cuba mengeluarkan bola tersebut, namun gagal. Lelaki tersebut terpaksa meminta bantuan isterinya untuk membocorkan bola tersebut supaya ianya dapat dikeluarkan.

Akhirnya, bola tersebut berjaya dikeluarkan...Kesian ikan tu, terlalu lapar sampai bola pun ingat makanan.

Sila klik topik di atas atau "Full Post' untuk melihat babak-babak kisah ikan ini.





:-)

Credits
Sumber: Kiriman Azimah (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.