Mungkin di antara kita terleka dengan berita dan momokan berkenaan subsidi minyak yang kononnya diberi kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada rakyatnya. Namun ramai di antara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. Ada di kalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.
Tidakkah kita hairan suatu ketika apabila kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura yang mana di sempadan Singapura, warganya dikecualikan dari sekatan, kononnya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.
Namun ia hanya satu alasan. Pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.
Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.
Apabila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. Walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand? Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia?
Apakah warga Singapura tidak menyeludup? Atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? Apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? Apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? Di sini akan saya huraikan apa maksudnya subsidi yang telah kerajaan Malaysia berikan kepada rakyat Singapura. Mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.
Walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri. Bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura.
Sebutkan mana-mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3 sen seribu gelen? Malah kerajaan China sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen. Apakah kos menyeleggara dan kerja-kerja membekalkan air pada Singapura percuma?
Apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? Berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura?
Tidakkah itu subsidi? Itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1 sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. Kenapa kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa?
Sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. Kalau diikutkan pada kiraan 50 sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. Inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.
Fikir-fikirkan....
22 November 2008
KISAH KITA DENGAN ORANG SEBERANG TAMBAK
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|