Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 October 2008

REMAJA ARGENTINA 17 TAHUN MILIKI 7 ANAK KANDUNG SENDIRI

*Credits di akhir post ini

Kes ini terjadi di Leones, Argentina. Remaja perempuan berusia 17 tahun memiliki tujuh anak kandung. Uniknya lagi, atau tragisnya, anak-anak itu memiliki tiga ayah berbeza (teman lelaki) yang saat ini tidak diketahui di mana.

Dalam fotonya di atas, remaja tersebut Pamela Villarruel itu terlihat seperti kakak yang bangga bersama tujuh adik-adiknya. Namun, mereka bukanlah adik-adiknya, tetapi anak-anak kandungnya.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tujuh anak tersebut diperolehinya dalam tiga kelahiran. Dua di antara tiga kehamilannya adalah kembar tiga. Para doktor menyebut kes Pamela itu sebagai "Melangkaui ilmu pengetahuan". Dia melahirkan anak pertama ketika berusia 14 tahun. Kemudian, dia dua kali melahirkan bayi kembar tiga pada usia 15 tahun dan 16 tahun. "Setiap hari adalah perjuangan berat. Namun, saya tidak akan mengubahnya. Mereka adalah malaikat-malaikat kecil saya," katanya yang dipetik dari sunday mirror.co.uk

Yang unik, atau tragis, tiga kehamilan itu diketahui setelah hubungan dengan tiga lelaki tersebut putus. Dia mengakui bahawa menjaga tujuh anak adalah pekerjaan melelahkan. Namun, dia merasa bahagia karena anak-anaknya sihat dan bahagia. "Saya berusaha menjadi ibu terbaik bagi mereka, semampu yang saya lakukan," ujarnya.

Pamela adalah anak bongsu di antara enam bersaudara dari pasangan Jose dengan Magdalena. Ibunya adalah seorang jururawat, ayahnya cacat. Mereka tinggal di Leones, sebuah kota pertanian yang jarak sekitar 480 kilometer dari ibu kota Argentina, Buenos Aires.

Masalahnya, kenapa 3 teman lelaki? Dirogol atau rela?

Credits
Sumber: Kiriman Hazualuv (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

30 October 2008

FESYEN RAMBUT UNIK

*Credits di akhir post ini

Wokeh, sape-sape berminat? Boleh try fesyen ni. Cantik. Menarik. Boom.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat design-design yang lain.










Kalau saya, saya nak model-model tu. Hehehe. :-p

Credits
Kiriman: Secret (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 October 2008

KACAK BERTUKAR CANTIK

*Credits di akhir post ini

Dia seorang lelaki yang kacak pada awalnya. Namun bertukar menjadi wanita yang cantik. Cantik? Siapakah dia?

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar kehidupannya sebelum menjadi wanita.









Credits
Sumber: Kiriman Hazualuv (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

28 October 2008

ADAKAH KITA DITIPU?

*Credits di akhir post ini

Ingat lagi tak dulu? Pernah kita dikejutkan dengan gambar syaitan yang kononnya ditangkap secara tidak sengaja di Gua Hirak...Masa tu ramai yang percaya kesahihan gambar tu. Termasuk saya. Info ini saya jumpa laman web di bawah:

http://www.rense.com/general25/chups.htm

Kalau nak disimpulkan dari laman web tu, rupanya selama ni kita kena tipu... dan dipermainkan oleh musuh Islam

Saya dah tahu gambar ni dulu tapi agak meragukan, bukan tak percaya akan kewujudan syaitan tetapi ragu akan gambar tersebut. Tempat Nabi-Nabi adalah tempat suci dan terpelihara dari anasir-anasir jahat, apatah lagi tidak logik syaitan boleh berposing relax kat gua tu. Memang tak masuk akal.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Gambar ini bertujuan menghina Rasulullah SAW. Dengan niat menuduh Rasulullah bertapa dengan syaitan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya syaitan. Kekadang gambar di internet dianggap sebagai lucu. Namun ia amat berbahaya kerana boleh memesongkan akidah menerusi humor tanpa kita sedar akan motifnya.

Bila kita bercakap dengan anak-anak kita bahawa junjungan besar berada di Gua Hirak, lantas mereka terbayang gambar syaitan tu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu berhati-hatilah dengan perhatian jiwa halus dan suci ini sebelum percaya sesuatu atau menyebarkan perkara aneh seperti ini.

The moral of the story..... ramai dikalangan kita ni bila terima email sahaja dah mula mempercayai apa yg kita lihat dan baca ..... kononnya itulah kebenarannya tanpa kita usul periksa dan buat kaji selidik dulu....

Kita perlu sedar kini bahawa terlalu banyak provokasi yg dilakukan terhadap memesongkan aqidah umat Islam dan seharusnya kita berhati-hati bila menerima sebarang email meragukan.

Sekadar baca dan dengar boleh, tapi jangan percaya bulat-bulat. Wallahuallam.

Credits
Sumber: Kiriman Mydeuter (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 October 2008

PESTA PONDAN JALANAN THAILAND

*Credits di akhir post ini

Menurut sumber, pesta ini merupakan acara tahunan di Thailand. Biar betul...

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain. Ada banyak gambar untuk ditatap.


















Kenapa mereka pegang duit tu agaknya?

Credits
Kiriman: Hazualuv (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

26 October 2008

TMNET: ADAKAH ISP TERBAIK? (PENTING)

Assalamualaikum WBT. Hari ini saya nak kongsi satu maklumat yang bagi saya perlu diketahui oleh anda semua dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya mengenai perbandingan antara ISP (Internet Service Provider) di Malaysia dengan negara-negara yang lain. Sebagaimana kita tahu, TMNet merupakan satu-satunya ISP terbesar di Malaysia yang menggunakan talian (wayar). Untuk itu, post ini tiada memasukkan Maxis, Celcom dan juga Digi sebagai perbandingan.

Info yang ingin saya kongsikan ini saya ambil dari blog http://naem2go.blogspot.com (minta izin ya pemilik blog) mengenai perbandingan ISP di Malaysia (TMNet) dan juga ISP-ISP yang lain termasuklah ISP di negara tempat pemilik blog ini belajar iaitu di Ireland.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat perbandingan-perbandingan ini. PENTING UNTUK KITA TAHU. Setelah kita tengok perbandingan ini, tanya diri kita sendiri, Adakah TMNet ISP terbaik?

Ok..kita mulakan dengan ISP terbesar di Malaysia, TMNet...



The Fastest Package: 4.0 Mbps: Price RM 268 (mahal syyeiih..)
The Slowest Package: 384 kbps: Price RM 20 for the 1st 10 hours only!!
Most of us use this, Package 1.0 Mbps, yg harganya dlm RM 99

(SILA KLIK LOGO TMNET DI ATAS UNTUK MAKLUMAT PENUH)

Ok. Sekarang kita tengok di Ireland, tempat pemilik blog ini belajar.

NTL Chorus

The Fastest Package: 20.o Mbps: Price €40 (RM 189)-Free Wireless Router!! Murah kan?
The Slowest Package: 3.0 Mbps: Price €20 (RM95)

(SILA KLIK LOGO NTL DI ATAS UNTUK MAKLUMAT PENUH)

SMART TELECOM (ISP TERPANTAS DI IRELAND)

The fastest packages: 20.o Mbps: Price €45 (RM 212)
The Slowest Package: 4.0 Mbps: Price €15 (RM71)

(SILA KLIK LOGO SMART TELECOM DI ATAS UNTUK MAKLUMAT PENUH)

OTHER IRELAND ISPs

(SILA KLIK LOGO DI ATAS UNTUK MAKLUMAT PENUH)

(SILA KLIK LOGO DI ATAS UNTUK MAKLUMAT PENUH)

ISP-ISP di atas ni lebih murah dari TMnet dan lebih laju walaupun infrastruktur di Malaysia lebih baik.

We look at the fastest provider internet in UK:
BE THERE, The Fastest Packages: 24 Mbps, Pound 22 (RM 133). Murah & laju gila.

We take a look at, humm.. kt mane nak tengok lagi. Ok, kt USA.. huh.. nak compare ngan depa, nanti korang kata, "memang laaaa, depa daa maju, ape laa.." Ok, we compare dengan negara yang same standard. We look at....

Singapore: StarHub, 12 Mbps, S$ 89 (RM212). Tak tahu nak ckp ape, da lajuu sgt.
Philippines: PLDT, 5 Mbps, S$ 89 (RM366)
India: Airtel, 8 Mbps, (RM200). Btw, lebih laju dari kite punya.
Australia: AAPT, 20 Mbps, (RM220)
South Korea: Korea Telecom, 100 Mbps, (RM 92) - Murahh weii
Thailand: True, 5 Mbps, (RM 246) - Lagii laju dan murahh kan?
Brasil: Telefonica, 8 Mbps, (RM300)
USA: Verizon, 50 Mbps, (RM 380)

By the way, internet for home use, yg commercial paling laju stakat ni di pegang oleh:
Japan: KDDI, 1 Gbps, (RM170) - Perghh!!

Ok, lets move on, Kalo korang bukak webpage TMnet. hayyoo..lame giler nak loading, kenapa jadi macam tuu? I dont have idea, i'm not an IT student. Cakap lebih-lebih ada orang marah plak. Pastu, service dia terima byk komplain, sebab service tak stable, off peak laa, on peak laa.. Hope one day, ade kompeni lain will emerge, dan hapuskan monopoli by TMnet ini, atau TMnet tingkat kan kualiti. =D. Not only me talk about this, but thousond others.

KLIK SINI UNTUK MELIHAT KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP TMNET


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 October 2008

STATUS ARIEL SHARON KINI

*Credits diakhir post ini

Salam selamat buat semua.

Masih ingatkah anda mantan perdana menteri Israel, Ariel Sharon laknatullah? Mesti anda tertanya-tanya mengenai statusnya sekarang. Baiklah, sekarang saya nak kongsikan maklumat terkini beliau. Wallahuallam. Betul atau tidak, saya cuma menyampaikan. Namun, saya rasa balasan yang beliau dapat sekarang masih belum cukup, dengan nilai banyak nyawa orang Islam yang menjadi korban kezalimannya.

Semoga Allah SWT menimpakan azabNya kepada seluruh Zionist Yahudi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap penderitaan umat Islam Palestin dan Lebanon.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk mengetahui status penuh mamat yahudi ni. Seram pun ada....

Gambar dibawah merupakan gambar sharon semasa koma di hospital. Betul atau tidak, wallahuallam....

Berdasarkan maklumat pakar kesihatan di Hospital Hadasa yang terlibat dalam pembedahan Ariel Sharon pada masa tersebut, Ariel Sharon mempunyai luka yang sangat busuk di bahagian usus dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Pembedahan telah dilakukan untuk menyambung usus-ususnya yang telah membusuk dan ada yang telah merebak ke bahagian badan yang lain.

Pada awalnya, Sharon dimasukkan ke hospital kerana berlaku penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma. Namun, keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa. Menurut para doktor lagi, sekiranya perlu, mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah.

Sehingga kini, Sharon masih koma dan berada di dalam ICU.

Beginilah balasan dunia dari Allah SWT kepada orang yang telibat memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Dia jugalah yang menyembelih para tawanan Mesir.

Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui apa yang belaku di sekelilingnya. Sebagai balasan dan iktibar, Allah SWT memperlihatkan kepada kita keadaan Sharon laknatullah yang suka menumpahkan darah ini dengan azabnya iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Bangkai bernyawa....

Wallahuallam...

Credits
Dipetik dari: Majalah Qiblati, vol.01/no.09/Mei-Jun 2006 terbitan Jeddah, KSA.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 October 2008

FENOMENA ALAM DI TANAH MERAH, KELANTAN

Assalamualaikum semua. Maaf banyak-banyak kerana lambat update post pada hari ini. Sekarang ni tengah tulis tesis, agak sibuk. Namun, saya akan berusaha sedaya upaya mencuri masa untuk bersama anda di kerenah dunia. Insyallah.

Untuk post kali ini, saya nak kongsikan email kiriman rakan saya, mengenai fenomena awan yang aneh tetapi cantik yang di dakwa di ambil di Tanah Merah, Kelantan (negeri saya tu, hehehe). Berdasarkan catatan pada gambar tersebut, kejadian ini berlaku lewat petang 17 Ogos 2008 lepas. Bagi sesiapa yang ada explanation mengenai fenomena ini, saya amat mengalu-alukannya. Sila nyatakan dalam ruangan komen nanti ye.

Gambar di atas tu agak tidak jelas. Sila klik topik di atas atau "Full Post" untuk melihat gambar-gambar lain yang diambil. Subhanallah..



Cantiknya yang Allah buat kan?


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

23 October 2008

KALAU PRIHATIN SILA VIEW

video
Tekan simbol 'PLAY' untuk mainkan video

'Klu prihatin sila view', itulah nama klip video yang saya dapat dari youtube ini yang memaparkan situasi kini remaja sekarang. Tetapi dalam klip ini difokuskan kepada kaum hawa. Kenapa? Kenapa fenomena gengsterism kini telah menular ke dalam aliran darah kaum yang lemah lembut ini. Kaum Adam tak payah cakap laa k. Mungkin ada orang yang akan jawab, "lembut bukan bererti lemah." Namun, adakah ini caranya untuk menunjukkan kekuatan kaum wanita? Adakah ini caranya untuk kita berdiri sama rendah, duduk sama tinggi dengan kaum lelaki?

Kenapa orang kita jadi begini? Adakah pengaruh media? Pengaruh rakan sebaya? Adakah...?? Adakah..???Aiyoo...Tepuk dada, tanya iman. Bukan selera.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

22 October 2008

YOUTHSAYS.COM



Assalamualaikum...

Sekali lagi saya ingin berkongsi satu website yang mungkin boleh menjadi sumber pendapatan sampingan untuk kita, Youthsays.com. Laman web ini diperkenalkan oleh kawan saya melalui friendster.

Dengan menjawab soalan-soalan kajian (survey) dan juga mengajak kawan-kawan menyertai youthsays ini, kita akan diberi ganjaran. Ganjaran dalam bentuk wang ringgit ini berbeza-berbeza berdasarkan survey dan website ini adalah dikelolakan oleh orang Malaysia kerana wang ganjarannya dalam matawang ringgit Malaysia (RM). Setakat ini survey-surveynya juga berkaitan isu-isu di Malaysia. Join dulu k? Baru tau. FREE OF CHARGE.

Setelah wang terkumpul RM50.00 ke atas, kita boleh menebusnya dan pihak Youthsays akan poskan cek ke rumah kita. Seronok bukan?

Bagi saya Youthsays ini lebih kurang sama dengan Advertlets dari segi rupabentuk laman web (saya agak-agak je la) dan cara pembayaran, cuma cara mendapatkan ganjarannya berbeza sedikit (jawab survey).

Jangan buang masa lagi, kalau ada sumber pendapatan online baru yang tak perlu bayar untuk menyertainya, saya akan cepat-cepat maklumkan kepada para pembaca kerana kita boleh test kredibiliti dia. Kalau kena tipu pun, kita tak rugi. So, untuk join, cuma klik gambar di bawah (tak pun klik banner besar kat atas tu), lengkapkan form dia online dan boleh lah mula menjana wang sampingan mulai sekarang. (Hehe..macam promote barang pula saya ni.)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.