Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

20 January 2009

8 ADEGAN KLISE DRAMA/FILEM MELAYU

*Credits di akhir post ini

Mesti ada di kalangan korang suka tengok drama-drama melayu kat TV kan? Tak pun korang pernah melihat filem-filem melayu yang berada di layar perak macam 'Gerak Khas: The Movie' and so on. Semasa korang tengok filem-filem atau drama-drama tersebut, korang ada perasan tak 8 aspek yang akan disenaraikan selepas ini? Korang baca dan nilaikan k?

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat 8 aspek-aspek tersebut.

1) Cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29″, Home Theatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.(Director tak buat homework ker? Pergi la tengok rumah awek kilang kat Sungei Wang tu).

2) Rumah orang kaya pulak macam dah jadi trademark. Mesti ada driver, orang gaji, kereta merc, rumah pintu pagar auto, makan lauk pauk penuh meja, pinggan mangkuk berjenama, makan bersudu, sarapan pagi minuman oren, roti bakar. Pendek kata, melampau-lampau gaya mewah kehidupan yang dipaparkan.

3) Cerita polis pula, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensik,dialah jadi pathologist, dialah yang pergi ambush. Semuanya dia yang buat. Dialog pakai bahasa baku. “Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. ” Betul cadangan awak itu.. Kita bertindak sekarang”. Lucu dengar ayat-ayat mereka. Terlalu formal. Cerita GERAK KHAS tu, cuba tengok stail polisnya. Sama saja.

4) Kalau cerita berkenaan pembinaan, bawa satu pelan gulung, pakai topi kuning, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah bina, bincang dengan ‘kepala’. Indon complaint kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning untuk pekerja buruh la bang). Stereotaip betul, amat membosankan.

5) Adegan doktor di wad periksa pesakit. Ambik fail hujung katil,selak- selak. Dialog wajib: “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat.” (Woi bang, tengokla cerita ER tu, doktor ada medical terms dia). Doktor drama MELAYU gitulah. tak buat research mendalam .

6) Adegan di rumah kampung. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju, orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah. Adegan di kampung pulak teramat lah pelik dan sukar di terima akal. Malam buta, tingkap umah masih terbuka!

7) Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, buka pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8) Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part Sadakallah hulazim. (Cover line kot )

Apapun, drama Melayu paling membosankan dan memualkan saya adalah keluaran Skop Production. Kenapa?

1) Pelakon nya ‘tetap dan berpencen’. Muka yang sama je dalam dramanya.

2) Jalinan cerita membosankan sebab temanya berkisar perkara yang sama.

3) Banyak tonjolkan babak di disko dan kelab malam.

4) Banyak buang masa dengan adegan Flashback! Amat ketara!

5) Dialog dan gerak lakon pelakonnya pun stereotaip.

6) Banyak tonjolkan elemen kehidupan yang mewah terlampu, perangai dan telatah anak-anak muda yang hidup berlandaskan kemewahan dan keseronokan dunia.

7) Gaya pengarahan sama sahaja. Tontonlah Gerak Khas, Sembilu dan yang lain-lain.

Kalau ada yang korang nak tambah boleh tambah dalam bahagian komen. Mesti ada di kalangan korang yang marah dengan saya dengan alasan "Sokonglah industri seni tempatan." Tapi dengan tegas saya cakap, saya akan sokong sekiranya kualiti filem kita meningkat. Bukan stereotaip. Jangan nak kaut untung saja.

Credits to Hafreze.com

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.