Assalamualaikum WBT. Seronoknya rehat di hari cuti ni. Tambahan pula, Isnin ni cuti jugak sebab ganti cuti kemerdekaan yang jatuh pada hari ahad iaitu esok. Sebut pasal merdeka, saya nak kongsi sikit lah suasana kemerdekaan di negeri Sarawak ni. Gambar-gambar yang saya sertakan ini merupakan gambar di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Saya baru ambil gambar ni pagi tadi sebab pagi semalam hujan lebat. Saya rasa para pembaca dapat 'feel' aura kemeriahannya.
Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.
Untuk makluman pembaca sekalian, di Sarawak, sambutan kemeriahannya boleh dikatakan lebih grand berbanding di semenanjung. Perang bendera sana sini. Dan masa malam pasang bendera ni, saya pun turut tolong pasang bendera, suasananya amat meriah. Macam malam raya. Malam raya kita bakar lemang. Malam menjelang kemerdekaan ni, meriah pasang bendera.
Kadang-kadang saya kagum dengan warga kenyalang ni. Semangat diaorang amat tinggi. Setiap rumah, bukan 1 atau 2 bendera je, malah penuh 1 rumah. Mungkin semangat kecintaan mereka kepada negara masih tinggi. Mungkin.
Dari segi luaran, memang bagus jika kita pamerkan semangat kemerdekaan dan semangat cintakan negara kita. Namun, adalah tidak bagus sekiranya semangat ini bermusim. Semangat cintakan negara juga merangkumi bagaimana kita mencorak dan menggalas tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Ia tidak bermusim. Malah terus membara sehingga ke hembusan nafas terakhir.
Malaysia bak sebuah kapal. Anak-anak kapal merupakan para pemimpin dan rakyat adalah penumpang. Sekiranya kita pilih anak-anak kapal yang tidak bagus. Maka, haluan kapal itu juga entah ke mana. Semua pada dasarnya di tentukan oleh kita sebagai rakyat.
Apa-apapun, saya bertuah dapat merasa kemeriahan merdeka di sini. Harap-harap jiwa mereka juga merdeka. Merdeka dari kongkongan pemikiran yang kotor dan membinasakan. Ingat, kita mampu mengubahnya.
SALAM KEMERDEKAAN!
30 August 2008
SUASANA MERDEKA DI BUMI KENYALANG
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|