*Credits di akhir post ini
Sengaja saya letak 'question mark'(?) pada topik sebab kata-kata ini adalah dari Pak Lah (yang selalunya tak betul).Beliau telah mengumumkan bahawa harga minyak akan diturunkan pada 1 Semptember ini. Biasalah kalau nak naik tidak sempat tunggu bulan Ogos, bulan 6 dan naik. Kenapa mesti tunggu hingga sebulan?
Kesan kenaikan minyak cukup hebat kepada ekonomi Malaysia. Alangkah lebih baik kalau kerajaan memegang janji untuk menaikkan harga minyak pada bulan Ogos.Menaikkan dan menurunkan harga minyak secara yo-yo ini adalah lebih banyak memberikan kesan spekulasi yang negatif pada pasaran ekonomi.
Kerajaan bercadang akan mengkaji dan mengstrukturkan harga minyak setiap 1 hari bulan. Masih ingatkah lagi Ringgit Malaysia pernah ditambat supaya percaturan ekonomi dapat dilakukan secara rasional? Kaedah tambatan Ringgit pada kadar RM 3.80 telah berjaya menstabilkan ekonomi Malaysia walaupun pada ketika itu berlaku kemelesetan ekonomi dunia yang mana banyak negara membangun telah menjadi mangsa cengkaman hutang IMF.
Apakah harga barang terutamanya sektor pemakanan dapat diturunkan jika kerajaan bercadang menurunkan harga minyak?
Kerajaan juga sepatutnya melakukan harga tambatan minyak supaya perancangan perniagaan berdasrkan pada spekulasi-spekulasi yang hanya boleh menjejaskan ekonomi. Fenomena ini hanya menyumbangkan peningkatan dalam inflasi.
Jelasnya , apabila kerajaan menurunkan harga minyak satu mekanisme penurunan harga makanan perlu dilaksanakan supaya rakyat dapat menikmati kuasa beli yang lebih tinggi seterusnya dapat menjana ekonomi negara.
Jadi tidak perlulah tunggu sehingga sebulan untuk turunkan harga minyak sepatutnya harga minyak diturunkan mulai 1 Ogos 2008.
Credits
Sumber Artikel: Tulisan mindataqwa (tranungkite.net)
Sumber Graf: Azlan Zamhari (malaysiakini)
02 August 2008
HARGA MINYAK TURUN 1 SEPTEMBER?
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|