Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

10 August 2008

SARAWAK PUTUS LETRIK SEMALAM. AIYO....

*Credits di akhir post ini

Hampeh betul...semalam memang terkejut. Dalam pukul 6.40 petang gitu..tengah syok-syok duk update blog ngan surf internet, bilik postgrad tiba-tiba gelap..ingat kan apa. Ingatkan 1 fakulti je... Rupanya 1 sarawak bergelap kes tak da letrik. Aku balik umah sewa, semua bergelap. Lepak-lepak laa sama-sama jiran ramai-ramai, pasang lilin. Semua gelap. Dalam pukul 7.45 malam, ada sekejap letrik...pas tu padam lagi. Pukul 9 lebih kurang, baru elektrik pulih sepenuhnya.

Dah laa masa ni masa konvokesyen, mesti habis terjejas persiapan semula. Tambahan pulak malam tu ada dinner graduasi jabatan aku. Memang jem. Timing baik betul..macam ada sesuatu tak kena je..Cuba laa korang pikir sendiri. Dalam banyak-banyak masa, time UNIMAS nak konvo jugak laaa putus letrik. Macam ada orang nak bagi amaran je kat UNIMAS. Hehehehehe.

Sekarang ni pun aku update blog ni kat cyber cafe je..internet di kampus UNIMAS masih tak aktif. Agak-agak memang tak da juruteknik stanby kot. Atau memang takda tanggungjawab masa cuti. Tanggungjawab masa waktu kerja je..

Berikut adalah petikan akhbar hari ini mengenai peristiwa tersebut. Klik 'full post'

Petikan Akhbar Utusan Malaysia online hari ini.

Sarawak bergelap 3 jam

KUCHING 9 Ogos - Hampir seluruh Sarawak bergelap selama tiga jam berikutan bekalan elektrik terputus bermula pukul 6.30 petang hari ini.Gangguan bekalan elektrik itu yang dipercayai akibat kerosakan grid utama di Selangau dekat Sibu mengakibatkan penduduk di Kuching, Sri Aman, Mukah, Sibu dan Miri terpaksa bergelap sebelum bekalan pulih pada kira-kira 7.45 malam.

Bagaimanapun, bekalan elektrik kembali terputus pada pukul 8.05 malam sebelum berjaya pulih sepenuhnya pada pukul 9.15 malam ini.

Difahamkan kejadian itu menjejaskan kira-kira dua juta penduduk yang menghuni bandar-bandar besar berkenaan serta menjejaskan pusat-pusat industri dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan daripada Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (Sesco) mengenai kejadian itu.

Laporan awal yang diterimanya ujar beliau, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kerosakan kabel elektrik di Selangau dekat Sibu.

''Kita akan cuba menyiasat perkara ini bagaimana ia boleh berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Mohd. Suhaimi Mubin berkata, ketiadaan bekalan elektrik itu tidak menjejaskan operasi lapangan terbang.

Katanya, lapangan terbang itu mempunyai janakuasa elektrik simpanan yang mampu bertindak sebagai pengganti tenaga kepada operasi utama di situ.



Ni petikan akhbar berita harian online hari ni pulak

Sarawak bergelap lebih 2 jam

KUCHING: Seluruh Sarawak bergelap beberapa jam mulai jam 6.30 petang semalam, dipercayai berpunca daripada kerosakan di dua pencawang utama di Selangau dan Sibu.

Jurucakap Syarikat Elektrik Sarawak, Sesco Sdn Bhd, berkata kerosakan berlaku pada pencawang utama negeri di Selangau dan Sibu, di wilayah tengah negeri ini.

Difahamkan, Bahagian Kuching dan Samarahan bergelap mulai jam 6.30 petang dan hanya pulih secara berperingkat mulai jam 8.40 malam tadi.

Bahagian Miri, Bintulu, Sri Aman, Sibu dan Sarikei dilapor bergelap antara jam 7.00 hingga 8.30 malam tadi.

Jurucakap itu berkata, keadaan pulih sekejap pada jam 7.30 malam tadi di beberapa kawasan, namun bekalan elektrik kembali lumpuh sepenuhnya pada jam 8 malam, sebelum pulih secara berperingkat mulai jam 8.40 malam tadi.

Sementara itu, kesesakan teruk berlaku di beberapa kawasan di Bandar Raya Kuching berikutan semua lampu isyarat tidak berfungsi akibat kerosakan berkenaan.

Kawasan dilaporkan sesak antara jam 8 hingga 9 malam tadi termasuk sekitar Jalan Astana, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Jalan Satok, sekitar pusat bandar dan dekat bulatan Simpang Tiga.

Semua pasar raya utama, dan premis perniagaan juga ditutup awal berikutan ketiadaan bekalan elektrik.

Credits
Sumber Info: Utusan Malaysia Online & Berita Harian Online
Sumber Gambar:
Gambar 1: http://ournewsbrooklyn.files.wordpress.com/2007/09/blackout.jpg
Gambar 2: GGCP 2005

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.