*Credits di akhir post ini
Hari ini adalah hari ke-2 konvo kat kampus aku. Dan hari ini jugalah hari penganugerahan ijazah bagi fakulti aku. Anyway, kepada rakan-rakan berkonvo hari ni yang masih ingat kat aku, tahniah. Walaupun aku tak di jemput, namun aku nak pesan kat sini, bila kita dah terima ijazah, ketahui lah bahawa cabaran sebenar kehidupan kita baru sahaja bermula.
Bagi aku, sekeping ijazah itu merupakan suatu tiket untuk memasuki alam hidup yang sebenar. Dengan kata lainnya, kita akan rasa bagaimana susahnya nak cari kerja, pegi temuduga, tengok result temuduga (OK ke KO) dan sebagainya. Bila kita dah dapat kerja pun, kita akan masuk alam stress pulak, stress semasa kerja. Perlu di ingatkan bahawa stress belajar adalah amat berbeza dengan stress kerja. Cuba tanya golongan yang telah bekerja kalau tak percaya.
Ok, kita tukar topik pulak. Pagi tadi aku pegi laa meninjau suasana konvo kat kampus timur. Macam tak meriah je. Bagi aku, kemeriahan konvo tahun ni adalah amat rendah kadarnya berbanding suasana konvo tahun lepas. Korang klik 'Full Post' kalau nak tengok beberapa keping gambar yang aku dah ambik pagi tadi. (Sori, tak ingat bawak kamera, guna phone cam je. Kualiti gambar rendah sikit. Hehehehe).
Hmmm...Aku pun tak tahu apa lagi program untuk konvo selama 3 hari ni. Mungkin kalau ada artis perform baru nak ramai kot. Nanti aku tinjau lagi and kongsi ngan para pembaca semua.
Credits
Sumber Gambar Pertama: www.unimas.my
Gambar-gambar lain: Semua aku snap sendiri, jangan nak perasan korang punya plak!!
|