Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

29 September 2008

HARI INI TENGOK ANAK BULAN SYAWAL

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan permulaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan diadakan pada petang ini, 29 September bersamaan 29 Ramadan 1429 Hijrah di 29 tempat yang telah ditetapkan di seluruh negara.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Maknanya bulan Ramadhan hampir berlalu pergi. Bagi saya, pengakhiran Ramadhan amat menyedihkan kerana bulan inilah banyak rahmat terkandung di dalamnya. Adakah kita sempat menemui Ramadhan seterusnya? Fikir-fikirkanlah.

Syawal yang datang hendaklah diraikan dengan kesederhanaan, bukan melampaui batas. Islam telah menetapkan cara yang sesuai, tugas kita hanya mengikut cara tersebut. Wallahuallam.

Credits
Sumber Info: Bernama dalam Utusan Malaysia 22 September 2008
Sumber Gambar: http://www.bruneiastronomy.org

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.