Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

07 September 2008

AWASI ANAK ANDA DI ESKULATOR


Assalamualaikum WBT. Lepas ni nak raya dah kan? So mesti ada di antara kita dah membuat persiapan hari raya awal-awal lagi kan? Shopping sana sini, pegi kedai, pegi supermarket, hypermarket dan sebagainya. Beli baju raya untuk anak-anak dan seisi keluarga. Tapi bila dah asyik membeli tu, terutama yang bawak anak-anak sekali, almaklumlah nak ukur kasut & baju raya nanti, pastikan anda mengawasi mereka sepenuhnya. Nanti tak pasal-pasal lenyap dari pandangan ataupun jadi macam gambar kat atas ni. Tak ke haru..??

Berdasarkan pengirim gambar ini, kes ini berlaku di IOI Mall. So ingat-ingat laa yer...jangan duk asyik tengok kedai mana nak pegi nanti, tengok jugak anak-anak yang kita bawak tu. Budak-budak ni kebanyakkannya tak suka duduk diam, terutamanya bila dah sampai kat supermarket besar-besar macam ni. Beringat sebelum kena.

Tak jelas gambar tu? Klik je gambar tu kalau nak tengok saiz sebenar. Ahaks.

Sumber: Uncover Reality.com

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.