Sumber Gambar di atas: hantujeraul.blogspot.com
Hahahaha..baru aku tau sape yang kena belasah masa perhimpunan agung protes baru-baru ni..Rupa-rupanya kawan kepada housemate aku (perlu ke disebutkan nama? kalau housemate aku tu nak populariti, akan aku sebut. Biasanya dia suka cari publisiti).
Aku tak nak komen apa-apa. Para pembaca bagilaa pandangan sendiri. Tapi for sure, si alak ni memang kawan baik dan kawan kebanggaan housemate aku tu.
Sila klik topik atau 'BACA LAGI SETERUSNYA' untuk melihat petikan-petikan berkenaan peristiwa pembelasahan alak ni.
PETIKAN 1
Penyanyi Carburetor Dung kena belasah
ALAK terlentang di atas lantai selepas dibelasah penyokong parti pembangkang ekoran tindakannya cuba melondehkan seluar di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya petang semalam.
GANAS...
Gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat, vokalis kumpulan underground Carpekpekor Dung dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.
Jeraul : aper aaa, lu punya band best ooo, jangan bikin hal maaa. Lu olang punya popularity baru angkat sudah bikin hal. Wa suka lu punya lagu Boo Hoo Clapping Song. Takkan lama-lama masih mau underground music.. cubalah mainstream plak cam band Hujan ngan Estranged... dah ramai peminat dah.
Sumber petikan di atas: hantujeraul.blogspot
_____________________________________________
PETIKAN 2
Protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan
Perhimpunan `protes sejuta rakyat-protes sampai turun' yang mencetuskan insiden memalukan apabila seorang penyanyi jemputan bertindak liar membuka seluar di hadapan pengunjung yang hadir tatkala waktu solat maghrib sudah hampir.
KUALA LUMPUR 6 Julai _ Perhimpunan `protes sejuta rakyat-protes sampai turun' yang mencetuskan insiden memalukan apabila seorang penyanyi jemputan bertindak liar membuka seluar di hadapan pengunjung yang hadir tatkala waktu solat maghrib sudah hampir.
Insiden itu seterusnya membawa kepada pergaduhan antara hadirin apabila mereka cuba menyerbu ke arah penyanyi dan rakan-rakan kumpulannya gara-gara tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Penyanyi berkenaan sedang membawa lagu bertajuk Jilat itu bertindak membuka seluarnya dan membelakangkan dirinya ke arah hadirin sambil menjerit jilat berkali-kali.
Penyanyi berkenaan kemudiannya dibelasah oleh segelintir hadirin walaupun pekara itu cuba disembunyikan oleh pihak penganjur.
Penyanyi sekitar seusia awal 20 tahun itu merupakan penyanyi utama kumpulan Karburetor Dung yang ditampilkan oleh pihak penganjur sebagai selingan antara ucapan.
----
Siapa la punya idea menjemput underground group carburetor Dung ni? Oh ya, Hishamuddin Rais the free thinker. Semoga menjadi iktibar bagi Pakatan Rakyat terutama PAS dalam mengadakan majlis seumpamanya di masa akan datang. Cukuplah memberi peluru kpd BN.
----
PETALING JAYA: A singer stripped his trousers and showed his boxer shorts during a concert at the anti-fuel price increase rally in Kelana Jaya stadium Sunday.
The lead singer of rock band Carburettor Dung was halfway through a song at about 7pm when he dropped his pants and exposed his boxer shorts.
His antics resulted in the audience hurling abuses and throwing bottles at him. Security volunteers had to escort the singer and his band members off the stage while event organisers tried to calm the crowd.
It is learnt that prior to his strip performance, the singer was singing a song that included lyrics poking fun at the sodomy allegations against PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A member of the audience who did not want to be named described the act as inappropriate as there were children present at the event.
Another man, who also wanted to be anonymous, said it was very unprofessional of the singer, adding that he was very upset because many VIPs, including Anwar would be present.
As the situation came under control, event coordinator Hishamuddin Rais came out to apologise for the incident.
The organisers then called for a break for Maghrib prayers.
Sumber petikan di atas: triple_j dalam tranungkite
_____________________________________________
PETIKAN 3
Berkonsert sampai seluar terlondeh
Berite terbaru yang aku terima satu kejadian memalukan berlaku pada kira-kira lewat petang tadi di Stadium Kelana Jaya. Konsert kumpulan band diteruskan jugak sehingga ada yang terlondeh seluar. Kejadian itu membuatkan suasana jadi kecoh apabila orang ramai mula membaling dengan botol.
Dalam hati aku nampaknya Allah nak tunjukkan kepada rakyat dan Pakatan Rakyat bahawa konsert yang diadakan tersebut salah. Aku juga merasakan inilah hikmah disebalik boikot yang dilakukan oleh Pemuda PAS dan unit amal tadi. Walaupun mungkin ramai yang nampak tindakan Unit Amal dan Pemuda PAS tadi tindakan yang tidak sepatutnya, tapi Allah telah tunjukkan apa yang tindakan Pemuda PAS dan Unit Amal adalah betul.
Berita selanjutnya yang aku dapat tadi, penonton dalam stadium masih lagi ramai, iaitu sekitar 5000 orang.
Semoga ini menjadi muhasabah kepada Pakatan Rakyat untuk menghormati prinsip PAS dalam sesuatu perkara. Jangan ambil enteng keputusan yang PAS buat. PAS sedia menghormati keputusan kumpulan lain tapi keputusan PAS pun perlu dihormati.
Sumber petikan di atas: rusly_islam dalam tranungkite
________________________________________________
KESIMPULAN: Amat mudah. Sarang tebuan jangan ditebuk. Jangan tunjuk hebat atau berani kat majlis yang tak sepatutnya. Kalau nak londeh kat perhimpunan UMNO takpe. Tapi memang buat silap laa kalau kat sini. Aku bagi nasihat je. Coz ko adalah kawan kebanggaan housemate aku. Tak tahula kalau housemate aku tu tetap menyebelahi ko walaupun ko buat benda salah kan? Setahu aku dia memang obses kepada kawan yang dia nak obses. Sendiri mahu pikir beb.
07 July 2008
KENA BELASAH GARA-GARA LONDEH SELUAR
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|