Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 July 2008

HARGA MINYAK TAKKAN TURUN, BELIEVE ME..


*Credits di akhir artikel ini.
Harga minyak mentah di pasaran dunia telah mula turun, kerisauan tentang perang dan program nuklear di Iran sudah beransur lega. Begitu juga berita mengenai serangan kepada pekerja-pekerja minyak oleh pengganas di barat Afrika terutamnya di Nigeria sudah berjaya dipatahkan.

Kerajaan Malaysia, macam biasa, telah mengambil langkah awal dengan menaikkan harga runcit petrol dan diesel di pum setelah harga meningkat lebih USD130 setong bulan lalu. Kenaikan sebanyak 40% itu berkuatkuasa tidak sampai 12 jam dari masa pengumumannya. Ini menyebabkan keadaan kecoh di stesen minyak di seluruh negara.

Setakat hari ini, harga minyak mentah berlegar disekitar USD120 setong. Menurut beberapa pakar ekonomi, ada kemungkinan harga minyak mentah akan menurun di bawah paras USD100 setong tidak lama lagi.Didalam keadaan harga minyak dunia yang beransur lega, saya sebagai rakyat Malaysia yang dah masak dengan cakap-cakap politik UMNO, memang confident harga petrol dan diesel di pum tidak akan diturunkan.

Walaupun jaminan dan janji telah diberikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahril Abdul Samad bahawa, kerajaan akan mengkaji harga runcit petrol dan diesel jikalau harga minyak mentah di pasaran dunia menurun. Tetapi, kaji tinggal kaji aje la. Buat membazir kertas A4 aja kajian tersebut. Harga runcit tetap tidak akan diturunkan. Macam biasa, itu janji dan cakap politik UMNO yang dari dulu kini dan mungkin selamanya tak boleh dipercayai.

Jika kita imbas balik, semasa kempen pilihanraya yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib sendiri memberi jaminan bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya. Tapi, berapa bulan selepas itu, harga petrol dinaikkan lebih dari 40%.

Pada februari tahun lalu, kerajaan telah menaikkan harga petrol di pum sebanyak 30 sen iaitu dari RM1.62 kepada RM1.92. Pada ketika itu, harga minyak mentah dunia telah meningkat kepada lebih USD80 setong.

Media kerajaan pada masa tu, hari-hari dok canang pasal harga minyak mentah naik di pasaran dunia.

Tiba-tiba, tidak lama selepas itu, harga minyak mentah telah menurun ke paras antara USD45-55 setong.

Masa harga minyak mentah itu turun, Perdana Menteri ditanya adakah kerajaan akan menurunkan harga petrol atau tidak, hal ini kerana, beberapa negara di eropah sudah pun mula menurunkan harga petrol masing-masing. Tetapi, Perdana Menteri menjawab, harga petrol di dalam negara tidak akan diturunkan kerana dana yang tidak digunakan untuk subsidi itu akan digunakan untuk membiayai pembangunan- pembangunan yang lain –-> jawapan standard pemimpin UMNO.

Buktinya cukup jelas, kenaikan harga minyak mentah dunia telah meningkatkan jumlah keuntungan petronas setiap tahun. Secara tidak langsung, kerajaan akan mendapat habuan dari cukai dan royalty yang dibayar oleh petronas.

Jadi, jikalau harga minyak mentah menurun, sudah tentu hasil kepada petronas dan juga negara akan menurun.

Oleh itu, jikalau hasil kepada kerajaan telah menurun, sudah tentu kerajaan tidak akan menurunkan harga petrol di pum-pum.

Berita mengenai kenaikan harga minyak hanyalah peluang untuk pemimpin UMNO terus merompak duit rakyat Malaysia.

Pesanan saya, jangan termakan gula-gula lagi.

Credits
Sumber Artikel: Tulisan Awang Slamber

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.