Assalamualaikum...Sepatutnya aku post gambar ni semalam. Tapi tak bawak kemera, enset ada bluetooth tapi notebook plak takda bluetooth, so kena laa tunda sampai hari ni.
Peristiwa ni berlaku semalam (Isnin, 28 Julai 2008) dalam pukul 11 lebih gitu di kampus UNIMAS atau mana-mana tempat yang nampak barangkali. Cantik tapi aneh. Memang dah pernah berlaku fenomena ini sebelum ni yang turut di war-warkan, tapi ni kali pertama aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendiri. Siap amik gambar lagi. Bukan aku sahaja, warga fakulti turut menyedari perkara ini, penuh kat Ground Floor (G) nak amik gambar. Ni aku nak kongsikan 4 keping foto yang aku dah amik semalam. 2 yang aku amik sendiri, 2 lagi yang Kak Sara bagi. Thanks akak.
Umm..nak mintak tolong laa sapa-sapa yang tahu mengenai definisi & penerangan mengenai fenomena ini boleh tak cerita sikit? Letak dalam komen ke, kalau malu-malu, email je aku. Thanks.
Nak tengok 3 keping gambar lagi? Klik topik atau 'BACA LAGI SETERUSNYA'.
Cantik. Tapi mesti ada explanation mengenai fenomena ini kan? Sape-sape yang tau, ilmu anda amat diperlukan. Yang penting, semuanya atas izin Allah SWT.
29 July 2008
FENOMENA ANEH DI UNIMAS SEMALAM
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|