Berdasarkan REUTERS/Kerek Wongsa (THAILAND), peristiwa ini berlaku pada 7-8 Oktober 2008 baru-baru ini. Gambar di atas menunjukkan seorang polis yang cedera di temani rakan setugas selepas pertempuran dengan ahli-ahli demonstrasi (kasar sikit panggil penunjuk perasaan) anti kerajaan di luar Parlimen Bangkok. Pihak hospital Chulalongkorn tidak mahu merawat polis yang cedera hasil pertempuran tersebut sebagai tanda protes akan tindakan kerajaan dan polis (Doktor ngan nurse pun tak nak rawat polis, baru padan muka. Kasik ajak sikit).
Kadang-kadang saya terfikir akan besarnya kuasa rakyat dalam menentukan kedudukan kerajaan bagi sesebuah negara. Dan kuasa berkecuali tentera yang amat penting sekiranya kerajaan yang telah sahih kepincangannya namun masih berdegil ingin kekal memegang tampuk pemerintahan.
Tapi kesan sampingan yang agak tidak disenangi adalah pertumpahan darah. Namun, saya kagum dengan semangat rakyat Thailand yang berani menentang walaupun mereka tahu akibatnya.
Bagi saya, kedang-kadang kita perlu buat begini sekiranya kerajaan masih pekak badak atau membutakan diri tidak mahu mendengar suara dan keluhan rakyat. Tapi malangnya Malaysia..oh Malaysia.
Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain beserta sedikit penerangan.
Malaysia ada ISA yang boleh membendung tunjuk perasaan melampau seperti ini. Mahasiswa di kawal AUKU. Pegawai-pegawai kerajaan dibelenggu oleh surat AKUJANJI. Agak sukar melihat kebangkitan rakyat seperti ini di Malaysia. Kecuali pihak yang benar-benar berani seperti Anwar Ibrahim dan juga sesetengah pemimpin alternatif yang pada saya amat mengkagumkan, berani menongkah arus yang amat deras.
15 October 2008
RUSUHAN THAILAND 7 - 8 OKTOBER 2008
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|