Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

13 October 2008

RUPANYA KITA MERACUNI DIRI SETIAP HARI

Saya tertarik dengan sebuah artikel kepenggunaan dalam akhbar mingguan Siasah (28 September-4 Oktober 2008) bertajuk "Fahami maksud simbol pada barangan plastik" yang ditulis oleh Hamdan MS. Saya ingin memohon kebenaran saudara Hamdan untuk menyebarkan semula maklumat ini dalam blog saya demi kepentingan masyarakat.

Sebagai pengguna, kita harus tahu bagaimana untuk menggunakan barangan plastik serta bahayanya jika kita menggunakannya secara tidak betul. Sebenarnya terdapat simbol yang membolehkan kita mengetahui maksud ketahanan plastik tersebut.

Tanda tersebut adalah seperti berikut:

1. Berada atau terletak di bahagian bawah plastik itu

2. Berbentuk segitiga

3. Di dalam segitiga tersebut terdapat nombor

4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA

Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk mengetahui jenis kedua dan seterusnya.




JENIS KEDUA

Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:

1. SAN - styrene acrylonitrile

2. ABS - acrylonitrile butadience styrene

3. PC - polycarbonate

4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA

1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

5. Cegah menggunakan barangan plastik untuk mengemas makanan berminyak dan berlemak.

6. Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stailess steel, kaca, seramik dan kayu.

Sekiranya benar fakta ini, secara tidak langsung kita meracuni diri kita setiap hari. Tanpa kita sedari atau memang kita tahu tetapi sering buat acuh tak acuh, bekas plastik yang kita isikan minuman dan makanan telah menjadi racun yang memudharatkan kesihatan dan kesannya bukan sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang.

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.