Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

02 February 2009

UDANG GERGASI

Seekor udang galah gergasi telah ditangkap di pantai Newfoundland, Canada sekitar 3 minggu yang lalu. Udang ini yang diberi nama George, di bawa ke City Crab and Seafood Restaurant, New York, sebuah restoren makanan laut yang terkenal di situ.

Dengan berat tubuh sekitar 9 kilogram (20 pounds) dan berusia 140 tahun, George telah menjadi rebutan antara pihak PETA (organisasi perlindungan hak binatang) dan pihak restoran City Crab and Seafood.

Pihak restoran akhirnya bersedia melepaskan George untuk dikembalikan di habitat asalnya di laut setelah berada di akuarium kedai yg kecil.

"Kami sama sekali tidak pernah berniat untuk menjual apatah lagi membunuh George. Kami hanya menjadikannya sumber penarik pelanggan untuk ke restoran kami. Kami tiada masalah untuk melepaskannya" ujar Keith Valinti, pengurus restoran tersebut.

Pihak PETA menghargai usaha pemilik udang ini untuk melepaskannya ke laut.
"Kami amat menhargai pihak City Crab and Seafood atas keputusan mereka mengizinkan udang yang sudah tua ini menikmati sisa-sisa harinya di tempat bebas dan tenang. Kami harap niat baik mereka menjadi contoh yang baik. Haiwan istimewa ini tidak layak dimasukkan ke tempat yang kecil atau direbus hidup-hidup," ujar Inggrid Newkirk, Presiden Peta.

Sebelum dilepaskan, George dibawa ke Maine bagi membolehkannya beradaptasi dengan suasana laut.

Credits to Dailymail.co.uk

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.