*Credits di akhir post ini
Dengan penuh rasa rasa kecewa dan sayu tatkala melihat sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata dengan sah berlandaskan sistem demokrasi, kini telah rebah dan hancur. Maafkan saya sekiranya 2-3 hari ni, saya cuma akan post isu Perak, memandangkan saya agak terkesima dengan kerakusan yang berlaku dalam politik negeri ini.
Mereka rebah bukan kerana pemimpin utamanya, tapi rebah dan tersungkur disebabkan cara kotor pihak musuh yang jelas menghalalkan perbuatan menculik dan mengugut beberapa ahli dun dari kerajaan halal dan kini beberapa ahli dun tersebut telah bersekongkol tanpa merasa bersalah dan malu kepada rakyat yang mereka menjadi wira dalam merebahkan kerajaan halal tersebut.
Amat terguris hati bila mana salah seorang pemimpin utama kerajaan pusat dengan begitu angkuh dan berani mengambil peranan dalam menggerakkan usaha bagi merebahkan kerajaan halal tersebut. Dengan sedikit pun tidak ada rasa malu apatah lagi rasa bersalah kepada rakyat jelata di negeri itu, mereka mengacau bilaukan pentadbiran kerajaan halal tersebut dengan menyekat kewangan sehingga melemahkan pembangunan yang cuba ingin dilaksanakan di negeri itu.
Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.
Bahkan kerajaan halal itu terpaksa berhadapan dengan media-media yang tidak beretika dan secara terang terangan menghentam sehabis-habis kerajaan halal itu dan digambarkan bahawa segala-galanya lemah dan buruk belaka.
Belum pun sempat kerajaan halal itu menangkis tohmahan dan serangan bertali arus oleh media-media kerajaan itu, datang pula serangan-serangan yang cuba digerakkan oleh ahli pembangkang dalam kerajaan itu yang ingin memastikan bahawa misi untuk merebah dan menumbangkan dengan apa cara sekalipun akan terlaksana.
Pendekatan "dapatkan dengan apa cara sekalipun" itu kini telah dizahirkan oleh pemimpin no.1 negara setelah tidak lagi kedengaran nada benci terhadap mereka-mereka yang telah terlibat dalam kes melompat parti. Malah nadanya telah berubah sama sekali dengan menyokong bahawa tindakan beberapa adun dari kerajaan halal tersebut menyertai barisan mereka adalah bijak dan bagus. Apakah jika berlaku perbuatan melompat parti kelak khususnya ke dalam parti yang diperjuangkan oleh kerajaan halal itu akan menukarkan pula nada pemimpin no.1 tersebut? "Ibarat meludah ke langit, akhirnya terkena ke muka sendiri."
Yang pasti kini, rakyat jelata amat benci sebenci bencinya perbuatan 'merampas' hak orang lain dengan cara yang tidak bertamadun dan tidak dapat diterima akal sama sekali. Malah mungkin ada dikalangan ahli parti kerajaan pusat merasa malu dengan tindakan pemimpin mereka.
Pada hemat saya, memang rakyat tidak kisah parti mana pun yang memerintah negerinya asalkan itu adalah pilihan majoriti rakyat yang turun membuang undi secara ikhlas dan jujur. Cara merampas itu adalah secara tidak langsung mereka telah menodai dan mengetepikan kuasa rakyat tersebut. Inilah yang amat menyedihkan.
Alangkah elok dan telusnya jika kerajaan baru perak itu dinaikkan melalui pilihanraya supaya rakyat sendiri dapat menentukan episod seterusnya parti mana yang berjaya menawan hati rakyat. Adalah terlalu tidak adil buat kerajaan halal yang telah ditumbangkan hanya dengan melalui cara lompatan adun dan apa-apa lagi muslihat sulit yang rakyat tidak ketahui, maka dengan mudah kerajaan baru dibentuk tanpa bersandarkan sentimen terkini rakyat terhadap situasi sebenar yang berlaku.
Kini sudah ada ura-ura bahawa ada perancangan tertentu untuk merebahkan beberapa lagi kerajaan halal rakyat dengan sewenang-wenang mencabul kuasa undi rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Jika benar selepas ini akan ada lagi episod penculikan dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan tindakan yang tidak bermoral, maka tunggu sajalah dalam PRU ke 13 nanti bahawa gelombang kebencian rakyat pasti semakin memuncak dan mereka yang mencabul kuasa undi rakyat akan dihukum dengan seadil adilnya.
Kini kalian telah direbahkan, namun rebah tak beerti kalah, ayuh maralah dengan ribuan misi merencanakan kejatuhan musuh mu dengan sokongan rakyat yang kini semakin kukuh dibelakang kalian wahai kerajaan halal rakyat.....
KEBENARAN DARI ALLAH PASTI AKAN MUNCUL. KALIAN TUNGGULAH.
Credits to Khalifah (nickname)
07 February 2009
KERAJAAN HARAM NEGERI PERAK?
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|