Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

21 February 2009

Mati Atas Perut Janda Semasa Melakukan Seks

*Credits di akhir post ini

Seorang lelaki Singapura berusia 58 tahun meninggal dunia, dikatakan ketika mengadakan hubungan seks dengan seorang janda di sebuah hotel murah di Batam Rabu minggu lepas.

Kematian lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu dikatakan berpunca daripada ubat kuat berjenama Urat Madu yang diambilnya sebelum melakukan hubungan seks itu.

Kematian beliau disahkan seorang pegawai penyiasat kanan Polis Kota Besar Batam-Rembang-Galang (Poltabes Barelang) ketika dihubungi menerusi satu panggilan.

Pegawai yang dikenali sebagai Pak Leo itu mengesahkan bahawa untuk tujuan siasatan punca kematian lelaki tersebut adalah ‘akibat serangan jantung’.

Wanita yang dikenali sebagai Mislani alias Upik, 38 tahun itu merupakan janda anak empat berasal dari Jambi, Sumatera.

Mislani mendakwa mengenali lelaki yang disifatkan beliau sebagai kekasihnya itu sejak 7 Februari lalu.

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Dalam laporan beliau kepada polis, Mislani mendakwa beliau menjemput lelaki itu di pelabuhan Harbour Bay Batu Ampar pada 7 pagi waktu Batam, iaitu 8 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham kelihatan segar bugar ketika tiba di pulau yang pernah diberi julukan ‘Bila Anda Tiba Anda Menyesal’ itu.

Dari situ mereka menaiki kenderaan bernama 'ojek' iaitu teksi motosikal, menuju ke Hotel Sekawan di Nagoya.

Dalam perjalanan, lelaki itu telah menukar USD150 kepada wang rupiah dan membeli jamu Urat Madu dalam bentuk kapsul, dakwa janda tersebut.

Dalam bilik hotel, Allahyarham dikatakan menelan kapsul jamu itu sebelum melakukan seks dengan Mislani.

"Waktu lagi berasmara, tiba-tiba dia mengeluh dadanya sakit. Tak berapa lama dia rebah. Suaranya seperti orang sedang sesak nafas," kata Mislani dalam satu laporan akhbar Batam Pos semalam.

Beliau mengaku panik apabila mendapati kekasihnya tidak lagi bernyawa di atas katil dan segera memaklumkannya kepada kakitangan hotel yang kemudian menelefon polis sekitar 8.30 pagi waktu Batam.

Polis menjumpai dua bungkus jamu Urat Madu, satu daripadanya telah dibuka, di atas meja di bilik hotel itu.

Jamu Urat Madu mengandungi sejenis dadah, Sildenafil, yang boleh memudaratkan jantung dan mengakibatkan kematian.

Poltabes Barelang mengesahkan bahawa mayat lelaki itu telah dituntut isteri dan seorang anaknya untuk dikebumikan di Singapura semalam.

MORAL KERENAH DUNIA: Malangnya maut semasa berbuat dosa. Alangkah baik sekiranya maut itu menjemput semasa sedang kita sujud kepada Ilahi. Renung-renungkan.

Sumber:Batam Post

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.