Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

05 June 2008

MINYAK NAIK: TERIMA KASIH PAK LAH

Berkuatkuasa hari ini, harga petrol telah dinaikkan sebanyak RM 0.78 seliter, dan kita sebagai rakyat terpaksa membayar RM 2.70 bagi setiap liter minyak. Pada awalnya dikatakan petrol akan naik pada bulan Ogos. Amat mengecewakan, Pak Lah yang kita sanjung, sayangi selama ini, sekali lagi memungkiri kata-katanya kepada kita.

Saya sebenarnya tidak mengetahui akan hal ini. Petang semalam, selepas pulang dari makmal, saya ingin mengisi minyak motosikal saya memandangkan minyak sudah berkurangan. Apabila saya tiba di stesen minyak Kota Samarahan, saya terkejut melihat banyak kenderaan berpusu-pusu menuju ke stesen minyak. Penuh dengan keretanya, MPVnya, lorinya, basnya, motosikalnya. Saya teringat pula baru-baru ini yang amaran puting beliung di Amerika Syarikat, rakyatnya berpusu-pusu isi minyak nak selamatkan diri. Nak lari ke mana ntah. Penuh stesen minyak. Macam tu laa keadaan yang saya hadapi semalam.

Saya masih tertanya-tanya sehinggalah pengumuman yang di buat secara rasmi oleh PM kesayangan kita, Pak Lah yang membuatkan saya menepuk dahi dan mengeluh beberapa kali. Kecoh kat perumahan pasal minyak naik ni. Dalam hati saya terdetik, 'satu lagi hadiah kemenangan BN kepada rakyat'.


Jika kita masih ingat pada tahun 1997-1998 dahulu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi, Tun Dr Mahathir, PM ketika itu telah menambat nilai matawang kita. Hasilnya, rakyat ketika itu tidak begitu terasa bahang kegawatan tersebut. Begitulah gaya seorang pemimpin dinamik yang mampu menyelamatkan rakyatnya daripada merasai secara terus setiap konflik dan krisis yang dihadapi dunia. Idea dan buah fikirannya akan menjadi perisai kepada rakyat daripada merasai kesusahan. Berbeza dengan Pak Lah hari ini, yang setiap keputusannya menuntut rakyat bersama-sama menderita bersama kerajaan menanggung masalah negara.

Pemimpin seperti Pak Lah dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah, sebaliknya lebih berminat memberikan penjelasan kepada rakyat supaya rakyat memahami "kesusahan" kerajaan. Contohnya, menjelaskan kepada rakyat, bahawa negara lain membayar harga petrol lebih mahal daripada Malaysia. Ini bukanlah jawapan yang dimahukan oleh rakyat daripada sebuah kerajaan yang telah dipilih. Rakyat mahukan penyelesaian, bukannya penjelasan.

Kita imbau kembali zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, hinggakan pada satu tahap di mana timbalannya hendak mendapatkan bantuan IMF, tetapi Tun telah berjaya mencetuskan penyelesaian terbaik yang tidak membebankan rakyat walaupun ketika itu dunia huru-hara kerana kemelesetan ekonomi. Negara lain tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada lingkaran kesusahan ini. Di dalam hati saya kadang-kadang ada rasa kesyukuran kerana mempunyai Perdana Menteri yang bijak seperti Tun Dr Mahathir.

Pak Lah nyata kekurangan idea. Bagi saya, beliau sebenarnya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika dunia dilanda kegawatan seperti ini. Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang berfikiran bijak, pantas, berpandangan jauh dan berwawasan untuk menangani segala krisis yang mungkin melanda. Kerana inilah rakyat memerlukan kerajaan. Rakyat memberi mandat kepada kerajaan untuk bertanggungjawab memikirkan masalah rakyat. Bukannya kerajaan yang tidak habis-habis membebankan rakyat dengan masalah kerajaan.

Tetapi itulah cara Pak Lah menyelesaikan masalah. Memang harga minyak global sekarang sangat tinggi tetapi bagi saya itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, adalah kerajaan hari ini tidak lagi mampu memberikan subsidi? Mengapa? Jawapannya mudah, kerajaan pimpinan Pak Lah hari ini tidak lagi mampu menjana ekonomi dengan berkesan. Kantung kewangan kerajaan semakin kekeringan dan pertumbuhan ekonomi pula adalah lembap. Sepatutnya Pak Lah duduk semeja berbincang dengan Tun Dr Mahathir meminta buah fikiran berdasarkan pengalaman luas Dr Mahathir mentadbir negara. Tapi hari ini Tun dihina, dikutuk dan dikeji sehingga Tun sendiri keluar UMNO sebagai tanda terkilan dan kecewa.

Kepada rakyat Malaysia, saya menyeru supaya kita semua menunaikan solat taubat. Mungkin kita terlalu banyak melakukan dosa hinggakan kita dikurniakan seorang Perdana Menteri yang dungu seperti ini. Lihat sahajalah jawapan Pak Lah ketika negara tidak cukup beras tempoh hari, disuruhnya pula kita makan ubi kentang dan makan nasi segenggam sehari. Semua boleh jadi PM kalau macam itu. Kesimpulannya, Pak Lah harus undur. Beliau patut mengakui beliau tidak mampu memimpin negara membangun seperti Malaysia. Berundur bukan bererti kalah, tetapi akan diingati oleh rakyat sebagai pengunduran penuh maruah dengan mementingkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya.

Saya membuat perbandingan sebegini bukan bererti saya ini fanatik kepada Tun Dr. Mahathir. Walaupun kita mengenali dirinya sebagai pemimpin yang diktator, namun, kita harus juga memikirkan jasa beliau. Beliau bukan tidak berjasa langsung. Saya mengagumi Tun Dr. Mahathir kerana tidak membebankan rakyat keseluruhannya dengan beban kewangan. Mungkin ada yang masuk tembolok beliau dan kroninya, namun rakyat tidak mengetahuinya dan merasai kesannya pada kadar yang banyak seperti sekarang.

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.