Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

06 June 2008

MINYAK NAIK: RAKYAT SARAWAK NAIK MINYAK


Kita sedia maklum bahawa Sarawak merupakan antara kubu kuat Barisan Nasional sejak penyatuannya dengan Malaysia lagi. Namun, bermula 5 Jun 2008, satu lagi 'hadiah' kerajaan BN bagi rakyat Malaysia iaitu peningkatan harga minyak sebanyak 78 sen telah membangkitkan kemarahan majoriti rakyat Malaysia dan tidak terkecuali, warga Sarawak.

Sebagai menghargai 'hadiah' kerajaan pimpinan Pak Lah ini, satu demonstrasi membantah kenaikan harga minyak telah diadakan pada petang semalam bertempat di Satok, Kuching. Maklumat ini diperolehi menerusi email saya. Sepertimana biasa, pasukan polis FRU turut berada di kawasan tersebut bagi mengawal keadaan dan juga mencari mangsa-mangsanya. Pihak polis juga memberi amaran keras kepada ahli demonstasi supaya bersurai.
























Terdetik di hari saya, akhirnya Sarawak yang selama ini hanya mengikut kehendak kerajaan, kini bangkit mempamerkan rasa tidak puas hati mereka. Ternyata, kenaikan harga minyak kali ini betul-betul membebankan rakyat Sarawak. Rasa panik dan suasana kelam-kabut turut berlaku di kubu kuat BN ini. Kali ini, rakyat tidak dapat bersabar lagi dan akan tetap bangkit walau diancam dengan segala bentuk ancaman oleh kerajaan kesayangan mereka.



















































Kesimpulannya: Tiada seorang rakyatpun yang merestui kenaikan harga minyak ini kecuali barisan menteri kabinet, segolongan pencacai dan pengampu yang sememangnya telah 'bunting duit' dan tidak merasai kesan sebarang peningkatan harga apa juga barangan keperluan.

Terima kasih Kerajaan Malaysia!

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.