Rentetan pengumuman PM kesayangan UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap peningkatan harga petrol dan diesel yang berkuatkuasa semalam, seluruh negara menjadi kelam kabut dan huru-hara.
Sikap tidak bertanggungjawab PM ini yang tidak membuat penelitian dan kajian langsung mengenai impak tindakannya adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan dikesali.
Rasa panik dan suasana kelam-kabut akan berpanjangan. Kali ini, rakyat tidak dapat bersabar lagi dan akan tetap bangkit walau diancam dengan segala bentuk ancaman untuk menahan dan menangkap mereka seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Harakahdaily melaporkan bahawa Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) yang bermesyuarat semalam memberi tempoh selama lima minggu kepada kerajaan untuk menurunkan kembali harga minyak serta bertindak secara positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini.
Amaran tersebut dilontarkan oleh Dr.Hatta Ramli, Penyelaras PROTES, melalui persepakatan yang dicapai melalui mesyuarat sekretariat PROTES bagi mengambil tindakan dan seterusnya melancarkan gerakan menyedarkan dan memohon kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.
Di dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat tersebut, Dr. Hatta menyatakan perhimpunan di KLCC pada jam 3 itu dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat, namun berdasarkan maklum balas dan pemerhatian, dengan keadaan marah dan rasa kecewa yang ditimbulkan akibat dari pengumuman PM berkenaan, tidak mustahil angka tersebut boleh menjadi 1 juta pada bila-bila masa.
Hal ini disebabkan "tidak akan ada kelompok rakyat yang merestui kenaikan tersebut" kecuali barisan menteri kabinet dan segolongan pengampu yang sememangnya telah kaya-raya dan tidak terkesan oleh sebarang kenaikan harga apa juga barangan keperluan. (SILA RUJUK ARTIKEL SAYA BERTAJUK 'RAHSIA SULIT (MESTI BACA)'.
Di sini saya ingin menitipkan semula kata-kata yang pernah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk renungan bersama terutama kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Demonstrasi dan tunjuk perasaan akan tetap berlaku ia ia adalah keluhan dan hati nurani rakyat. Izinkan saya untuk menitipkan kata-kata yang pernah diutarakan oleh YAB Datuk Seri Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan di sini:
Tunjuk perasaan adalah satu tajuk yang sangat berkait rapat dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.
Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.
Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya.
Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun.
Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.
Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi.
Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).
Dalam konteks demontrasi di Malaysia, bagi yang sudah-sudah atau yang akan diatur, saya melihat ianya tidak bercanggah dengan perintah kebebasan bersuara dalam Islam.
Perhimpunan aman sekadar menyatakan sikap melalui corong-corong pembesar suara semata-mata untuk menjelaskan asas dan hujah adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan apa jua acuan demokrasi atau Islam.
Kita bukan kerajaan junta. Myanmar dilanda perarakan aman sami-sami Buddha lebih 100,000 orang di Dataran Yangon dua minggu yang lalu adalah manifestasi perasaan rakyat yang telah lama terpendam.
Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.
Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman.
06 June 2008
HARGA MINYAK NAIK, RAKYAT NAIK MINYAK
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|