Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

05 June 2008

'KERA'JAAN PRIHATIN

Masuk tahun ni dah 51 tahun Malaysia merdeka. Dengan kata lain, umur Malaysia dah lebih 50 tahun dan Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang matang. Sepanjang tempoh masa ini, banyak perubahan yang telah dilakasanakan oleh 'KERA'_jaan BN yang diberi mandat oleh Rakyat Malaysia. Para Perdana Menteri di Malaysia telah diberi gelaran-gelaran tertentu berdasarkan pembaharuan yang dibuat. Mari kita semua telitikan, gelaran-gelaran yang telah dikurniakan.

1) TUNKU ABDUL RAHMAN = BAPA KEMERDEKAAN

- Pembaharuan / perubahan BESAR yang dilakukan ialah telah berjaya 'MEMBERI KEMERDEKAAN KPD SINGAPURA'.

- Dengan kemerdekaan tersebut, Singapura kini jauh lebih maju daripada Malaysia, dan Lee Kuan Yew & Co dah boleh berlagak dan meperkotak katikkan Malaysia contohnya yang terkini isu Pulau Batu Putih, WPI dan juga Jambatan Bengkok.

2) TUN ABDUL RAZAK = BAPA PEMBANGUNAN

- Telah mengasaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dijadualkan tamat pada tahun 1990, namun sampai tahun ini (2008), malahan mungkin sampai tahun 2020 masih tak dapat capai sasarannya iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat khususnya dalam mencapai pegangan 30% pegangan ekuiti oleh kaum bumiputera.

- Sehingga kini dan mungkin selamanya Dasar DEB ini boleh menjadi satu modal kepada juak-juak UMNO untuk menindas rakyat dan mengkayakan tembolok kroni dengan pemberian projek-projek kepada pihak 'UMNOPUTRA'. UMNO, Dulu, Kini, Selamanya.

3) TUN HUSSIEN ONN = BAPA PERPADUAN

- Telah berjaya menyingkirkan PAS daripada menjadi parti gabungan dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menjadi punca pecah belah kesatuan dan perpaduan orang Melayu. (kalo tidak silap saya la, PAS tersingkir pada masa Tun Hussien jadi PM, kalo salah harap betulkan)

- Hal ini dilakukan setelah merasakan bahawa UMNO telah kembali stabil selepas kekalahan teruk dalam PR pada 1969 yang membawa kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

4) TUN MAHATHIR MOHAMAD = BAPA PERMODENAN

- Perdana Menteri yang paling banyak jasa setakat ni.

- Berjaya memodenkan jabatan-jabatan kerajaan, melalui Dasar Penswastaan Negara yang boleh mengkayakan kroni melalui pemonopolian industri produk asasi seperti TNB.

- Berjaya memodenkan ajaran Islam dengan memecat Mufti-Mufti yang dirasakan tidak satu 'mazhab' dengan dia contohnya Mufti Selangor.

- Berjaya memodenkan UMNO sehingga UMNO lama diharamkan dan digantikan dengan UMNO Baru selepas pergolakan dalam UMNO tahun 1987. Sehingga menyebabkan 2 daripada bekas PM Malaysia mati di luar UMNO (Tunku dan Tun Hussien).

- Berjaya memodenkan sistem perundangan sehingga boleh sesuka hati memecat dan melantik hakim. Contoh: kes pemecatan Tun Salleh Abas dan Isu V.K Linggam.

- Berjaya melahirkan pemimpin moden yang korup, makan rasuah, menindas rakyat, memperlekehkan agama dll.

- Berjaya memodenkan senario politik Malaysia dengan kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat atas tuduhan meliwat dan salahguna kuasa dan YANG TERPENTING TELAH BERJAYA MELANTIK ABDULLAH AHMAD BADAWI SEBAGAI PENGGANTINYA DAN AKHIRNYA RASA MENYESAL KERANA KONONYA TERSILAP PILIHAN DAN AKHIRYA BERJAYA MENJADI BEKAS PM YANG KE-3 KELUAR UMNO.

5) DATUK SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI = BAPA MERTUA KHAIRY JAMALUDIN, BAPA KEPADA KAMALUDDIN DAN NORI, BAPA ISLAM HADHARI, BAPA TIRI ANAK-ANAK JEANE ABDULLAH, BAPA TIDOR, BAPA ZZZZZ, BAPA NAIK MINYAK, BAPA Itu, BAPA Ini...

- Kejayaan LEPAS ialah berjaya mengurangkan kemenangan BN dalam PRU ke-13 sehingga tak dapat majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan tewas di 5 Negeri.

- Kejayan TERKINI berjaya menaikkan harga petrol kepada RM 2.7 seliter dan diesel RM 2.58 seliter. Satu kenaikkan yang paling tinggi dalam sejarah.

- Kejayaan AKAN DATANG berjaya menyebabkan inflasi meningkat, kuasa beli rakyat jatuh, melebarkan jurang pendapatan, dan menjahanamkan agama, bangsa dan negara.

Kesimpulannya:

MARILAH KITA SEMUA BERDOA SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KITA PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR MALAYSIA, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT AKAN TERHAPUS DARI MUKA BUMI INI. AMIN"

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.