Alhamdulillah, saya telah pun mendapat voucer bonus kedua dari CNI walaupun baru 2 bulan saya menjadi ahli. Konsep pengguna bijak yang saya teruskan berjaya membuahkan hasil. Walaupun hasilnya tidak selumayan konsep usahawan, namun lebih baik kita buat daripada tak buat langsung. Maksud saya tak buat langsung tu kita tak guna barangan CNI, guna barang lain, hanya bayar, dapat produk tapi tak dapat bonus. Namun jika kita menggunakan barangan CNI, kita akan dapat 3 perkara iaitu:
1. Produk
2. Kualiti
3. Ganjaran (dalam bentuk bonus dan point value)
Sekiranya kita membeli di kedai-kedai, pasaraya dan sebagainya, kita cuma akan dapat produk. Namun dengan CNI, kita dapat 3 perkara.Sepertimana dijanjikan dalam post saya yang lepas, saya akan kongsikan kepada anda teknik menjadi pengguna bijak dengan produk CNI dan mendapat 3 perkara yang saya sebutkan di atas.
Sebagai seorang manusia, kita sebenarnya adalah merupakan seorang pengguna. Sudah begitu jelas kebelakangan ini boleh dikatakan kita semua tidak ada masa lagi untuk menyediakan dan membuat sendiri apa-apa barangan yang hendak kita gunakan mahupun makan minum kita setiap hari. Maka dari sini kita berusaha mencari duit untuk membelanjakan apa sahaja yang kita perlukan samada barangan ataupun perkhidmatan. Bagi mereka yang sanggup menyediakan keperluan kepenggunaan kita, maka semestinyalah mereka memperolehi suatu keuntungan yang besar di atas kesibukan kita, tapi apakan daya kerana memang kita pun tidak ada pilihan.
Para pembaca sekalian,
Sebenarnya bukan begitu... selagi ada kemahuan maka di situ ada jalan. Walaupun hari ini kita tidak boleh lari sebagai pengguna, tetapi masih ada jalan keluar untuk kita iaitu dengan menjadi PENGGUNA BIJAK.Sebagaimana Kedai Bijak (Smart Shop), mereka sentiasa membuat untung.
Apa kata pula mulai hari ini kita pula menjadi Smart Consumer. Saya rasa sudah pastilah kita pula yang mendapat keuntungannya.
Katalah barangan penggunaan harian kita seperti...
1.Ubat Gigi2.Berus Gigi3.Sabun Mandi4.Sabun Basuh5.Shampu6.Perapi (Conditioner)7.Pencuci Muka8.Pelembab Muka9.Toner10.Losyen11.Minyak Rambut12.Bedak13.Mekap14.Lipstik15.Minyak Wangi16.Eye-Shadow17.Deodoran18.Minuman panas seperti teh, kopi, coklat, susu19.Minuman sejuk seperti jus buah-buahan20.Shampu kereta, minyak hitam, pencuci cermin21.Pencuci pinggan mangkuk, lantai dan tandas...22.Dan berbagai-bagai lagi.Sebenarnya semua barangan ini boleh didapati di CNI.Katalah kita belanjakan sekitar RM300.00 sebulan di kedai runcit / pasaraya. Tahukah anda bahawa kedai tadi telah mendapat keuntungan sekitar 20-30%. Jadi mereka mendapat keuntungan di atas kepenggunaan kita ialah:-
RM300.00 x 25 % = RM75.00 sebulan. Jika setahun => RM75.00 x 12 bulan = RM900.00 Jika 10 tahun => RM900.00 x 10 tahun = RM9,000.00Banyak kan? Kita dapat produk. Tamat di situ sahaja. Tokei dapat untung. Aiyak.
Kalau orang Islam, RM9,000.00 tu dah boleh buat pergi Umrah/Haji suami dan isteri, tapi apakan daya. Kita masih lagi cakap tak mampu nak ke sana.
Bayangkanlah jika semua keluarga di kawasan kita membeli di kedai yang sama.. dengan sumbangan RM9,000.00 satu keluarga dalam masa 10 tahun, percayakah anda selepas 10 tahun nanti akan muncullah sebuah Supermarket baru di tempat anda yang mungkin sangat anda bangga-banggakan. Tapi itulah hasil sumbangan anda kepada taukei yang mengaut keuntungan hasil sumbangan kita membeli-belah di kedai beliau. Tapi apa yang kita dapat? Cuma dapat produk dan taukei dapat untung, kocek penuh. Kita dapat produk, kocek makin kosong. Dan proses itu akan berulang sehingga kita menghembus nafas yang terakhir.
Katakan anda menukar jenama harian anda kepada CNI sekitar RM300.00 sebulan. Kemudian kongsikan konsep ini dengan kawan-kawan dan kenalan anda, pastilah mereka pun ingin juga menjadi pengguna bijak di samping menikmati barangan berkualiti dan berkhasiat dengan menukar jenama kepada CNI. Cerita lisan ini sangatlah berkesan.
Katalah kita memperkenalkan kepada 10 orang yang menyertai kita untuk menjadi pengguna bijak. Dengan setiap orang menukar jenama mereka sebanyak RM300.00 seorang...sebenarnya jualan kumpulan anda sudah jadi RM3,000.00.
RM300.00 x 10 orang = RM3,000.00Dengan cara ini, CNI akan membayar bonus kepada anda sekita RM230.00. Dan yang mengkagumkan lagi, proses ini akan berlaku setiap bulan kerana barangan yang diguna pasti akan habis.
Mudah sahaja kan? Itulah konsep pengguna bijak CNI.
Sebenarnya anda juga boleh gandakan KEBIJAKSANAAN anda tadi untuk tambahkan pendapatan.. bahkan juga di sini anda boleh menunaikan segala impian anda yang belum terlaksana lagi setakat ini. Apatah lagi jika impian hidup anda tidak mungkin dapat ditunaikan di tempat anda berkerja/berusaha sekarang, maka ini adalah suatu alternatif untuk anda mencari jalan keluar.
Berminat untuk menjadi pengguna bijak? Sila hubungi Abang Santai di email nasa_nyer[at]yahoo.com. Gantikan [at] dengan @.
|