Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

10 September 2009

UNIMAS Yang Berjerebu

*Credits di akhir post ini

Maafkan saya kerana lambat mengupdate blog pada hari ini. Hari ini saya teramatlah sibuk. Key in data untuk projek konsultasi dan menguruskan tempahan biskut dan kek raya untuk pelanggan-pelanggan saya. Al-maklumlah memang sedap sampel percuma biskut-biskut raya yang saya bagi. Tu tetiba banyak tempahan yang datang.

Tengah-tengah ulang alik hantar biskut raya dalam kampus, terlintaslah pulak dalam hati saya nak kongsikan dengan para pembaca sekalian keadaan UNIMAS yang berjerebu. Sambil-sambil naik moto, berhenti sekejap kat tasik kampus snap-snap gambar. Thanks to otai Mr. Zaidi kerana sudi meminjamkan kamera Kodak beliau yang amat mahal untuk saya snap gambar untuk dikongsi kepada anda. Dah agak lama la fenomena ni berlaku. Tambahan pulak dengan cuaca yang selalunya panas dari hujan, jerebu kali ini boleh dikatakan sederhana. Namun boleh menjadi teruk sekiranya puncanya tidak dibendung dan dikawal.




Then saya surf la kat internet nak tahu berapakah kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) area Kota Samarahan sekarang. Sehingga pukul 11 pagi tadi indeksnya adalah 73* iaitu di tahap sederhana. Simbol * tu menunjukkan komponen-komponen yang menyebabkan jerebu iaitu dari jenis habuk-habuk halus (PM10). Sila rujuk laman web jabatan metereologi untuk maklumat lanjut.


Berdasarkan akhbar tempatan, Sarawak sekarang dilanda gelombang jerebu kedua yang dijangka berlaku dalam tempoh kurang dari sebulan. Fenomena ini berlaku disebabkan masih terdapat banyak titik panas di kawasan Sumatera dan Kalimantan dan dijangka akan berubah-ubah kadarnya berdasarkan arah tiupan angin serta keadaan fenomena El Nino yang diramal berlarutan sehingga penghujung Oktober ini.

Nasihat saya, kurangkan tempoh berada di luar rumah, pakai face mask dan jaga kesihatan anda. Tambahan pula kes H1N1 ni. Mungkin ini ujian Tuhan buat kita supaya kita ingat padaNya.

Credits to APIMS, Jabatan Meterologi Malaysia

PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.