*Credits di akhir post ini
Kes buli timbul lagi, kali ni berlaku di sebuah sekolah di negeri bumi kenyalang pula. Pada pendapat saya kes buli ini sukar dibendung sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan sekarang. Kebiasaannya pihak berwajib mula bertindak sekiranya berlaku kes-kes yang menonjol dan dipaparkan di dada-dada akhbar ataupun media lain. Namun apabila, kes tersebut berada dalam fasa selesai, tindakan penguatkuasaan susulan tidak dilakukan dan potensi untuk kes-kes ini berlaku kembali adalah tinggi. Itu pendapat saya la.
Sebab saya dulu masa sekolah suka juga buli orang, suka gaduh-gaduh. Gaduh sampai berdarah, pergi serang sekolah lain. Walaupun saya masa tu pengawas, tapi tetap jahat juga. Dan setelah saya buat analisis rambang, penguatkuasaan tidak dijalankan hatta pada zaman saya sekolah dulu pun. Pihak sekolah mula bertindak sekiranya ada kes yang berbangkit. Mungkin nak jaga nama sekolah kot, sebab sekolah saya dulu sekolah yang popular juga.
Berbalik kepada kes kat Mukah tadi, kes ni heboh sekarang. Bagi saya memang berani puak-puak ni siarkan dalam youtube. Saya pun cuba cari klip ni dalam youtube tapi tak dapat, mungkin dah diremoved. Tapi bagi saya penakut kalau main ramai-ramai belasah sorang yang tak melawan. Saya suka one by one. Sebab bagi saya, kesakitan tu lagi membuatkan saya bersemangat nak bergaduh (saya dulu memang kaki bertumbuk). Masa master ni pun saya pernah bertumbuk sekali. Hehehe...
Sapa-sapa yang duk Sarawak , tahukan Mukah tu kawasan sapa? Korang tolong jawab ek. Saya dah tau.
Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca petikan berita mengenai kes ini.
KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak Jumaat lalu.
Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah.
Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga mangsa cedera di muka dan badan.
Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama.
Mangsa merayu supaya tidak dipukul tetapi tidak diendahkan, sebaliknya mereka secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa.
Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu membabitkan kes curi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Timbalan Superintendan Martin Khoo, mengesahkan menerima laporan kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.
'Mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Dalat pada 23 Februari lalu. Kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,' katanya.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah, berkata kerajaan negeri memandang serius kes buli berkenaan.
'Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas membaca laporan akhbar.
'Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan,' katanya.
Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya akan mengarahkan pengetua sekolah itu menjalankan siasatan dan jika kejadian itu terbukti benar, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung sekolah. -- BMM.
Credits to hantujeraul for the photos and http://cyberita.asia1.com.sg for the news.
03 March 2009
Kes Buli di Sebuah Sekolah di Dalat, Mukah
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.
|