Alhamdulillah. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, saya masih lagi dipanjangkan usia untuk menghirup udara segar pada hari pertama tahun 2009 ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana setia menyokong Kerenah Dunia sehingga ia masih bernafas seperti sekarang. Insyaallah, sekiranya saya masih ada kudrat dan bernyawa, saya akan cuba sedaya upaya memberikan post-post yang menarik untuk anda semua.
Tahun baru, azam baru, permulaan baru. Jadikan 1 January 2009 ini sebagai titik permulaan baru untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Sempena tahun baru ini saya sertakan sekali doa awal tahun untuk kita baca, amal dan sampaikan. Mudah-mudahan permulaan yang berkat akan membawa kepada manfaat sepanjang tahun Insyaallah. Sila klik imej doa awal tahun di atas untuk imej yang lebih jelas.
Ikhlas dari saya...
|