Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, nak kongsi berita gembira ni. Setelah berhempas pulas berfikir sampai tak tidur malam, akhirnya saya membuat keputusan pantas untuk melanggan perkhidmatan jalur lebar celcom. Saya daftar dekat pusat celcom di Satok semalam.
Dengan pakej kontrak 18 bulan dan bayaran advance 3 bulan (RM297), saya berjaya melanggan Celcom Broadband Basic + Modem (RM99 sebulan). Oleh kerana saya dah bayar advance 3 bulan, maknanya pada bulan Disember baru saya mula buat bayaran RM99 sebulan.
Dan rezeki bulan Ramadhan jugak, saya telah di beri sebuah modem edisi terhad celcom euro 2008 model blue cube. Sebenarnya ada pakej yang lebih murah iaitu RM68 sebulan untuk basic (tanpa modem), oleh kerana kekangan kewangan, saya mengambil keputusan untuk melanggan pakej RM99 sebulan + modem. Al maklumlah, tak mampu beli modem sendiri.
Sila klik topik di atas atau 'Full Post' untuk saya berkongsi apa yang disediakan oleh celcom kepada pelanggan jalur lebarnya.
Saya juga ada buat speedtest selepas bersahur tadi. Guna 3G speed. Semalam tak dapat 3G, GPRS je. Lepas explore, baru tau nak guna 3G. Ini adalah keputusannya:
Kelajuannya memang tak setanding dengan UNIMAS punyak LAN iaitu 100Mbps. Tapi laju juga, cepat je saya upload gambar untuk post kali ni. Namun yang paling penting, kita boleh access internet di mana-mana sahaja.
Itu sahaja kot yang saya nak kongsikan. Sekiranya para pembaca ada pendapat, pro atau kontra, sila maklumkan kepada saya k.
:-)
|