BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
24 April 2010
Ebook Percuma dan Peluang Buat Duit Untuk Anda
BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
14 September 2009
Sikap Memandu Orang Malaysia Yang Pelik
Lihat video di atas, mengapa kebanyakkan pemandu kita suka memberhentikan kenderaan dan menunggu lampu isyarat melepasi garisan putih? Kenapa tidak menunggu sebelum garisan putih? Nak kejar apa? Kejar maut? Ada sesiapa yang boleh jelaskan?
Ubahlah sikap sempena hari raya yang bakal menjelang ini. Anda mampu mengubahnya.
Credits to Watraffic from youtube.
BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
10 September 2009
UNIMAS Yang Berjerebu
*Credits di akhir post ini
Maafkan saya kerana lambat mengupdate blog pada hari ini. Hari ini saya teramatlah sibuk. Key in data untuk projek konsultasi dan menguruskan tempahan biskut dan kek raya untuk pelanggan-pelanggan saya. Al-maklumlah memang sedap sampel percuma biskut-biskut raya yang saya bagi. Tu tetiba banyak tempahan yang datang.
Tengah-tengah ulang alik hantar biskut raya dalam kampus, terlintaslah pulak dalam hati saya nak kongsikan dengan para pembaca sekalian keadaan UNIMAS yang berjerebu. Sambil-sambil naik moto, berhenti sekejap kat tasik kampus snap-snap gambar. Thanks to otai Mr. Zaidi kerana sudi meminjamkan kamera Kodak beliau yang amat mahal untuk saya snap gambar untuk dikongsi kepada anda. Dah agak lama la fenomena ni berlaku. Tambahan pulak dengan cuaca yang selalunya panas dari hujan, jerebu kali ini boleh dikatakan sederhana. Namun boleh menjadi teruk sekiranya puncanya tidak dibendung dan dikawal.
Then saya surf la kat internet nak tahu berapakah kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) area Kota Samarahan sekarang. Sehingga pukul 11 pagi tadi indeksnya adalah 73* iaitu di tahap sederhana. Simbol * tu menunjukkan komponen-komponen yang menyebabkan jerebu iaitu dari jenis habuk-habuk halus (PM10). Sila rujuk laman web jabatan metereologi untuk maklumat lanjut.
Berdasarkan akhbar tempatan, Sarawak sekarang dilanda gelombang jerebu kedua yang dijangka berlaku dalam tempoh kurang dari sebulan. Fenomena ini berlaku disebabkan masih terdapat banyak titik panas di kawasan Sumatera dan Kalimantan dan dijangka akan berubah-ubah kadarnya berdasarkan arah tiupan angin serta keadaan fenomena El Nino yang diramal berlarutan sehingga penghujung Oktober ini.
Nasihat saya, kurangkan tempoh berada di luar rumah, pakai face mask dan jaga kesihatan anda. Tambahan pula kes H1N1 ni. Mungkin ini ujian Tuhan buat kita supaya kita ingat padaNya.
Credits to APIMS, Jabatan Meterologi Malaysia
BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
07 September 2009
Antara Sungai Tercemar Di Dunia
*Credits di akhir post ini.
Assalamualaikum WBT.
'Indah' betul pemandangan sungai di atas,dengan sampah sarapnya yang memang padat. Untuk makluman para pembaca sekalian, sungai ini merupakan antara sungai yang paling kotor di dunia. Nak tahu sungai apa? Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk mengetahuinya. Di samping itu, saya sertakan juga gambar-gambar sungai ini pada sudut yang lain. Bagi sesiapa yang belajar bidang kualiti air atau tengah buat penyelidikan nutrien air, sungai ini mungkin boleh di jadikan sampling site anda. Hehehehe.
Berikut adalah panaorama sungai ini. Selamat menikmati pemandangannya...
Sungai ini namanya Sungai Citarum di Jawa Barat, Indonesia. Amacam? Ada brannnn????
Credits to Sekam Padi from carigold.
BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
03 September 2009
Mukanya Berubah, Tengok Dengan Teliti
Credits to Warrence from youtube.
BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
advertensi
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.
Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.
Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.