Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

19 March 2009

Ulat Mulong Haram Dimakan?

Berikut saya nak kongsikan sebuah email yang diforwardkan kepada saya. Tolong baca dan sebarkan ye...

Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3 minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin" .

Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut sedikit perkongsian. Mohon sebaran.

Ulat Mulong

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".



Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.



Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin

Wallahualam.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

18 March 2009

Dapat RM0.25 Percuma Setiap Download



Salam sejahtera. Maafkan saya kerana hampir sebulan tidak membuat post terbaru di dalam blog ini. Memandangkan saya sedang menyiapkan tesis sekarang ni. Memang susah, dah jadi macam zombi dah saya sekarang ni. Tak cukup tidur punya pasal. Dan saya amat mengharapkan sokongan para pembaca sekalian agar dapat memberi galakan kepada saya dan doakan saya agar dapat menyiapkannya dalam jangkamasa yang ditetapkan. Amin.

Sebagai tanda terima kasih saya di atas kesabaran anda, saya juga nak berkongsi satu lagi idea mendapat pendapatan di internet. Cukup mudah. Hanya promosikan download ebook panduan buat duit secara PERCUMA! menarik bukan? Daftar dan promosikan link affiliate anda kepada pelawat web dan rakan-rakan anda. Untuk setiap download anda dibayar RM0.25. Jika 100 orang download, anda dah dapat RM25 secara PERCUMA.

Sungguh mudah sebab ebook ini PERCUMA, daftar ejen affiliate juga PERCUMA. Banner dan artikel promosi juga diberikan PERCUMA! Tapi jasa anda promosikan ebook ini tidak percuma, malah anda dibayar.

Jangan buang masa lagi, daftar di JADI AGEN AFFILIATE (KLIK SINI) dan nanti anda akan dapat link untuk download ebook dan seterusnya cara mendaftar ejen affiliate ebook tersebut.

Sungguh mudah hidup ini. Mulakan janaan pendapatan sampingan anda sekarang.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

03 March 2009

Kes Buli di Sebuah Sekolah di Dalat, Mukah

*Credits di akhir post ini

Kes buli timbul lagi, kali ni berlaku di sebuah sekolah di negeri bumi kenyalang pula. Pada pendapat saya kes buli ini sukar dibendung sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan sekarang. Kebiasaannya pihak berwajib mula bertindak sekiranya berlaku kes-kes yang menonjol dan dipaparkan di dada-dada akhbar ataupun media lain. Namun apabila, kes tersebut berada dalam fasa selesai, tindakan penguatkuasaan susulan tidak dilakukan dan potensi untuk kes-kes ini berlaku kembali adalah tinggi. Itu pendapat saya la.

Sebab saya dulu masa sekolah suka juga buli orang, suka gaduh-gaduh. Gaduh sampai berdarah, pergi serang sekolah lain. Walaupun saya masa tu pengawas, tapi tetap jahat juga. Dan setelah saya buat analisis rambang, penguatkuasaan tidak dijalankan hatta pada zaman saya sekolah dulu pun. Pihak sekolah mula bertindak sekiranya ada kes yang berbangkit. Mungkin nak jaga nama sekolah kot, sebab sekolah saya dulu sekolah yang popular juga.

Berbalik kepada kes kat Mukah tadi, kes ni heboh sekarang. Bagi saya memang berani puak-puak ni siarkan dalam youtube. Saya pun cuba cari klip ni dalam youtube tapi tak dapat, mungkin dah diremoved. Tapi bagi saya penakut kalau main ramai-ramai belasah sorang yang tak melawan. Saya suka one by one. Sebab bagi saya, kesakitan tu lagi membuatkan saya bersemangat nak bergaduh (saya dulu memang kaki bertumbuk). Masa master ni pun saya pernah bertumbuk sekali. Hehehe...

Sapa-sapa yang duk Sarawak , tahukan Mukah tu kawasan sapa? Korang tolong jawab ek. Saya dah tau.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca petikan berita mengenai kes ini.

KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak Jumaat lalu.

Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah.

Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga mangsa cedera di muka dan badan.

Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama.

Mangsa merayu supaya tidak dipukul tetapi tidak diendahkan, sebaliknya mereka secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa.

Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu membabitkan kes curi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Timbalan Superintendan Martin Khoo, mengesahkan menerima laporan kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.

'Mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Dalat pada 23 Februari lalu. Kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,' katanya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah, berkata kerajaan negeri memandang serius kes buli berkenaan.

'Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas membaca laporan akhbar.

'Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan,' katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya akan mengarahkan pengetua sekolah itu menjalankan siasatan dan jika kejadian itu terbukti benar, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung sekolah. -- BMM.

Credits to hantujeraul for the photos and http://cyberita.asia1.com.sg for the news.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.