Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 December 2008

STIMBOT 'ISTIMEWA'

*Credits di akhir post ini

Salam semua. Hari ni saya nak postkan isu makanan pulak. Mungkin korang pernah makan stimbot kan? Alaa, yang sosej, bebola ikan, sotong dan sebagainya yang dicucuk kat lidi. Bila kita nak beli, penjual akan letak dalam air panas (celur) untuk di panaskan sebelum dibungkus. Tu kat Malaysia. Untuk post kali ni, saya nak kongsikan stimbot yang agak eksotik. Saya tak pasti kat negara mana, tapi saya yakin kat Asia (mungkin China, Taiwan, Hong Kong etc). Korang boleh tengok sendiri. Bukan setakat fishball je, ular, tapak sulaiman, kumbang pun boleh jadi stimbot. Yang gambar kat atas ni kuda laut.

Ada banyak lagi gambar stimbot istimewa ni. Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihatnya. Bukan setakat celur, yang kukus, goreng, buat sup pun ada. Harap-harap terbuka 'selera' baru anda sempena tahun baru yang bakal menjelang esok. Ngeh ngeh ngeh. Gurau je.

Mempersembahkan Stimbot 'Istimewa'! Siap ada label lagi. Hehehe. Pilih..pilih...











Credits to Amira88 (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

30 December 2008

SAYA DAPAT JUALAN SULUNG DARI EBAY

Untuk makluman para pembaca Kerenah Dunia sekalian, saya ingin berkongsi berita ini dan mengistiharkan ebay adalah 3rd internet income stream saya (1st affiliate & 2nd blogging) sejurus melihat pembayaran di kreditkan ke dalam akaun paypal saya. Tanggal 23 Disember 2008, saya telah berjaya membuat jualan pertama melalui ebay (tak sampai seminggu selepas saya register ebay). 2 hari je dah terus ada orang bida produk saya dan dijual. Kat atas tu produk yang saya jual, flip top lighter. Saya tak sangka pulak boleh dapat jualan pertama ni dengan begitu cepat sekali. Untung $6.00 (dalam RM20.00) untuk 1 unit produk!

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, saya ni zero dalam dunia ebay ni, tapi dengan tunjuk ajar daripada Sifu Lan daripada ebooknya, alhamdulillah saya berjaya buat 1 jualan pertama tak sampai 2 hari pun sebenarnya. Bagi saya, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari, 1st sale ni cuma penyuntik semangat. Tanpa penyelidikan dan strategi yang baik, 1 jualan akan kekal 1 jualan, tidak akan meningkat.

Bagi yang berminat nak tahu mengenai ebook rahsia Sifu Lan, boleh klik banner di bawah. Dengan mengikut step yang di ajar melalui ebook ini, saya percaya anda semua akan mampu bertapak dan menjana pendapatan melalui ebay.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 December 2008

7 JALAN RAYA UNIK DI DUNIA

*Credits di akhir post ini

Halo semua. Kali ini saya nak kongsikan 7 jalan raya unik dalam dunia. Dulu saya pernah postkan jalan raya paling berbahaya di dunia kan? Bermula dengan jalan pertama iaitu jalan raya di Buenos Aires, Argentina. Jalan ini merupakan jalan raya yang paling lebar dalam dunia (300 feet). Wow..hebat.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat 6 jalan raya yang lain.

KEDUA: Castletown, England - jalan paling sempit


KETIGA: Giza, Egypt - paved road paling tua dalam dunia


KEEMPAT: Toronto, Canada - Jalan paling panjang dalam dunia (1,896km)


KELIMA: San Francisco, USA - jalan paling bengkang-bengkok dalam dunia


KEENAM: Swindon, England - roundabout paling memeningkan dalam dunia...macam maze laa pulak


KETUJUH: Dunedin, New Zealand - jalan paling curam dalam dunia



Macam-macam kan? :-)

Credits to fazarudin


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

28 December 2008

BUDAK-BUDAK PUN DAH PANDAI

Hahahaha..Nak tergelak tengok gambar kat atas ni. Cuba korang cari apa yang membuatkan saya tergelak. Macam-macam kerenah kan? Makin maju budak-budak zaman sekarang. Hmmm...

Credits to Bombastik (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 December 2008

APABILA WANITA BERUMUR KAHWINI LELAKI MUDA

*Credits di akhir post ini

Cinta tanpa sempadan, umur itu cuma angka. Betulkah ungkapan itu? Sejak kebelakangan ini banyak juga kita dengar cerita wanita berumur yang mengahwini lelaki yang jauh lebih muda. Apakah rahsia mereka sehingga lelaki ini tertawan? Apakah ilmu yang dipakai? Mandrem? Ada yang mengatakan wanita sebegini amat berpengalaman dalam mengendalikan lelaki ini yang selalunya agak manja. Istilah “toy boy” selalu dikaitkan dengan lelaki yang muda ini. Adakah perkahwinan mereka ini benar-benar berdasarkan cinta ataupun ada udang di sebalik batu? Mari kita singkap kisah pasangan pilihan kerenah dunia.

Kes pertama adalah pasangan Wook Kundur (umur 106 tahun) dan pasangannya Mohd Nor (37 tahun) seperti gambar di atas. Beza umur mereka adalah 69 tahun. Wook Kundur mencadangkan Mohd Nor supaya mengahwininya yang pada ketika itu menumpang di rumahnya bagi mengelakkan fitnah orang kampung. Dengar cerita, Wook melayan tempat tidur suami dengan sebaiknya dan juga benarkan Mohd Nor untuk berkahwin wanita yang lebih muda. Ish..ish..ish..Romantiknya.

Ini kes pertama. Ada 3 kes lagi. Nak tau? Macam biasalah, klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk mengetahuinya.

Kes kedua jatuh kepada, RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN


Beza Usia: 11 tahun

Taktik Memikat: Bentuk badan yang seksi dan mantap. Rita juga bersuara manja.


Kes ketiga: DEJA MOSS DAN AZFENDY


Beza Usia: 6 tahun

Taktik Memikat: Kawan lama dan cinta yang sudah lama terpendam sejak kecil


Kes Keempat: ROSNAH MAT ARIS DAN TAJUL EFFENDI (BLUE)


Beza Usia: 26 tahun

Taktik Memikat: Rambut blonde Rosnah? Hehehe

Credits to faz from Syokkahwin.com/blog


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

26 December 2008

BUNGA CITRA LESTARI & ASHRAF SINCLAIR PEGANG ANJING DALAM IKLAN?



Hmmm...Belum terlambat lagi Kerenah Dunia ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin popular serumpun ini. Tapi masih ada lagi info yang kurang enak di dengar. Saya terjumpa klip ini di dalam youtube. Ada binatang yang dipegang oleh pasangan ini di penghujung iklan. Kalau tak silap, macam anjing. Ntah, mungkin saya silap tengok kot. Para pembaca tolong saya check k. Adalah binatang itu anjing atau tidak dan sila jawab dalam ruangan komen ye.

Kalau betul anjing, saya mengerti, memang kita sebagai orang Islam boleh memegang anjing dengan syarat-syarat tertentu dan anjing juga boleh digunakan untuk menjaga rumah, kebun dan sebagainya. Tetapi, bukankah lebih elok anjing itu digantikan dengan binatang lain contohnya kucing atau burung. Dah takda binatang lainkah selain anjing di dunia ni? Atau kat Indonesia cuma ada anjing je? Sama-sama lah kita fikirkan.

Mungkin akan ada yang akan kata "tu patung anjing je tu". Tapi niat tu penting ye...


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 December 2008

SELAMAT HARI KRISMAS

Halluu..Saya di Kerenah Dunia ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian. Jadikan hari ini sebagai titik permulaan untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Teruskan kesetiaan anda kepada Kernah Dunia.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 December 2008

ILUSI OPTIK

Cube korang sume kire..brape hitam and putih?
*Credits di akhir post ini

Hahaha..Dah lama tak main benda ni kan? Saya sediakan 4 imej ilusi ini untuk anda join. Hebatkan? Ikut panduan di bawah setiap imej untuk merasai kesannya.

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat 3 imej lain.


Undurkan kepala anda and dekatkan perlahan-lahan ke imej di atas sambil mata tengok kat titik kat tengah tu.

Cuba teka mana satu yang atas, mana satu yang bawah?

Tengok imej ini ke atas dan ke bawah, nampak kan kesannya?

Selamat bersenam mata dan minda!

Credits to Zwani.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

22 December 2008

SELEPAS EKIN & AIN, KINI GILIRAN SHIRA (ADIK IPAR MAWI) MENEMPA NAMA

*Credits di akhir post ini

Belum habis kemeriahan perkahwinan Mawi-Ekin, kini muncul satu lagi cerita kurang enak dari keluarga pihak Ekin. Mereka-mereka yang bergelar wartawan awam ini telah terjumpa akaun Friendster Shira, adik kepada pasangan kembar Ekin-Ain.

Maka, terbitlah gambar-gambar yang kurang menyenangkan mata untuk memandang. Klik topik di atas atau "Full Post di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.



Credits to Ohbulan.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

TUDUNG G-STRING

*Credits di akhir post ini

Macam menarik je tajuk post tu kan? Tapi bila anda semua tengok gambar di atas, baru tahu apa maksudnya kan?

Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk kita sama-sama lihat apakah jenama g-string yang di pakai oleh gadis ini.





Wow..La Sinza. Mahal tak? Ehehehe..

Sumber: Kiriman email


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

21 December 2008

BUSHOES: GAME SEMPENA BUSH KENA BALING KASUT

Korang ingat tak kes yang presiden Amerika George W Bush kena baling kasut tu? Saya ada buat post mengenainya beberapa hari lepas. Kes ini terlalu popular sampai ada orang yang keluarkan flash game bertajuk 'Bushoes'. Hehehe.

Dalam game tu, kita jadi wartawan baling kasut kat Bush ngan PM Iraq tu. Cuma yang bezanya kasut ada banyak (limitless) & tak kena tangkap. Hehehe.

Korang klik ---> BUSHOES untuk saya linkkan ke website game tu. Sebenarnya saya nak upload biar korang boleh download, tapi ziddu ada problem laa plak. So, korang main online jela ek.

Selamat membaling kasut.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

20 December 2008

PENCURI DI TUN JUGAH, KUCHING



Hehehe..Isu ni dah lama sebenarnya. Tapi bagi sesiapa yang belum tengok, boleh lah tengok. Berlaku di Tun Jugah, Kuching. Menurut sumber, di PerfectMac. Moralnya, jangan ingat orang yang berpakaian kemas semuanya baik. Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kita tengok kelicikan mamat tu semasa menge'pow' modem. Bukan murah modem dik oii. Ada laa dalam RM400-RM500 jugak sebijik.

Macam-macam.

Credits to Polgara88


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

19 December 2008

PELUANG BUAT DUIT BUAT ANDA DIBUKA SEMULA!



Satu lagi program Pay-Per-Lead (PPL) telahpun dilancarkan. Kali ini, Team Aspirasi Cyber iaitu team yang telah melancarkan PPL yang mempunyai komisyen tertinggi baru-baru ini kini membuka peluang untuk kita semua buat duit yang ke-3 kalinya.

Untuk kempen kali ini,Team Aspirasi Cyber tawarkan untuk tempoh yang agak panjang berbanding kempen yang sebelum ini.Untuk kali ini mereka bercadang untuk menjalankan kempen ini selama 2 bulan atau lebih panjang lagi agar lebih ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan melalui kempen PPL kami kali ini.

Klik banner (gambar buku) di atas atau link di bawah ini untuk memulakan PPL anda dengan mendownload produk percuma Team Aspirasi Cyber seterusnya mendaftar sebagai ahli PPL ini.

KLIK SINI:PRODUK PERCUMA & DAFTAR PPL TEAM ASPIRASI CYBER

Untuk kempen kali ini,setiap download hasil dari promosi link anda akan diberikan komisyen sebanyak rm 0.35 dengan syarat minimum payout yang telah mereka tetapkan.

Mereka juga telah menyediakan bantuan promosi seperti ayat-ayat promosi dan banner untuk memudahkan kita menarik perhatian umum.Jadi dengan adanya bantuan ini,kerja kita akan menjadi lebih mudah.

Jadi,jangan buang masa,daftarlah sekarang dan jadilah yang terawal untuk mempromosikan kempen ini kepada umum dengan mendaftar sebagai agen.

Bagi sesiapa yang masih belum menjana wang melalui program affiliate pay per lead, ini lah peluangnya. Saya dah tunjuk bukti-bukti yang program jana duit ini berjaya. Sekiranya anda masih tidak percaya juga, maka ucapkanlah selamat tinggal kepada jana wang internet. Mungkin bukan rezeki anda di sini.

Namun bagi yang percaya, mulai percaya, mulalah download dan promosi sekarang! Anda tidak akan menyesal. Cuma jangan langgar terma dan syarat yang Team AspirasiCyber tetapkan.

Bagi sesiapa yang terlepas makluman mengenai kejayaan saya mendapatkan sejumlah wang dari internet, bolehlah klik link di bawah untuk melihat hasilnya:

1.SAYA DAPAT KOMISYEN DARI AFFILIATE
2.SAYA DAPAT CEK PERTAMA NUFFNANG

Semoga berjaya.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

18 December 2008

SAYA DAPAT CEK PERTAMA NUFFNANG

Assalamualaikum semua..Saya nak kongsi satu berita gembira kepada sesiapa yang masih sangsi dengan pendapatan melalui internet. Semalam, satu cek dari Nuffnang telah sampai ke rumah saya. Dengan ini rasmilah saya telah mendapat 1 lagi punca pendapatan internet iaitu melalui blogging. Walaupun nilainya tidak lah seberapa, namun ia menambahkan lagi keyakinan saya mengenai pendapatan di internet yang masih diragui di dalam minda kebanyakan orang kita.

Klik imej untuk besarkan

Alhamdulillah...

Sekarang ni terbukti yang Nuffnang membuat pembayaran kepada ahli-ahlinya. Saya masih menunggu pembayaran daripada Advertlets since iklan Adverlets saya lebih banyak dalam blog ni. Sekiranya masih belum ada, saya akan ucapkan selamat tinggal kepada Advertlets dan fokus kepada Nuffnang sahaja.

Ok, bagi sesiapa yang masih tercari-cari akan punca pendapatan di internet, saya sarankan anda download panduan percuma 13 Cara Pendapatan Internet yang dikarang oleh sahabat saya Anuar Yassin. Ada 13 cara, saya dah dapat hasil daripada 2 cara iaitu blogging & affiliate. So anda baca dan pilih cara mana yang sesuai dengan anda. Sekiranya anda lakukan dengan betul, tidak gopoh-gapah, saya yakin anda tidak akan kecewa. Klik banner kat bawah untuk download panduan percuma tersebut:



Sebenarnya saya dah letak kat atas banner tu, tapi takut-takut kalau anda semua tak perasan, saya letakkan khas dalam post ini. Mari-mari kita cari duit dari internet! :)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

17 December 2008

SIGNBOARD DI ACHEH, ADA BERANI?


Lihat 2 papan tanda di atas, kalau kat Malaysia buat macam ni, agak-agak berkesan tak dalam membasmi maksiat?

Credits to hazualuv


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

16 December 2008

PANAS:BUSH KENA BALING KASUT



Hehehe..Memang padan muka pun. Isu ni masuk TV3 semalam. Kes ini berlaku ketika presiden Amerika ini menghadiri sidang media terakhir semasa lawatan mengejutnya di Iraq. Wartawan yang bernama Muntadar al-Zeidi dari Al-Baghdadiya television membaling kasut kepada George Bush sambil berteriak "Ini adalah ciuman selamat tinggal yang terbaik buat kau anjing!". Kasut tersebut hampir-hampir terkena kepala Bush namun beliau dapat mengelaknya. Turut berada di sidang media tersebut, Presiden Iraq.

Credits to Al-Jazeera


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

15 December 2008

KEY CHAIN UNIK

*Credits di akhir post ini

Kreatif betul orang Jepun ni. Kagum aku. Kalau nak dikirakan, ideanya simple je - buat keychain makanan. Tapi bila dah direalisasikan, memang hebat.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.













Amacam? Cute ke menyelerakan? Hehe

Credits to Hazualuv


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.