Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 August 2008

RAMADHAN DAN MERDEKA

Walaupun hari ini Hari Kemerdekaan, saya lebih berminat untuk menulis mengenai Ramadhan yang Insyaallah bermula pada hari esok. Pada saya, pertemuan Hari Kemerdekaan pada hari ini dan bermulanya Ramadhan pada hari esok merupakan satu mesej simbolik daripada Allah SWT kepada kita, supaya kita memerdekakan diri kita daripada belenggu nafsu dan kejahatan yang selalu mengganggu hidup kita.

Pertemuan merdeka dengan Ramadhan ini juga bererti bermulanya satu titik permulaan untuk kita berhijrah untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Bermulanya Ramadhan, merdeka lah kita daripada syaitan laknatullah yang selama ini memangkin serta mendidik nafsu kita supaya lebih gagah mengatur langkah kita ke arah kebinasaan. Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita dari kesakitan yang datang akibat permakanan yang mengikut hawa nafsu yang menjuruskan kita kepada penyakit. Bermulanya Ramadhan, merdeka lah kita dari sikap mementingkan diri sendiri, tamak haloba, cintakan dunia akibat godaan nafsu yang tidak mengenal erti ikhlas, ihsan dan wasatiyah.

Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita dari sifat kedekut dan bakhil. Bermulanya Ramadan, merdekalah kita dari sifat hasad dengki dan iri hati. Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita dari gelojak nafsu seks yang membawa kita kepada keseronokan sementara dan dosa di luar izinNya. Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita, dari belenggu ikatan syaitan yang telah dipasung agar kita dapat melangkah dengan bahagianya ke syurga Allah SWT. Insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

30 August 2008

SUASANA MERDEKA DI BUMI KENYALANG

Assalamualaikum WBT. Seronoknya rehat di hari cuti ni. Tambahan pula, Isnin ni cuti jugak sebab ganti cuti kemerdekaan yang jatuh pada hari ahad iaitu esok. Sebut pasal merdeka, saya nak kongsi sikit lah suasana kemerdekaan di negeri Sarawak ni. Gambar-gambar yang saya sertakan ini merupakan gambar di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Saya baru ambil gambar ni pagi tadi sebab pagi semalam hujan lebat. Saya rasa para pembaca dapat 'feel' aura kemeriahannya.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.






Untuk makluman pembaca sekalian, di Sarawak, sambutan kemeriahannya boleh dikatakan lebih grand berbanding di semenanjung. Perang bendera sana sini. Dan masa malam pasang bendera ni, saya pun turut tolong pasang bendera, suasananya amat meriah. Macam malam raya. Malam raya kita bakar lemang. Malam menjelang kemerdekaan ni, meriah pasang bendera.

Kadang-kadang saya kagum dengan warga kenyalang ni. Semangat diaorang amat tinggi. Setiap rumah, bukan 1 atau 2 bendera je, malah penuh 1 rumah. Mungkin semangat kecintaan mereka kepada negara masih tinggi. Mungkin.

Dari segi luaran, memang bagus jika kita pamerkan semangat kemerdekaan dan semangat cintakan negara kita. Namun, adalah tidak bagus sekiranya semangat ini bermusim. Semangat cintakan negara juga merangkumi bagaimana kita mencorak dan menggalas tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Ia tidak bermusim. Malah terus membara sehingga ke hembusan nafas terakhir.

Malaysia bak sebuah kapal. Anak-anak kapal merupakan para pemimpin dan rakyat adalah penumpang. Sekiranya kita pilih anak-anak kapal yang tidak bagus. Maka, haluan kapal itu juga entah ke mana. Semua pada dasarnya di tentukan oleh kita sebagai rakyat.

Apa-apapun, saya bertuah dapat merasa kemeriahan merdeka di sini. Harap-harap jiwa mereka juga merdeka. Merdeka dari kongkongan pemikiran yang kotor dan membinasakan. Ingat, kita mampu mengubahnya.

SALAM KEMERDEKAAN!


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 August 2008

KOLEKSI PECAH KEPALA

*Credits di akhir post ini

Assalamualaikum...Selamat hari Jumaat kepada semua. Duk main politik je, kali ini kita layannn gambar-gambar ngeri lagi. Kali ni gambar kiriman mike, gambar pecah kepala. Mari kita sama-sama teka, kenapa sampai pecah kepala ni??

Peringatan: Sesiapa yang lemah semangat tidak digalakkan menatap gambar-gambar ini

Klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat 6 gambar lagi.







Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :-/....

Credits
Sumber Gambar: Kiriman mike (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

28 August 2008

ANWAR, SELAMAT KEMBALI KE PARLIMEN


Angkat sumpah DSAI yang ditayangkan di TV3 hari ini (KLIK SIMBOL 'PLAY' UNTUK MAINKAN VIDEO)

Hari ini merupakan hari keramat bagi penyokong-penyokong pakatan rakyat kerana hari ini merupakan hari kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke dewan rakyat setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Video di atas merupakan video DSAI mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen merangkap ketua pembangkang hari ini.

Berdasarkan akhbar Utusan Online, DSAI yang memenangi pilihan raya kecil Pematang Pauh pada dua hari lepas mengangkat sumpah pada pukul 10.05 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau memasuki Dewan Rakyat pada pukul 9.50 pagi dengan diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) serta beberapa ahli Parlimen dari PKR dan DAP.

Sila klik topik di atas ataupun 'Full Post' di bawah ini untuk baca dengan lebih lanjut dan saya juga ada selitkan bingkisan dari malaysian news berkenaan kemenangan DSAI ini.

Bagi yang masih tidak tahu, tidak percaya akan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, saya sertakan keputusan terkini ini lagi sekali.


Saya membuat pembacaan rambang terhadap akhbar-akhbar perdana. Amat mengecewakan, berita mengenai DSAI amat sedikit dan dari segi tajuk artikel, jelas tidak menunjukkan yang media-media massa perdana ini belajar dari kesilapan semasa pilihanraya sebelum ini.

Internet connection pun kurang memuaskan sejak semalam. Mungkin ramai yang online menyebabkan server sesak. Semua ingin mengetahui perkembangan seterusnya DSAI, baik dari pihak pro dan juga kontra.

Video di bawah adalah hasil dari malaysian news untuk tatapan anda semua. (KLIK SIMBOL 'PLAY' UNTUK MAINKAN VIDEO)



Bagi saya, keputusan pilihanraya Permatang Pauh ini jelas membuktikan kematangan rakyat yang kini bijak membaca sedikit sebanyak percaturan politik Malaysia dan seterusnya membuat keputusan yang rasional.

Fitnah yang melampau, unsur perkauman serta manipulasi jentera kerajaan secara maksimum sudah tidak dapat dijadikan alat oleh parti memerintah untuk mempengaruhi keputusan rakyat.

Pencapaian ini juga menunjukkan rakyat mahukan reformasi dan kemerdekaan daripada segala bentuk ancaman dan politik sempit dan kotor.

Ia juga merupakan suatu signal ke arah penyatuan rakyat yang menolak politik tidak bermoral serta perkauman yang sudah tidak relevan bagi mengorak langkah ke hadapan.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 August 2008

TAHNIAH ANWAR IBRAHIM!!!

Setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan buat warga pengundi P44 Permatang Pauh kerana telah membuat pilihan yang amat tepat iaitu membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkah ke Parlimen menerajui Pakatan Rakyat. Dengan ini, jalan untuk beliau melangkah ke Putrajaya telah melebar atas sokongan kalian.

Warga pengundi Permatang Pauh telah memberi sumbangan yang amat bermakna dan berharga buat seluruh rakyat Malaysia dan telah mencatat sejarah terulung negara dan tidak mungkin dilupakan.

Majoriti undi 15671 memihak kepada DSAI telah menobatkan beliau menang cemerlang (undi:31195) dalam pilihanraya kecil ini sekaligus mengetepikan pencabar hebat beliau Datuk Arif Shah (undi: 15524) dan calon AKIM (undi:97).


Kemenangan ini bakal memulakan langkah pertama ke arah Malaysia yang lebih baik dan cemerlang..gemilang..terbilang yang sejati. Lebih banyak cabaran dan halangan yang bakal dihadapi oleh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.. Jadikan kemenangan ini sebagai satu suntikan baru penjana semangat dan juga mangkin untuk menentang kezaliman dan kejahatan demi kesejahteraan negara.

Kepada UMNO, anda sendiri tahu sendiri apa pilihan rakyat kali ini. Walaupun semua jentera-jentera telah dipergunakan semaksimum mungkin, namun kuasa Allah menentukan segalanya.

Selepas ini kita bakal melihat pelbagai reaksi dan juga alasan-alasan daripada pihak yang menang dan juga pihak yang kalah (SELALUNYA YANG KALAH LAGI BANYAK ALASAN) dalam keputusan pilihanraya ini. Kita tunggu dan lihat.

Melangkahlah dengan gagah DSAI, Pakatan Rakyat akan sentiasa bersamamu..


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

26 August 2008

KUCING KENA SIKSA (18SG)

Assalamualaikum WBT.

Hari ini saya nak kongsikan lagi detik-detik tragis seekor anak kucing yang disiksa dengan kejam. Apa lah nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Dah tak da kerja lain nak buat? Kali ni kita tak tahu siapa tukang siksanya. Harap-harap bukan perempuan lagi macam post saya yang lepas.

Yang saya sedihnya, kenapa anak kucing yang dipilih? Itu je persoalannya. Apa-apapun, perbuatan macam ni memang tidak dibenarkan sama sekali di sisi agama. Hatta anjing sekalipun, walaupun haram disentuh, namun kita diHARAMkan untuk menganiaya ciptaan-ciptaan Allah ini.

Bagi yang bawah umur 18 tahun, jangan tiru aksi ini. Yang 18 tahun ke atas pun sama. Gambar ini sekadar teladan dan ambillah iktibar daripadanya. Wallahuallam.

Credits
Sumber Gambar:kiriman mike (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 August 2008

PEMBEDAHAN TUKAR JANTINA (18SX)

*Credits di akhir post ini

Selamat sejahtera rakan-rakan sekalian, selamat hari isnin. Hehehe. Semoga kalian dapat bertugas dan belajar dengan penuh semangat setelah berhujung minggu. Tapi dalam kesibukan rakan-rakan tu, jenguk-jenguk lah kerenah dunia hari ni kerana saya ingin berkongsi satu informasi yang pada saya, sesetengah orang suka, sesetengah orang tak suka. Tapi saya fikir kepada orang yang suka je k.

Post hari ini adalah mengenai teknik-teknik penukaran jantina. Anda tengok dulu gambar tu k. Lepas tu beritahu saya, tukar jantina dari lelaki ke perempuan ke perempuan ke lelaki? Walau apapun, bagi umat Islam yang sempurna sifat. Di ulangi sempurna sifat. Di haramkan bertukar jantina walau apa cara sekalipun.

Eh, banyak melalut pulak saya ni. Pepepun, klik topik di atas atau 'Full Post' untuk melihat gambar-gambar penuh. Tapi kali ni gambar-gambar ni sensor sikit. Yang umur bawah 18 tu, mintak kebenaran ibu bapa dulu k.









Agak-agak anda, kenapa manusia sanggup tukar apa yang Allah dah beri dan kurniakan? Kadang-kadang saya risau. Sebab housemate saya ada seorang yang menjurus nak jadi pompuan. Tapi tak kronik lagi. Rupa dia still lelaki, cuma jiwa dia, dah jadi macam pompuan. Bajet jambu laa sikit. Tapi dia minat laki sama laki jugak. Bila saya tanya, dia kata "ntah, aku rasa suka je kat ****(nama lelaki tu), aku rasa macam nak jaga dia". Risau saya dibuatnya. Jangan jadi kronik sampai membawa kepada gambar di atas dah laa...

Nauzubillah...

Credits
Sumber gambar: BlueFame Upload


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 August 2008

ANJING KENA ASID (KESIAN..)

Selamat berhujung minggu kepada semua.

Cuba korang tengok anjing ni. Mesti sakit kan? Anjing ni dikatakan terkena simbahan asid. Tak tahu laa tuan dia simbah ke, accident ke. Tapi mesti sakit. Kesian...

Credits
Gambar kiriman: mike (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

23 August 2008

GADIS KERDIL DARI INDIA

*Credits di akhir post ini

Remaja kerdil dari India, yang cuma berketinggian 58cm telah direkod sebagai wanita terkecil di dunia. Jyoti Amge, 14 tahun, lebih kecil daripada budak umur 2 tahun dan mempunyai berat cuma 5kg.

Klik topik atau 'Full Post kalau nak tengok gambar-gambar lain.




Credits
Sumber Info & Gambar: Kiriman email kepada Abang Santai


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

22 August 2008

SAYA DAH KEMBALI



Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, saya telahpun kembali dari Pulau Satang, Sarawak. Secara tak langsung, 1 lagi pengalaman telah di muatkan dalam buku hidup saya. Pengalaman melihat penyu bertelur buat kali ke-2 (sebelum ni semasa praktikal di Rantau Abang) mengingatkan saya kepada nostalgia dulu.

Untuk makluman pembaca sekalian, saya ke Pulau Satang kerana ditugaskan sebagai pengiring kepada pelajar-pelajar Tahun 2 di bawah jabatan saya. Seramai lebih kurang 50 peserta (termasuk pensyarah, staf lain dan pengiring) telah menyertai lawatan ini. Rakan blogger saya, hantujeraul turut serta sebagai staf jabatan. Sila layari blog beliau LET IT BEGIN untuk melihat post beliau mengenai trip ke Satang ini.

Lawatan ini merupakan lawatan sampingan bagi 2 kursus jabatan yang dikelolakan oleh dua orang pensyarah. Aktiviti yang telah dijalankan termasuklah melihat penyu bertelur, kaedah pengurusan penyu (pengeraman in situ, pelepasan anak penyu ke laut), snorkeling, dan juga diving.

Sepertimana di janjikan kepada pembaca-pembaca sekalian, saya kongsikan beberapa foto aktiviti saya di Pulau Satang. Klik 'Full Post' untuk melihat gambar-gambar tersebut. Saya juga ingin meminta maaf kerana salah letak gambar dalam post sebelum ni (Saya akan ke Pulau Satang). Itu bukan gambar pulau satang, itu gambar daratan yang di ambil dari Pulau Satang. Hehehe. Maaf ya?

Baru bertolak dari jeti Telaga Air, Pulau Satang belum kelihatan

Dah nampak pulau....

Yang kanan tu Pulau Satang Besar, yang kiri tu Satang Kecil

Semakin hampir......

Makin besar.....

Yey...dah nak sampai....

Keluar dari bot

Chalet penempatan kami

Bilik penginapan saya ngan hantujeraul

Penempatan kami dari pantai

Snorkeling petang hari

Anak penyu agar (green turtle), yang ni masih ada tali pusat, so tak dapat lepas ke laut lagi..

Jeraul bersama anak penyu agar. Atas permintaan beliau, saya 'sensor' kan gambar beliau untuk tujuan keselamatan. Hehehe

Anak penyu karah (hawksbill turtle). Masih ada tali pusat.

Hatcheri penyu in situ

Pulau Satang Kecil dari Pulau Satang Besar

Tengok penyu bertelur. Telurnya bulat umpama bola ping pong.

Saya ngan jeraul melihat penyu bertelur. Pengalaman yang sukar dilupakan

Ibu penyu. Popular macam artis pulak mak cik ni yeeee..

Bergambar kenangan sebelum pulang


Ok, ini je gambar yang boleh saya kongsikan buat pembaca sekalian. Nak tengok lagi, layari blog hantujeraul LET IT BEGIN kerana beliau pun pegi Satang sekali ngan saya jugak. Siap diving lagi hantujeraul ni. Semoga terhibur..


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.