Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 July 2008

HARGA MINYAK TAKKAN TURUN, BELIEVE ME..


*Credits di akhir artikel ini.
Harga minyak mentah di pasaran dunia telah mula turun, kerisauan tentang perang dan program nuklear di Iran sudah beransur lega. Begitu juga berita mengenai serangan kepada pekerja-pekerja minyak oleh pengganas di barat Afrika terutamnya di Nigeria sudah berjaya dipatahkan.

Kerajaan Malaysia, macam biasa, telah mengambil langkah awal dengan menaikkan harga runcit petrol dan diesel di pum setelah harga meningkat lebih USD130 setong bulan lalu. Kenaikan sebanyak 40% itu berkuatkuasa tidak sampai 12 jam dari masa pengumumannya. Ini menyebabkan keadaan kecoh di stesen minyak di seluruh negara.

Setakat hari ini, harga minyak mentah berlegar disekitar USD120 setong. Menurut beberapa pakar ekonomi, ada kemungkinan harga minyak mentah akan menurun di bawah paras USD100 setong tidak lama lagi.Didalam keadaan harga minyak dunia yang beransur lega, saya sebagai rakyat Malaysia yang dah masak dengan cakap-cakap politik UMNO, memang confident harga petrol dan diesel di pum tidak akan diturunkan.

Walaupun jaminan dan janji telah diberikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahril Abdul Samad bahawa, kerajaan akan mengkaji harga runcit petrol dan diesel jikalau harga minyak mentah di pasaran dunia menurun. Tetapi, kaji tinggal kaji aje la. Buat membazir kertas A4 aja kajian tersebut. Harga runcit tetap tidak akan diturunkan. Macam biasa, itu janji dan cakap politik UMNO yang dari dulu kini dan mungkin selamanya tak boleh dipercayai.

Jika kita imbas balik, semasa kempen pilihanraya yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib sendiri memberi jaminan bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya. Tapi, berapa bulan selepas itu, harga petrol dinaikkan lebih dari 40%.

Pada februari tahun lalu, kerajaan telah menaikkan harga petrol di pum sebanyak 30 sen iaitu dari RM1.62 kepada RM1.92. Pada ketika itu, harga minyak mentah dunia telah meningkat kepada lebih USD80 setong.

Media kerajaan pada masa tu, hari-hari dok canang pasal harga minyak mentah naik di pasaran dunia.

Tiba-tiba, tidak lama selepas itu, harga minyak mentah telah menurun ke paras antara USD45-55 setong.

Masa harga minyak mentah itu turun, Perdana Menteri ditanya adakah kerajaan akan menurunkan harga petrol atau tidak, hal ini kerana, beberapa negara di eropah sudah pun mula menurunkan harga petrol masing-masing. Tetapi, Perdana Menteri menjawab, harga petrol di dalam negara tidak akan diturunkan kerana dana yang tidak digunakan untuk subsidi itu akan digunakan untuk membiayai pembangunan- pembangunan yang lain –-> jawapan standard pemimpin UMNO.

Buktinya cukup jelas, kenaikan harga minyak mentah dunia telah meningkatkan jumlah keuntungan petronas setiap tahun. Secara tidak langsung, kerajaan akan mendapat habuan dari cukai dan royalty yang dibayar oleh petronas.

Jadi, jikalau harga minyak mentah menurun, sudah tentu hasil kepada petronas dan juga negara akan menurun.

Oleh itu, jikalau hasil kepada kerajaan telah menurun, sudah tentu kerajaan tidak akan menurunkan harga petrol di pum-pum.

Berita mengenai kenaikan harga minyak hanyalah peluang untuk pemimpin UMNO terus merompak duit rakyat Malaysia.

Pesanan saya, jangan termakan gula-gula lagi.

Credits
Sumber Artikel: Tulisan Awang Slamber


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

30 July 2008

BILA SI GEMUK MENGURUSKAN BADAN

*Credits di akhir artikel ini

Aku tak tau la samaada gambar ini betul ke tak? Superimpose ke atau hoax, tapi kalau betul laa laki yang segemuk-gemuk ni boleh jadi kacak, tolong laa bagitau aku apa caranya. Hehehe coz aku pun gemuk jugak. Huhuhu.

Klik topik atau 'BACA LAGI SETERUSNYA' untuk melihat gambar lelaki ini setelah kurus dan kacak.




Ermm...ensyem juga bila dah kurus..macam mana laa dia buat? Takkan laa 100% surgery kot...

**Sekiranya ada keraguan mengenai post ini sila maklumkan kepada saya. TQ.

Credits
Sumber Gambar: Kiriman mike (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

29 July 2008

FENOMENA ANEH DI UNIMAS SEMALAM



Assalamualaikum...Sepatutnya aku post gambar ni semalam. Tapi tak bawak kemera, enset ada bluetooth tapi notebook plak takda bluetooth, so kena laa tunda sampai hari ni.

Peristiwa ni berlaku semalam (Isnin, 28 Julai 2008) dalam pukul 11 lebih gitu di kampus UNIMAS atau mana-mana tempat yang nampak barangkali. Cantik tapi aneh. Memang dah pernah berlaku fenomena ini sebelum ni yang turut di war-warkan, tapi ni kali pertama aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendiri. Siap amik gambar lagi. Bukan aku sahaja, warga fakulti turut menyedari perkara ini, penuh kat Ground Floor (G) nak amik gambar. Ni aku nak kongsikan 4 keping foto yang aku dah amik semalam. 2 yang aku amik sendiri, 2 lagi yang Kak Sara bagi. Thanks akak.

Umm..nak mintak tolong laa sapa-sapa yang tahu mengenai definisi & penerangan mengenai fenomena ini boleh tak cerita sikit? Letak dalam komen ke, kalau malu-malu, email je aku. Thanks.

Nak tengok 3 keping gambar lagi? Klik topik atau 'BACA LAGI SETERUSNYA'.




Cantik. Tapi mesti ada explanation mengenai fenomena ini kan? Sape-sape yang tau, ilmu anda amat diperlukan. Yang penting, semuanya atas izin Allah SWT.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 July 2008

ARTIS PANAS FASHA SANDHA KENA TEGUR WARTAWAN

*Credits di akhir artikel ini

Kali ni cerita artis pulak. Resam dunia artis, sentiasa menjadi perhatian masyarakat, baik peminat mahupun wartawan. Baik perangai, orang suka. Buruk perangai, orang tak suka. Tutur kata perlulah dijaga. Bak kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kalau kita menafikan secara berhikmah, memang orang akan respek kita. Tapi kalau emosional, maki sana, maki sini, kutuk sana, kutuk sini, memang akan kena.

Berdasarkan pendapat blogger dan juga fotographer Budiey Isma, Elok jugak Fasha Sandha kena ‘basuh’ dan ‘dicuci’ oleh wartawan. Sekurang-kurangnya, Fasha sedar akan kesilapannya. Namun, mampukah dramatis jelita ini akan mengubah keadaan dan mengubah sejarah?

Segalanya berpunca dari Fasha Sandha yang dikatakan memarahi dan memaki editor hiburan Kosmo (Tengku Khalidah Tengku Bidin) dengan kata-kata mencarut berunsur lucah(?) membuatkan ramai pihak media berpakat untuk memboikot Fasha Sandha. Dikatakan Akmal daripada B.POP juga pernah dimarahi oleh Fasha Sandha. Bukan mereka berdua sahaja, malah ramai lagi wartawan yang ada masalah dengan Fasha Sandha. Sebanyak 15 orang wartawan telah bersepakat dan bersatu hati untuk tidak menyiarkan berita tentang Fasha Sandha. Budiey ada dengar daripada fotographer dan wartawan lain, gambar Fasha tidak akan disiarkan di mana-mana media cetak buat masa ini, kalau ada pun, gambar Fasha akan dipotong (crop). Begitu juga dengan program TV. Seolah-olah Fasha tidak wujud di dalam sesuatu majlis. Namun, untuk media online atau new media dan blog, gambar Fasha boleh lagi disiarkan. Yang beruntungnya adalah TV3 kerana acara ‘brainwash’ itu diadakan di majlis pelancaran Drama Terbaru Akukah Tanggang dan Lara Rindu Mahsuri yang diadakan di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid pada hari Khamis lalu. Fasha Sandha adalah antara pelakon utama untuk Drama Akukah Tanggang.

Berdasarkan blogger tersebut lagi, pada awalnya, beliau terkejut juga, wah… berani betul Fasha datang ke majlis ini. Dan apabila beliau perhatikan… boleh dikatakan semua wartawan bertaraf diva duduk di kerusi restoran berkonsep Bali itu, dan pasti ada sesuatu. Sah-sah ada isu besar yang nak diselesaikan.

Setelah majlis berlangsung, Fasha kelihatan ditemuramah oleh wartawan dari portal hiburan Murai dan Portal Gua. Kemudian semasa Budiey asyik bersembang dengan pelakon Drama Renjis, Sherry Ibrahim, beliau lihat Fasha dipanggil untuk duduk di meja panjang yang dikelilingi oleh semua wartawan. Siap disuluhi cahaya spotlight lagi. Nak kasi terang sikit. Kot tak nampak pulak air mata Fasha, kan.



Di situ, keadaan tegang berlaku sehingga Fasha merayu memohon maaf kepada semua atas segala kesilapannya. Satu demi satu soalan diajukan dan begitu mengasak dilontarkan kepada Fasha. Namun, apa-apa pun, Fasha diberi ruang untuk membela dirinya. Fasha katanya tidak mengaku segala dakwaan yang diperkatakan oleh media. Yang hairannya, kalau betullah Fasha buat, mengapa Fasha sanggup mengeluarkan kata kepada editor itu sedangkan selama ini media banyak membantu dia? Setelah selesai 'persidangan', Fasha kelihatan menangis dan mengesat air mata yang jatuh ke pipinya. Ternyata sekarang ramai wartawan marah, geram dan sakit hati dengan Fasha Sandha. Bukan salah faham.

Fasha ada kata:

“Saya minta maaf jika ada perkara yang saya lakukan tanpa sedar. Jika ada perkara yang tidak benar ditulis tentang saya, memanglah saya akan marah. Tapi percayalah, saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan. Dengan adik-beradik sendiri pun saya tidak pernah maki mereka, inikan pula saya ingin memaki wartawan. Apa yang sangat ingat, sepanjang empat tahun dalam industri ini, hanya seorang saja wartawan yang pernah saya maki hamun sebelum ini kerana menulis perkara buruk tentang saya. Saya harap dengan penjelasan pada hari ini, perkara ini sudah selesai.” - petikan dari Mstar Online

Jurugambar ini juga berharap tangisan dan kemaafan itu datang dari hati sanubari Fasha yang luhur ikhlas. Bukan drama dan sandiwara yang direka. Kita tahulah, Fasha seorang pelakon dan pandai berlakon…

Kes ini merupakan kes yang sangat berat bagi Fasha kerana selama ini wartawan banyak memberi sokongan dalam menaikkan nama Fasha. Inikah balasan Fasha kepada wartawan yang sentiasa menyiarkan berita tentang dirinya?

Bayangkan apabila tidak ada lagi cerita dan berita tentang pelakon kontroversi ini di media. Bayangkan tiada lagi fotografer yang sudi mengambil gambar Fasha… apa yang akan berlaku pada Fasha selepas ini?

Kemungkinan besar ini yang akan berlaku:

1. Nama Fasha Sandha akan tercemar dan merudum jatuh.
2. Peminat Fasha akan lari dan tidak lagi meminatinya. Malah, kemungkinan besar, namanya akan hilang dalam pencalonan Anugerah Bintang Popular pada tahun hadapan.
3. Peminat rasa meluat dan tidak akan melihat drama atau filem yang dilakonkan oleh Fasha.
4. Apabila peminat Fasha tidak mahu menonton drama dan filem lakonan Fasha, secara tidak langsung ini menakutkan pengarah atau penerbit filem untuk mengambil Fasha berlakon. Mahukah mereka mengambil risiko kerugian yang besar setelah tiada orang yang akan ke panggung untuk menonton filem Fasha?
5. Apabila pengarah dan penerbit tidak mahu lagi Fasha berlakon dalam produk mereka, maka ni akan menjejaskan pendapatan Fasha. Budiey dapat tahu yang bayaran Fasha antara yang paling tinggi berbanding dengan pelakon lain.
6. Bayaran untuk Fasha akan lebih sedikit berbanding di zaman kegemilangan Fasha. Dalam kata lain, kalau satu drama telemovie, Fasha boleh dapat RM13 ribu, kemungkinan besar, harga dah jatuh ke RM5 ribu sahaja. Itu hanya contoh ya.
7. Fasha tidak lagi digelar ratu drama atau filem Malaysia. Segalanya akan tinggal sejarah. Yea, akurlah Fasha, dunia ini ibarat roda. Sekali kita berada di atas, ingatlah suatu hari kita pasti akan berada di bawah juga. Tiada yang kekal di dunia ini pun.
8. Nama Fasha akan jatuh dan nama Lisa Surihani, Fazura, Nora Danish, Dynaz dan Fouziah Ghouse akan mengambil tempat.

Fasha sepatutnya belajar daripada kesilapan, mendengar nasihat orang yang berpengalaman dan lebih berhati-hati di masa akan datamg. Apa yang Fasha Sandha patut buat sekarang ialah tampil dan buat sidang tertutup bersama wartawan, berbicara hati ke hati. Semoga Fasha cepat-cepat berubah.

Credits
Sumber info: www.budiey.com dan MStar Online
Sumber Gambar: www.hotpicts.here.ws


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

26 July 2008

LETUPAN DI STESEN NGV

*Credits di akhir artikel ini

Hehehe. Baru je kerajaan menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif kepada minyak memandangkan peningkatan harga bahan bakar tersebut baru-baru ini, aku siarkan plak kes ni. Namun, kes ni bukan berlaku di negara kita. Memandangkan kita baru sahaja nak bermula, jadi pengurusan yang baik dari segi keselamatan amat penting bagi meminimumkan risiko kecelakaan. Memang semua kuasa Allah, tapi kita kena berusaha untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku.

Sila klik topik atau 'BACA LAGI SETERUSNYA' untuk melihat gambar-gambar lain










Malang tak berbau. Kepada pengusaha NGV atau bakal pengusaha NGV, pastikan keselamatan diutamakan dan berada di tahap maksimum . Setahu aku, NGV lagi tidak stabil berbanding minyak memandangkan ia dalam bentuk gas. So, safety first.

**Sekiranya terdapat keraguan mengenai post ini, sila maklumkan kepada saya. TQ.

Credits
Sumber Gambar: http://groups.yahoo.com/groups/loOkKaEW


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 July 2008

TUAN GURU NIK AZIZ DIANUGERAHKAN HADIAH NOBEL KEAMANAN ASIA


*Credits di akhir artikel ini

Saya tahu, berita gembira ini akan didiamkan sahaja oleh media arus perdana. Walaubagaimanapun, sekalung penghargaan dan tahniah daripada saya dan seluruh rakyat Kelantan buat Tuan Guru Dato' Nik Aziz dengan pencalonan anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu.

Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi.



Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Kita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini. Pak Lah? Bila nak dapat anugerah. Anugerah SRI (Sleep Research Institute) kot...

Untuk makluman, berita di bawah adalah sumber dari NST (New Strait Times). Harap-harap akhbar Melayu turut menyiarkan berita ini sebagai berita utama. Berikut adalah petikan berita tersebut (NST, 24 Julai 2008):

Barry Gusi hopes more Malaysians will join in the foundation's effort.

KUALA LUMPUR: Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has been picked for this year's Gusi Peace Prize for his efforts in politics, social services and religious advocacy.
The Pas spiritual leader would be presented with the award at the Manila-based Gusi Peace Prize Foundation's awards night to be held in the Philippine capital in November, foundation board chairman Barry Gusi told the New Straits Times.

This will be the second time in 10 years that a Malaysian has been nominated for the Filipino award.

Another Kelantan son, Datuk Ismail Mohammad, was presented with the award in 2006 for his philanthropical work, multi-cultural advocacy and preservation efforts for the Muslim culture.

Gusi said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad was initially chosen to receive the award two years ago.
However, because he couldn't make it to Manila for the ceremony, Ismail was given the award instead.

"This is because our rules say that the candidate must be present at the dinner to receive his award."

Also included in its list of recipients for this year are Cyprus Foreign Affairs Minister Markos Kyprianou, Philippines Airlines owner Lucio Tan and football legend Pele of Brazil.

Annually, 10 to 15 people are awarded the prize, which has been described by Gusi as the Asian version of the Nobel Peace Prize.

For this year, the nominees were chosen from a total of 1,490 nominations from all over the world.

"We hope that more Malaysians will be involved in this effort in the future," said Gusi.

The Gusi Peace Prize Foundation was set up by Gusi 10 years ago as a way of continuing his father's legacy in doing humanitarian work.

The Gusi Peace Prize was initiated at the same time, to recognise candidates from all over the world for their efforts in the fields of economics, chemistry, politics, performing arts and religion, among others.

The foundation also carries out humanitarian work in the country's poorest corners.

Gusi said that many people today were lacking in compassion as the world was becoming more materialistic.

"Compassion is important as people live for love, be it in caring or giving."

Credits:
Info: http://kotikumpun.blogspot.com dan NST Online


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

PAHANG MILIK SINGAPURA? (RENTETAN KALAH PULAU BATU PUTIH)

*Kredit di akhir artikel ini

12 batu wilayah laut dan 200 batu Zon Eksklusif Ekonomi, itulah yang Singapura tuntut.

Tiada hak kah Singapura menuntut wilayah itu? Tentulah dia ada hak. Ingat ye...Pulau Batu Puteh tu milik Singapura sekarang.

Apa hak Malaysia? Hak Malaysia ialah Middle Rocks dan South Ledge seperti yang diputuskan oleh ICJ.

Tak de hak ke Malaysia ke atas territorial sea dan zon eksklusif tu? Macam Singapura, memanglah kita ada hak.

Kalau masing-masing ada hak...apa yang perlu dilakukan?

1. Rundinglah.


Masalahnya bila berunding dengan Singapura tak pernahnya kita menang. Runding pasal tanah KTMB kita kalah. Runding pasal air kita kalah. Runding pasal tambak Johor kita kalah. Runding pasal jambatan bengkokpun kita kalah. Runding pasal ruang angkasa lagilah kita kalah. Runding pasal wang CPF kita kalah.

Dulu masa kita diperintah oleh orang yang paling auta dan paling putar alam dalam duniapun kita kalah inikan pula oleh si lembik ni...




Jangan haraplah. Siapa yang akan mengetui pasukan perunding Malaysia.? Rais Yatim? Si pembaca puisi sang isteri? Mat Sastera mat budaya ni? Pak Lah...baik dia tido..? Shabery Chik kot? Bawak tuala banyak-banyak ye...he he. Saya dah tahu keputusannya..

Tuanku masih naik kuda ke?

2. Ke ICJ sekali lagi.

Ini lagi masalah. Gerenti kalah. Mesti ada dokumen hilang punya. Tak percaya korang tengok lah. Adalah mangkok yang buat duit jual dokumen tu karang....

Nanti kat tengah-tengah zon eksklusif ekonomi tu ada penemuan minyak. Tempat ada minyak tu Singapura punya... yang keliling ada ikan jerung atau dugong tu Malaysia punya. Nanti adalah mat-mat bunga Johor pacak bendera atas dugong tu...Korang tengoklah kalau tak percaya.

Timbul juga masalah siapa nak mewakili Malaysia di ICJ. Ghani Pataik lagi..? Gha...What? Teman dah tahu keputusannya...14-2 in Singapore's favour.

3. Buat dek aje...

Itulah yang paling baik teman ingat. Kalau perlu letak scorphene kat situ ... letaklah. Kalau sukhoi boleh terbang lagi...letakkan dekat sikit dengan Johor tu. Itupun kalau tak rosak.



Teman dengar Singapura nak beli 100 F-35 stealth jet fighters! Mind you, F-35 is not ordinary fighter jet! It is a top-of-the-line single-seat, single-engine, stealth-capable military strike fighter, a multi-role supersonic jet fighter that can perform close air support, tactical bombing, and air superiority fighter missions!



Theoretically, F-35 fighter jets can easily outclass and rip apart our puny Russian Sukhoi fighter jets!Hmmm…

Saya tertanya-tanya mengapa Singapura mempunyai pelan yang sebegitu hebat untuk Angkatan Tentera Udara mereka?

Boleh ke C4 kita meletupkan F-35 tu?

Bak kata seorang rakan, "Perhaps they want to safeguard their investments in Abdullah Ahmad Badawi’s pet megaproject, that Iskandar Development Region or now better known as Iskandar Malaysia."

Selepas Singapura menang tuntutan ke atas zon eksklusif ini, teman tidak terperanjat kalau mereka selepas itu menuntut Johor, Pahang, Melaka dan Sarawak. Padan muka....itupun tak sedor lagi..!!

Kredit:
Sumber Info: Kopitiam dalam Tranungkite (ada kandungan diubah bagi kesesuaian dengan blog)
Sumber Gambar:
1) Gambar Pulau Batu Putih - www.cikgufarizal.com
2) Gambar Rais Yatim - www.bernama.com
3) Gambar Shabery Cheek - www.utusan.com.my
4) Gambar Sukhoi - www.farm2.static.flickr.com
5) Gambar F-35 - www.lh6.ggpht.com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 July 2008

TEKNIK PENDIDIKAN SEKS KANAK-KANAK



Ahaaa....kalau nak tengok penerapan pendidikan seks di peringkat kanak-kanak, kita mungkin boleh ikut teknik penceritaan ni..tapi adakah sesuai? Aku pun tak pasti negara mana buat buku ni. Kalau korang tau, boleh laa tolong translatekan. Hehehe.

Sila klik topik atau 'BACA LAGI SETERUSNYA' untuk tengok muka surat seterusnya cerita ini.






Persoalannya: Bolehkah teknik ini dilaksanakan di Malaysia?


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

23 July 2008

SAYA DAH PULANG......



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, saya telahpun selamat pulang dari Terengganu bagi membentangkan kertas kerja di Simposium Perikanan Kebangsaan 2008 (NaFiS 2008) bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Banyak pengalaman baru dapat di timba terutamanya dari aspek pengurusan perikanan negara, teknologi serta penemuan terbaru bagi pembangunan perikanan secara mapan. Ilmu yang diperolehi amat berguna bagi kegunaan di masa hadapan. Rugi laa sapa yang tak pergi. Peserta-peserta yang hadir pesidangan tersebut terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan apabila saya berada di situ, saya rasa kecil je.. Hehehe. Ada pakar virus ikan, molecular ikan, engineer tukun, policy makers etc...Saya cuma student.

Pepepun, saya dah pulang, tugas di NaFiS dah selesai. Sekarang ni nak sambung tugas penting iaitu menyajikan anda dengan info-info kerenah dunia yang tiada bersempadan. Seperti yang saya janjikan, 20 hb Julai saya akan update kan? Tapi saya memohon jutaan maaf kerana masa tu saya demam selsema. Sampai je sarawak, terus demam selsema. Sekarang pun masih demam, tapi saya gagahi demi menunaikan janji untuk para pelayar kerenah dunia sekalian.

Untuk hari ini, saya postkan 4 isu (ganti 20 julai sehingga hari ini) untuk tatapan anda semua. Semoga anda berpuas hati.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

AYAM CANTIK



Biasanya kita tengok awek cantik ataupun balak ensem, kalau binatang pun kucing dan anjing yang comel kan. Kali ni kita tengok ayam cantik pulak. Macam mana tuan dia buat sampai ayam ni boleh jadi cantik macam ni.. Mesti mahal kalau nak beli ayam ni. Mari kita tengok sama-sama.

Sila klik topik atau 'BACA LAGI SETERUSNYA' untuk melihat gambar-gambar lain.























Perghh...banyakkan model ayam ni? Pilih..pilih..Yang pasti harga dia mesti mencecah ribuan malah jutaan ringgit...

Sumber: kiriman hazualuv (nickname)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.