Produk Terhangat! Dapatkannya Sekarang!

31 May 2008

RAHSIA SULIT (MESTI BACA)

GAJI MENTERI, KETUA MENTERI & TIMBALANNYA



Maklumat ini saya perolehi dari seorang sahabat yang menggelarkan dirinya sebagai bunga_mawar. Cuba kita perhati betul-betul, dan bandingkan dengan gaji yang kita dapat setiap bulan, baik kakitangan kerajaan biasa, baik kakitangan swasta biasa, bekerja sendiri ataupun kerja sambilan. Yang tak bekerja apatah lagi. Menurut sahabat saya itu, maklumat ini adalah sulit. Walau bagaimanapun, saya tak nampak rasional menyulitkan perkara ini. Saya sanggup ambil risiko ini demi kepentingan kita bersama. Untuk melihat dengan lebih detail, KLIK 'BACA LAGI SETERUSNYA'.

Berikut adalah maklumat yang dikongsikan oleh bunga_mawar kepada saya, mari kita lihat, buka mata luas-luas.

SLIP PENDAPATAN BULANAN BAGI MENTERI PENUH MALAYSIA TERMASUK KETUA-KETUA MENTERI


1. Gaji Pokok RM18,000 - amat sulit, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parlimen

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


SLIP PENDAPATAN BULANAN BAGI TIMBALAN MENTERI

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

LAIN-LAIN HAL BERKENAAN

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Maklumat diatas adalah sumbangan bunga_mawar

Saya ada buat sedikit analisis di bawah

Cuba kita congak dengan teliti, kalau nak dikirakan, memang gaji kakitangan biasa adalah lebih ciput jika dibandingkan dengan mereka ini. Kalau mereka bekerja dengan tulus dan ikhlas, alhamdulillah. Tapi kalau dapat jawatan semata-mata nak penuhkan tembolok sahaja, memang tak berkat. Kita belajar tinggi-tinggi, dapat master, dapat phd, starting pun tak sampai RM4000. Bayangkan, latar belakang wakil rakyat pun belum sahih, pendidikan takat mana, yang penting pandai berpidato, pandai bagi janji manis, terus dapat RM10,650 dengan menjadi wakil rakyat. Kalau mereka bekerja demi rakyat, kami tak bangkang, kalau tak kerja, hanya Allah sahaja yang tahu.

Kita perhatikan sekiranya 10% daripada gaji pokok menteri contohnya, dipotong untuk disalurkan kepada kebajikan rakyat, 10% daripada RM18,000 adalah RM1800. RM1800 X 27 (bilangan menteri dalam malaysia) = RM48600. Tu baru sebulan, kalau setahun: RM48600 X 12 = RM583,200. Kan menyumbang tu. Tak termasuk gaji timbalan menteri lagi. RM1800 kalau ditolak dari gaji pokok RM18,000 bersamaan RM16,200. Tak luak langsung.

Saya cuba ambil contoh menteri sahaja, timbalan menteri, para pembaca congak laa semdiri. Bayangkan kalau gaji yang dipotong ini digunakan menggantikan subsidi bagi mengurangkan harga minyak, beras dan juga keperluan lain yang rakyat perlukan? Bukan kah sedikit sebanyak akan mengurangkan beban rakyat. Prihatinkah kerajaan malaysia?

Marilah kita muhasabah diri, lihat situasi yang berlaku sekarang. Saya tak pernah mengkritik macam ni. Tapi bila dah lihat kebenaran, rasa hangin juga.

Ini baru gaji menteri, ketua menteri dan timbalannya. Bagaimana gaji perdana menteri pula? Tungggguuuuuuuuuu.........


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

27 May 2008

LAGI ARTIS KELAHIRAN HADHARI



Walaupun isu ini agak lama, namun tidak salah untuk kita mengimbau kembali kisah cinta 2 artis ini. Sorang dari Malaysia dan sorang dari Indonesia. Kisah cinta mereka hangat di perkatakan, tambahan pulak hubungan mereka dikatakan agak berani sehingga sanggup bercium di khalayak ramai. Adakah mereka telah berkahwin bagi menghalalkan perlakuan ini? Kalau sudah kahwin, alhamdulillah. If tidak, siapakah yang patut dipersalahkan?


Mari kita saksikan kehebatan generasi Islam Hadhari dan masyarakat berkelas dunia seperti yang dilaung dan di salakkan oleh bekas menteri penerangan, Zainudin Maidin suatu ketika dahulu.























Gambar-gambar ini saya juga terima daripada email, manisnya kalau dah berkahwin masih romantik seperti ini. Dua-dua sama cantik, sama padan. Kalau dah kawin, saya tabik spring kiri kanan, alangkah bahagianya keadaan ini berterusan walaupun setelah sekian lama kawin. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya, perilaku ini terjadi bagi orang yang belum kawin, yang masih hangat bercinta. Belum kawin, semuanya indah, kentut pun bau bunga. Bila dah kawin, sapa tau kan? Gambar-gambar ini untuk tatapan sahaja, para pembaca nilai lah sendiri. Tepuk dada, tanya iman (bukan selera).


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

26 May 2008

TANGAN-TANGAN HARAPAN



KLIK SIMBOL 'PLAY' UNTUK MELIHAT VIDEO

Pagi tadi saya ada menonton Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, segmen bersama UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees). Diaorang ada melancarkan kempen Tangan-Tangan Harapan (Hands of Hope). Di TV tu jugak ada diaorang lancarkan kempen dalam bahasa inggeris. Bila saya tengok iklan tu, bagi saya ia amat unik dan saya ingin berkongsikan kepada semua pembaca blog. Walaupun apa jua tanggapan orang terhadap pelarian, tapi bagi saya hanya satu sahaja harapan mereka- untuk mendapatkan bantuan. Kita sebagai negara yang bebas dari peperangan seharusnya bersyukur dan membantu mereka yang memerlukan. Hari ni hari diaorang, esok lusa hari kita. Siapa tau?

Thanks to UNHCR Malaysia for allowing me to download the campaign for free.
Source: www.unhcr.org.my


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

25 May 2008

ANAK PONTIANAK MENGAKU ITU GAMBAR PANASNYA.!!



Akhirnya pelakon Anak Pontianak yang popular di TV3 baru-baru ini mengaku bahawa gambar separuh bogel yang tersebar meluas di internet selama ini adalah gambarnya. Walau apa jua alasan pun yang di beri, kita sekarang mungkin dapat menilai betapa runtuhnya akhlak golongan yang bernama artis ini. Ulasan yang saya beri ini adalah berdasarkan laporan my Metro hari ini. Untuk melihat petikan akhbar tersebut, sila teruskan membaca.

KUALA LUMPUR: “Itu memang gambar saya. Saya ambil gambar itu untuk koleksi peribadi, tetapi ada pihak tertentu yang menyebarkannya,” kata Zarina An-Julie Fahizul, 21, pelakon remaja yang dikaitkan dengan ‘gambar panas’ di Pantai Port Dickson disiarkan di muka depan Harian Metro, semalam.

Menurut Zarina, dia turut mengaku hadir ke parti di pantai berkenaan tetapi tidak memakai pakaian seksi sehingga menampakkan payu dara.Katanya, ada lagi artis lain yang datang, tetapi mengapa pula hanya dia yang menjadi mangsa.

“Saya hanya memakai pakaian itu ketika mahu mengambil gambar untuk koleksi peribadi. Saya bergambar dengan pakaian itu untuk seketika dan kemudian memakai semula pakaian yang bertutup.” katanya


Zarina berkata, dia benar-benar terkejut gambar peribadinya itu tersebar di internet.

Katanya, dia kesal mengapa dia saja yang kerap menjadi mangsa kontroversi.

“Keluarga saya turut terkena tempiasnya (akibat penyebaran gambar itu). Keluarga mana yang suka jika berdepan situasi seperti itu. Saya kata kepada mereka (keluarga) apa yang saya buat itu memang salah. Saya perlu mengakuinya,” katanya.

Menurut Zarina, dia bukan tidak mengambil pengajaran ketika gambarnya di disko satu ketika dulu tersebar, tetapi apa yang berlaku adalah di luar pengetahuannya.

“Sejak gambar saya di disko dulu tersebar, saya sehingga kini tidak ke disko kerana bimbang terus dikaitkan dengan kontroversi.

“Kini saya sekali lagi menjadi mangsa. Begitupun, apa boleh saya buat sebab benda sudah berlaku. Saya minta maaf jika ada yang tersinggung,” katanya.

Ditanya mungkinkah dia mahu berbuat sesuatu bagi membersihkan namanya, Zarina berkata kali ini dia akan benar-benar memikirkannya.

“Dulu saya buat tak kisah, tetapi kini saya akan benar-benar memikirkannya,” katanya yang mengakui masih aktif berlakon dan tidak akan putus asa walaupun dihambat pelbagai kontroversi.

Photo Credit: duniaglamer.blogspot.com
Petikan Akhbar: my Metro (25 Mei 2008/Ahad)


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

24 May 2008

KITA MENANG MIDDLE ROCKS, BUKAN BATU PUTIH!!!!




Kes Pulau Batu Putih telah diputuskan semalam. (KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS)

Satu lagi kenyataan(yang amat pedih), kita telah kecundang dan Pulau Batu Putih yang strategik telah menjadi milik Singapura selama-lamanya. Kita hanya mendapat sebahagian kecil batu-batu dan terumbu karang sahaja.

Jangkaan selepas ini, Singapura akan lebih berani dan mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur.

Dalam keadaan Singapura sentiasa bersedia dengan pelbagai agenda 'Singapore Win', kita pula mudah lalai dan leka.

Kesemua ini adalah kesinambungan daripada sikap sambil lewa pemimpin kita (dulu dan kini, atau mungkin selama-lamanya sekiranya pemimpin ini yang sentiasa dipilih) yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat ke atas generasi di bawah pimpinan nya yang telah sudi memberi mandat walaupun agak ragu-ragu.

Apabila 1 sempadan kita telah dikorbankan, mungkin sempadan lain (Pulai Pisang, WPI, etc) akan turut di tuntut. Perkara ini bukan mustahil.

Dalam konteks membangunkan WPI pula, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama.

Hikayat Munshi Abdullah mencatitkan, format seakan Jawatankuasa Bersama ini pernah ditubuhkan oleh Raffles. Rakyat Melayu diurus oleh Temenggong Husin, rakyat bukan Melayu diurus oleh Orang Putih.

Pelbagai konsekuen politik akan muncul kemudian. Pada waktu itu, kita sudah terlambat. Sama seperti isu penguasaan Singapura ke atas bekalan air yang membelit kita sekarang.

Mengapa tidak Pak Lah belajar dari Tun M yang telah melaksanakan program strategik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)?

Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah ancaman kepada Singapura. Ia bertujuan mengecilkan peranan Singapura dan negara kita mengambilalih sebahagian peranan dan kekuatan yang selama ini menjadi monopoli SIngapura selama beberapa abad.

Ia berjaya. Tanpa kerjasama Singapura.

PTP telah menerima kapal pertama pada 10 Oktober 1999 untuk operasi percubaan selama tiga bulan, ia telah memecah rekod menjadi pelabuhan yang paling pantas berkembang. Ia menguruskan 1 juta TEUs (Twenty-Foot Equivalent Units) kontena selama 571 hari operasi.

Dari hanya 20,696 TEUs pada akhir 1999, telah berkembang kepada 2.05 juta TEUs pada 2001, 2.66 juta tahun 2002, 3.87 juta TEUs pada 2003 untuk mengatasi kedudukan Pelabuhan Kelang. Port Tanjung Pelepas dengan itu menjadi pelabuhan terbesar negara kita.

Pada tahun 2004, ia meningkat 15.2 % lagi, menjadikannya pelabuhan yang ke 16 tersibuk di dunia. Pada 2006, ia menguruskan 4.7 juta TEUs.

Ia meletakkan dirinya sebagai pilihan kepada Pelabuhan Singapura.

Maersk Sealand, operator kapal kontena terbesar dunia, memindahkan semua operasi perkapalannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada tahun 2000. Singapura menyaksikan kejatuhan 10% perniagaan pelabuhannya kerana tindakan itu.

Pada 2002, Evergreen Marine Corporation, pada waktu itu, syarikat perkapalan kedua besar dunia pula, memindahkan operasinya dari Singapura.

Sekilas fakta ini, membuktikan bahawa, pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku.

Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan Singapura untuk WPI?

Apakah kita tidak mempunyai keupayaan merancang sendiri, seperti telah kita buktikan dalam kes Tanjung Pelepas?

Apa lagi jika bentuknya hanya untuk menjual tanah kepada Singapura?


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

22 May 2008

GAMBAR ARTIS PANAS (LEBIH PANAS!!!!)


Gambar ini saya dapat dari email yang dihantar kawan, memaparkan artis kita...Dengan tidak segan silunya mengabadikan kemaksiatan mereka di dalam kamera. Sila teka siapa artis ini? (Yang pompuan tu laa, yang laki toksah cakap).Yang saya tau, dia ni
Melayu. Sila klik BACA LAGI SETERUSNYA kalau nak tengok gambar-gambar panas lain.













































Dan siapakah mat saleh yang menjadi kebanggaan artis kita ini? Inikah kehebatan Islam Hadhari? Yang mampu menelusuri dunia tanpa sempadan ini. Takpa, Allah pun dah rakam, Malaikat Mungkar Nakir pun dah catat. Bertaubatlah...


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

21 May 2008

GAMBAR PANAS ARTIS KITA


Halo halo halo...sori kerana masalah teknikal tadi yang menyebabkan gambar-gambar tadi tidak dapat di siarkan...untuk menggantikan post tadi. Saya telah meletakkan gambar artis kita juga. Dia bersama boyfren dia...wow..siap gigit-gigit lagi.. Teka siapakah dia.??Mari kita saksikan..yeyeeaarrhh .




Ini adalah gambar seterusnya. Hebatkan generasi Islam Hadhari





































Photo Credit: gambarartis. blogspot.com.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

20 May 2008

39 SEBAB KENAPA CHE DET KELUAR UMNO


Hari ni kecoh satu malaysia, bekas pemimpin BN dan juga pemimpun negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO, Kenapa? Kenapa? Why? Berdasarkan laman web beliau, ada 39 sebab mengapa beliau berbuat demikian.

1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.

2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.

3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.

4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.

5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.

6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.

7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.

8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi “Yes-Men” yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.

9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.

10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.

11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau “giant killers” yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.

12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.

13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.

14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.

15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.

16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?

17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.

19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.

20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.

21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.

22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.

23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan “mega projeck” yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak “pet” projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain

24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.

26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.

27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata.

28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?

29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.

30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.

31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.

32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.

33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.

34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.

35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.

37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.

38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.

39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggungjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.

Dipetik dari: www.chedet.com
Gambar dipetik dari: AFP Yahoo.Com


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

19 May 2008

PRINCE CASPIAN

Semalam aku baru tengok The Chronicles of Narnia: Prince Caspian. Best. walaupun aku tak pernah tengok yang 1st, tapi best. mendorong aku nak tengok yang pertama.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

LAB UNIMAS BER'PENGHUNI'?


Lab-lab FSTS UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) berhantu? Itu la misteri yang masih bermain di benak warga fakulti, tak kira, pelajar, pensyarah dan juga kakitangan yang lain. Ada yang jumpa rambut panjang la, kena tarik telinga la, nanyi sama-sama dengan lagi la, macam-macam lagi.

Baru-baru ni, junior aku penah sampai pengsan sebab nampak' benda' dalam sebuah lab di sini, lepas tu siap nampak kesan gigitan kat leher dia lagi.

Satu lagi kes kat Lab Botani Akuatik (gambar), yang ni aku pun pernah kena, ada rasa 'benda' tu kat belakang. Kawan aku pun pernah kena tarik rambut dalam lab ni. Satu upacara telahpun di adakan untuk mengusir 'benda-benda' ini. Menurut maklumat seorang pembantu makmal kanan, lab ini dihuni oleh seorang 'budak' yang suka bertenggek di atas bahu setiap kali maghrib. So, bila kita rasa ada benda kat belakang, tu sebenarnya 'budak' yang bertenggek atas bahu kita. Heeee seram betul.


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

MUQADDIMAH

Bismillah....

Sekarang ni baru je aku nak berjinak-jinak dalam bidang blogging. Orang lain dah lama buat blog, tapi aku baru je nak buat. Takpe laaa..janji aku ada inisiatif nak memajukan diri aku. Di samping meluahkan isi hati aku, blog ni jugak aku buat untuk berkongsi maklumat dengan para pembaca disampling mengeratkan hubungan antara blogers lain. Dengan kata lain, aku ingin memeriahkan dunia bloggers ni.

Harap kawan-kawan dapat membantu...


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)

MAHATHIR KELUAR UMNO

Nape Tun Dr. Mahathir keluar umno????


BACA LAGI (Full Post, KLIK SINI)
PersianPTC.com
AriaPTC.com

RAHSIA EBAY

advertensi

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam webblog ini telah digunakan dengan memberi kredit untuk tujuan pengenalan sahaja. Kerenah Dunia tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Nama artis/selebriti/kenamaan/insan yang disebut dalam webblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Kerenah Dunia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Bagi program mencari pendapatan sampingan pula, laman-laman web yang terbabit hanyalah cadangan semata-mata. Pihak Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab atas tindakan dan juga kerugian yang berlaku disebabkan kegagalan daripada program yang disertai. Setiap pelaburan sama ada atas talian (online) atau tiada talian (offline) adalah risiko perdagangan dan Kerenah Dunia tidak akan bertanggungjawab untuk itu.